
Glowwe Premium Event Kali Ke-4: Cara Pulihkan Skin Barrier Yang Rosak Bersama Puan Mary
Tanggal 11 Mei 2025 menyaksikan satu lagi sesi ilmu yang cukup dinanti-nantikan oleh komuniti Glowwe Premium Membership. Kelas yang bertajuk ‘Cara Pulihkan Skin Barrier Yang Rosak’ ini bermula pada jam 10:00 pagi sehingga 1:00 petang bertempat di Glowwe Studio, Ampang dengan penyertaan oleh 17 orang peserta yang bersemangat, mesra dan penuh dengan rasa ingin tahu tentang penjagaan kulit yang betul.
Sesi perkongsian bermanfaat yang dikendalikan oleh Puan Mary ini bukan sahaja membuka minda, bahkan memperkukuh kefahaman para peserta terhadap konsep dan amalan penjagaan skin barrier yang baik.
Sesi Pendaftaran dan Ice Breaking
Pendaftaran dibuka seawal jam 9:30 pagi memperlihatkan semangat para peserta yang bersedia untuk menimba ilmu. Suasana yang sepi bertambah meriah apabila seorang demi seorang ahli premium Glowwe berkumpul. Setiap peserta menerima bahan kelas dan kit eksklusif sebagai tanda penghargaan atas kehadiran mereka.
Kelas bermula dengan sesi ice breaking yang memerlukan peserta menjawab tiga soalan yang diberikan pada tiga sticky note yang berbeza. Tiga soalan yang ditanyakan ialah keadaan kulit yang diinginkan, topik yang ingin pelajari, dan perasaan terhadap keadaan kulit mereka sekarang. Kesemua jawapan ini kemudiannya ditampal di papan kenyataan mengikut nombor soalan. Aktiviti ini mencetuskan suasana santai sambil membuka ruang perbincangan tentang cabaran mereka dalam menjaga kulit.
Pengenalan Kepada Skin Barrier
Selepas sesi ice breaking, Puan Mary mulakan kelas dengan menerangkan apa itu skin barrier. Sebahagian besar peserta sudah sedia maklum mengenainya, namun keliru sama ada penghadang kulit mereka ini sihat ataupun tidak. Oleh itu, Puan Mary meneruskan kelas dengan berkongsi tanda-tanda skin barrier yang tidak sihat dari segi rasa seperti kegatalan, dan penglihatan seperti kemerahan.
Penting untuk mereka tahu tanda-tanda awal supaya mereka dapat mencegah daripada berlaku impak yang lebih teruk pada kulit seperti keradangan, jerawat dan lain-lain.
Cara Pulihkan Skin Barrier
Puan Mary menyambung penerangan dengan langkah asas untuk memulihkan skin barrier. Tiga prinsip asas yang dikongsikan ialah back-to-basic, berhenti kasari kulit, dan pakai pelembap yang sesuai.
Selain itu, beliau turut berkongsi senarai bahan yang boleh menanggalkan sel kulit mati (exfoliate). Antaranya ialah glycolic acid, salicylic acid, dan retinol. Beliau menekankan peserta untuk memilih bahan dalam produk berdasarkan masalah yang dihadapi.
Aktiviti Kenali Kandungan Produk Bersama Ahli Kumpulan
Satu aktiviti untuk para peserta yang menarik dan praktikal diadakan iaitu mereka perlu mengenal pasti bahan dalam produk penjagaan kulit yang disediakan menggunakan laman web INCIDecoder.
Para peserta perlu menyebut nama bahan yang terkandung, dan Puan Mary akan menjelaskan sama ada bahan tersebut adalah untuk tujuan repairing, hydrating ataupun soothing.
Aktiviti ini membuka mata para peserta bahawa tidak semua produk yang popular sesuai dengan kulit mereka, dan penting untuk mereka tahu serta fahami bahan yang terkandung sebelum membeli.









Sesi Bergambar dan Penutup Yang Bermakna
Menjelang jam 1:00 petang, kelas ditamatkan dengan sesi bergambar sebagai kenangan. Senyuman puas dan semangat yang tinggi jelas kelihatan di wajah setiap peserta.
Kelas ‘Cara Pulihkan Skin Barrier Yang Rosak’ ini berjaya mencapai objektifnya dengan memberikan pemahaman yang mendalam kepada para peserta tentang penjagaan skin barrier yang baik.
Seminar ini bukan sekadar sebuah kelas penjagaan kulit, ia merupakan platform untuk ahli Glowwe saling menyokong dalam perjalanan kecantikan yang sihat dan berinformasi. Kami di Glowwe berharap agar setiap peserta dapat mempraktikkan ilmu yang diperoleh dan sentiasa menyayangi diri dalam setiap rutin harian.
Sekiranya anda terlepas seminar ini dan ingin menjadi sebahagian daripada keluarga Glowwe yang eksklusif, sertai kami sebagai ahli premium untuk akses kepada seminar akan datang, Glowwe Premium Box, dan pelbagai lagi ganjaran istimewa. Jumpa lagi!