Menu
CATEGORY / Exfoliating Scrubs & Peeling Gel

Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Lakukan Rutin Exfoliation?

Rutin exfoliation adalah amalan mingguan jadi ia hanya perlu dilakukan 2-3 kali seminggu sahaja. Rutin exfoliation boleh dilakukan pada waktu siang dan malam tetapi ia juga sangat bergantung dengan amalan aktiviti seseorang individu tersebut dan juga jenis exfoliation yang digunakan.

Physical exfoliation:
Sekiranya anda memiliki hari yang sibuk, rutin ini digalakkan untuk dilakukan pada waktu malam.
Sekiranya ia adalah hari rehat anda, maka boleh lakukan rutin ini boleh juga dilakukan pada sebelah siang.

Chemical exfoliation:
Chemical exfoliation lebih digalakkan untuk dilakukan pada sebelah malam kerana AHA dan BHA boleh meningkatkan sensitiviti kulit terhadap cahaya matahari. Tetapi, sekiranya anda melakukan rutin ini pada sebelah siang, anda perlu memakai pelindung suria atau elakkan diri daripada terdedah kepada cahaya matahari.

Selain itu, semasa hari anda melakukan rutin exfoliation, anda tidak digalakkan untuk memakai bahan aktif lain seperti retinol, azelaic acid dan vitamin C kerana gabungan ini sama ada boleh mengurangkan keberkesanan bahan-bahan ini atau meningkatkan iritasi kepada kulit.

Jadi, disebabkan ini juga chemical exfoliation lebih sesuai dilakukan sebelah malam kerana sebelah siang anda boleh memakai bahan aktif lain seperti Vitamin C.
Semoga jawapan ini membantu!

No Comments

    Leave a Reply