
3 Langkah Rutin Penjagaan Kulit Kering Dan Ekzema Dengan Bioshield Sensitive DermaRelief
Kulit kering, sensitif atau ekzema bukan sekadar masalah kosmetik, tapi ia boleh menjejaskan keyakinan diri dan juga keselesaan harian. Rasa gatal, pedih, kemerahan dan menggelupas sering membuatkan rutin harian terganggu.
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan masalah ini ialah dengan mengamalkan rutin penjagaan kulit yang betul. Fokusnya bukan pada kecantikan semata-mata, tetapi pada pemulihan skin barrier, hidrasi berpanjangan, dan menenangkan iritasi.
Rangkaian Bioshield Sensitive DermaRelief diformulasi khas untuk kulit sensitif, mudah merah, kering dan ekzema. Rangkaian ini telah diuji secara dermatologi , hypoallergenic, bebas pewangi serta sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.

Langkah 1: Bioshield Sensitive DermaRelief Cleanser
Langkah pertama untuk kulit sihat ialah pembersihan. Namun, ramai yang tersilap memilih pencuci terlalu kuat hingga menyebabkan kulit lebih kering.
Bioshield Sensitive DermaRelief Cleanser diformulasikan tanpa sabun, tanpa pewangi, pH seimbang dan sangat lembut.
Kelebihannya:
- Membersihkan kotoran tanpa menghilangkan kelembapan kulit.
- Mengandungi Sodium PCA, Centella Asiatica, Chamomile dan Licorice Extract untuk melembap dan menenangkan kulit.
- Terbukti secara klinikal bantu mengekalkan kelembapan kulit sehingga 8 jam.
- Sesuai digunakan pada muka dan badan, termasuk kulit ekzema dan kanak-kanak.
Langkah 2: Bioshield Sensitive DermaRelief Lotion
Selepas rutin membersih, kulit perlukan hidrasi untuk elakkan kekeringan berulang.
Bioshield Sensitive DermaRelief Lotion mempunyai tekstur ringan, cepat meresap dan tidak melekit.
Manfaat utama:
- Mengandungi Argan Oil, Oat Oil, Niacinamide dan Vitamin E untuk melembapkan secara mendalam.
- Membantu membina semula skin barrier agar lebih kuat melawan iritasi.
- Mengurangkan kemerahan dan rasa pedih pada kulit sensitif.
- Sesuai digunakan setiap hari, pagi dan malam, pada muka dan badan.
Langkah 3: Bioshield Sensitive DermaRelief Rescue Cream
Kadang kala, kulit sensitif atau ekzema tetap akan mengalami flare-up. Inilah masa untuk gunakan rawatan tertumpu.
Bioshield Sensitive DermaRelief Rescue Cream berfungsi sebagai krim penyelamat untuk kawasan kulit yang meradang, merah, gatal atau pedih.
Keistimewaannya:
- Mengandungi Cactus Extract, Shea Butter, Panthenol dan Vitamin E untuk menenangkan kulit dengan segera.
- Teknologi CORNEOCARE™ membantu menguatkan lapisan kulit dan mencegah kehilangan air.
- Memberi kelembapan jangka panjang dan menyokong pemulihan kulit.
- Sesuai digunakan pada kawasan yang bermasalah, seperti lipatan badan, pipi atau bahagian kulit yang kasar dan kering.
Kenapa Pilih Bioshield Sensitive DermaRelief?
✅ Formulasi dermatologi – Diuji secara klinikal, hypoallergenic, bebas pewangi dan paraben, sesuai untuk kulit sensitif dan ekzema.
✅ Perlindungan skin barrier – Mengandungi bahan pelembap dan penenang yang terbukti berkesan untuk menguatkan lapisan perlindungan kulit.
✅ Rutin mudah 3 langkah – Rangkaian produk Bioshield direka saling melengkapi untuk hasil yang optimum.
Tiba masa untuk naik taraf penjagaan kulit anda dengan rangkaian Bioshield Sensitive DermaRelief untuk kulit yang lebih lembap, lebih tenang dan terlindung.
Jangan tunggu kulit makin meradang. Mulakan rutin Bioshield hari ini dan alami sendiri perubahan kulit yang lebih sihat, cantik dan selesa!
Dapatkan produk Bioshield di sini:
Bioshield Sensitive DermaRelief Cleanser
Bioshield Sensitive DermaRelief Lotion
Bioshield Sensitive DermaRelief Rescue Cream