5 Serum Terbaik Untuk Cerahkan Kulit Dan Hilangkan Bekas Jerawat di Drugstore
Fungsi utama serum adalah merawat masalah dan keadaan yang dialami oleh kulit bergantung kepada bahan yang terkandung dalam produk.
Memfokuskan kepada masalah seperti:
- Jeragat
- Hiperpigmentasi
- Jerawat
- Tona tidak sekata
- Tompok-tompok gelap dan banyak lagi
Tekstur serum:
- Gel
- Losen
- Krim
Berikut merupakan 5 serum terbaik dalam kategori serum pencerah yang mempunyai bahan dan formulasi yang terbaik:
1) Wardah Lightening Serum Ampoule
Bahan kandungan utama: Aqua, Niacinamide, Gycerin, Butylene Glycol dan Bisabolol
Isipadu: 30 ml
Sesuai untuk: – Semua Jenis Kulit
Tekstur: Watery (Ringan)
Harga: RM 25.00++
Dapatkan di sini
Serum ini dapat; (i) mencerahkan tompok gelap, (ii) memudarkan bekas jerawat serta (iii) menjadikan tona kulit lebih sekata. Kandungan Niacinamide di dalam serum merupakan bahan aktif yang digunakan untuk menjalankan fungsi pencerahan.
Kandungan Gycerin dan Butylene Glycol membantu untuk melembapkan kulit wajah. Bahan seperti Bisabolol pula mampu melegakan kulit. Bahan-bahan ini sangat bagus kerana kelembapan yang mencukupi mampu melancarkan proses kitaran dan sangat diperlukan dalam proses pencerahan.
2) Safi Perfect White Hyaluron Brightening Serum
Bahan kandungan utama: Niacinamide, Panthenol, Sodium Hyaluronate, Arginine, Ceramide 3 dan Ekstrak Buah Kakadu
Isipadu: 30 ml
Sesuai untuk: Kulit Kombinasi
Tekstur: Watery Gel
Harga: RM 27.00 – RM 32 00
Dapatkan di sini
Antara serum yang terbaik kerana memiliki beberapa bahan aktif yang bagus seperti Niacinamide untuk mencerahkan kulit, anti-radang dan menguatkan skin-barrier. Ekstrak buah Kakadu memiliki 100% kandungan Vitamin C yang membantu mencerahkan dan bersifat antioksida.
3) Garnier Skin Naturals Bright Complete Booster SerumWith Vitamin
Jenis: Chemical Sunscreen
Bahan kandungan utama: Citrus Junos Fruit Extract, 3-o-Ethyl Ascorbic Acid, Niacinamide dan Sodium Hyaluronate
Isipadu: 30 ml
Sesuai untuk: Kulit Kering
Tekstur: Watery Gel
Harga: RM 30.00 – RM 47.00
Dapatkan di sini
Serum yang menjanjikan kesan kulit lebih cerah dan tompok gelap lebih pudar. Sumber utama di dalam serum ini adalah Japanese Yuzu Lemon. 3-o-Ethyl Ascorbic Acid sebagai agen pencerah. Andenosine sebagai bahan yang membantu proses merawat skin-barrier dan Sodium Hyaluronate untuk menghidratkan sel kulit.
4) Bio Essence Bio-White Pro Whitening Super Serum
Bahan kandungan utama: 3-o-Ethyl Ascorbic Acid, Alpha Arbutin, Niacinamide dan Acetyl Glucosamine
Isipadu: 30 ml
Sesuai untuk: Kulit Sensitif
Tekstur: Losen
Harga: RM 69.00 – RM 99.00
Dapatkan di sini
Serum ini mengutamakan fungsi memudarkan jeragat, bekas jerawat dan tompok gelap. Turut memperkenalkan formula mereka sendiri iaitu Bio Energy Complex yang bertujuan untuk meningkatkan kadar oksigen pada kulit supaya kulit lebih ‘bertenaga’ dan sihat.
Bahan di dalam serum terbukti secara klinikal dapat menghalang penghasilan melanin sebanyak 33% dan memudarkan jeragat sehingga 77%. Turut menjanjikan kesan pencerahan sepantas 2 minggu dan boleh pudarkan jerawat sepantas tempoh satu minggu.
5) Hada Labo HA Supreme Vita Brightening Concentrate Serum
Bahan kandungan utama: Niacinamide, Hyaluronic Acid, Panthenol dan Cyanocobalamin, Glycerin, Sodium Hyaluronate dan Hydrolyzed Hyaluronic Acid
Isipadu: 30 ml
Sesuai untuk: Kulit Sensitif
Tekstur: Watery (Ringan)
Harga: RM 80.00 – RM 89.00
Dapatkan di sini
Kandungan bahan pada serum terdiri daripada gabungan vitamin yang membantu untuk mencerahkan kulit, melegakan kulit dan menjadikan kulit lebih licin.
Serum perlu disimpan dalam keadaan yang baik untuk memanjangkan tempoh hayat penggunaannya; dalam suhu bilik dan tidak terdedah kepada cahaya matahari.
Penggunaan serum sebanyak dua ke tiga titis sahaja sudah mencukupi untuk melitupi kawasan wajah.
#Tip: Jika anda mempunyai kulit cenderung sensitif, sila lakukan patch test terlebih dahulu pada kawasan yang kecil seperti sekitar rahang atau inner wrist sebelum menggunakan apa-apa produk termasuklah serum.
Tag:brightening, serum, texture, vitamin, whitening