
5 Tinted Sunscreen Terbaik Tahun 2026 Untuk Semua Jenis Kulit

Trend tinted sunscreen sudah menjadi pilihan ramai. Produk ini bukan sekadar melindungi kulit daripada sinar ultra ungu, tetapi juga memberi litupan semula jadi yang buat kulit nampak sekata dan glowing tanpa perlu foundation yang tebal. Ringkas, praktikal dan paling penting memang sesuai untuk gaya hidup yang sibuk.
Dengan terlalu banyak pilihan di pasaran, memang susah nak pilih tinted sunscreen yang sesuai dengan jenis kulit. Glowwe kongsikan 5 tinted sunscreen terbaik untuk tahun 2026 yang bukan sahaja berkesan, tetapi selesa untuk dipakai setiap hari.
Kenapa Perlu Pilih Tinted Sunscreen?
Fungsi dua dalam satu
Terdapat fungsi perlindungan sinar ultra ungu dengan sedikit litupan menjadikan kulit nampak sekata tanpa perlu solekan yang tebal.
Menjimatkan masa
Sesuai digunakan semasa rutin pagi yang tidak memerlukan banyak produk tetapi kekal segar dan kemas.
Sesuai untuk kulit cenderung sensitif dan berjerawat
Kebanyakan tinted sunscreen mempunyai formula yang ringan dan tidak menyumbat pori (non-comedogenic).
Melindungi kulit dari blue light
Kandungan Iron Oxide di dalamnya boleh lindungi kulit bukan saja dari sinar ultra ungu, tapi juga blue light yang boleh percepatkan tanda penuaan dan buat masalah hiperpigmentasi seperti melasma jadi lebih teruk.
Top 5 Tinted Sunscreen Tahun 2026 Yang Boleh Anda Cuba
Tak perlu foundation yang berat lagi, ini 5 tinted sunscreen untuk anda yang mahukan kemasan natural.
Skinmade Skin Boost Broad Spectrum + Blue Light Sunscreen

Produk ini merupakan pilihan yang sangat sesuai bagi individu yang memerlukan perlindungan menyeluruh terhadap sinar matahari. Dengan SPF 50+ PA++++, ia mampu melindungi kulit daripada sinar UVA, UVB dan blue light.
- Tekstur ringan dan mudah meresap ke dalam kulit.
- Memberikan keselesaan tanpa rasa berat.
- Tidak membuat muka menjadi kelabu
Somethinc Copy Paste Tinted Sunscreen

Produk ini menonjol dengan variasi pilihan warna yang banyak, iaitu sebanyak 11 pilihan tona warna yang direka khas untuk kesesuaian kulit wanita Asia.
- Tekstur ringan dan tidak melekit, mudah diratakan pada permukaan kulit.
- Memberikan kemasan yang halus tanpa rasa bercapuk atau berat.
- Cepat menyerap serta membantu mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari.
Facetology Triple Care Tinted Sunscreen

Sunscreen ini bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung UV, malah turut menawarkan manfaat penjagaan kulit tambahan.
- Tekstur halus dan ringan, mudah disapu serta memberikan kemasan semi-matte yang selesa.
- Mengandungi niacinamide dan tranexamic acid
- Membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan bintik gelap.
The Raw Aqua Tinted Sunscreen

Produk ini diformulasikan khas untuk melindungi kulit daripada tekanan persekitaran seperti pencemaran dan cuaca panas.
- Tekstur berbentuk gel-krim yang ringan, mudah diratakan pada kulit dengan cepat.
- Menyerap tanpa meninggalkan rasa berminyak atau melekit.
- Mengandungi tujuh jenis ceramide serta niacinamide.
- Memberikan kemasan matte tanpa rasa berminyak.
Charms Hydra Fresh Tinted Moisturizer

Produk ini menggabungkan fungsi pelembap, sunscreen dan foundation dalam satu formulasi.
- Tekstur berbentuk krim ringan dan memberikan kemasan dewy yang menjadikan kulit lebih lembap.
- Diperkaya dengan aloe vera, vitamin E dan minyak zaitun.
- Memberikan hidrasi berpanjangan kepada kulit.
Dalam keadaan cuaca Malaysia yang panas dan lembap, pemilihan sunscreen yang sesuai adalah amat penting. Antara ciri yang perlu diberi perhatian termasuk:
✅ Tekstur yang ringan dan selesa pada kulit
✅ Tidak menyumbat pori atau menyebabkan rasa tidak selesa
✅ Sesuai dengan tona dan jenis kulit
💡 Tip: Sapuan semula setiap dua hingga tiga jam adalah penting bagi memastikan perlindungan kekal optimum sepanjang hari.
Kesimpulan
Tinted sunscreen kini semakin menjadi pilihan kerana sifatnya yang praktikal dan ringan, namun masih mampu memberikan perlindungan yang berkesan. Pengguna tidak lagi perlu menggunakan banyak lapisan produk untuk mendapatkan kulit yang tampak cantik serta terlindung daripada sinar matahari.
Tag:spf, sunscreen, tinted sunscreen



