Glowwe Premium Event Kali Ke-5: Cara Pilih Produk Penjagaan Kulit Mengikut Usia

Pada tanggal 7 Disember 2025, ahli GPM bersama-sama berkumpul untuk satu lagi sesi perkongsian ilmu bersama Puan Mary. Bertempat di Glowwe Studio, Ampang, kelas bertajuk “Cara Pilih Produk Penjagaan Kulit Mengikut Usia” ini telah berlangsung dari 10:00 pagi hingga 1:00 petang, menghimpunkan 20 ahli GPM yang bersemangat dan ingin mempelajari cara memilih produk yang benar-benar sesuai dengan keperluan kulit mereka.
Sesi yang dipimpin oleh Puan Mary bukan sahaja memberikan pencerahan, malah membantu ahli GPM membezakan keperluan kulit di setiap peringkat umur serta bahan yang paling berkesan untuk setiap kategori produk.
Sesi pendaftaran dan ice breaking
Pendaftaran bermula pada jam 9:30 pagi dan peserta mula memenuhi ruang studio dengan penuh keterujaan. Setiap peserta menerima goodie bag Glowwe yang berisi produk penjagaan kulit, iaitu DermEden HA-Like Micellar Toner dan Masquela Anti Acne Facial Mask yang pernah berkolaborasi bersama Glowwe.
Pengenalan Bahan Mengikut Peringkat Umur
Kelas diteruskan dengan penerangan asas tentang struktur dan perubahan kulit mengikut usia. Puan Mary juga menjelaskan keperluan kulit untuk setiap peringkat umur:
- 20-an: Fokus pada menghidrasi dan perlindungan dengan bahan seperti hyaluronic acid dan niacinamide.
- 30-an: Penambahan bahan anti-penuaan ringan seperti peptides dan antioxidants
- 40-an: Fokus pada keperluan bahan yang lebih menyokong struktur kulit seperti retinol, ceramides, dan coenzyme Q10.
- 50-an: Penekanan kepada penggunaan moisturizer yang kaya dengan emollients, lipid-replenishing ingredients seperti ceramides, squalane dan cholesterol, serta serum peptida yang membantu menyokong kekuatan struktur kulit.
Setelah sesi ini, ramai peserta menyedari bahawa masalah kulit mereka sebenarnya berkait rapat dengan bahan yang mereka gunakan.
Cadangan Rutin Mengikut Peringkat Umur
Setelah memahami bahan dalam produk, kelas diteruskan dengan panduan lengkap memilih dan menyusun rutin penjagaan kulit mengikut peringkat umur. Puan Mary menerangkan langkah demi langkah bermula daripada asas pembersihan sehinggalah ke perlindungan kulit.
Puan Mary juga mencadangkan produk untuk rutin pagi dan malam bagi setiap kategori usia supaya ahli GPM benar-benar jelas tentang susunan langkah yang betul. Mereka juga diajar cara membaca label produk untuk memastikan bahan yang dipilih selari dengan keperluan kulit mengikut usia.
Aktiviti Berkumpulan: Analisis Bahan Mengikut Kategori Umur
Aktiviti seterusnya cukup interaktif. Ahli GPM diminta duduk mengikut kumpulan, dan setiap kumpulan ditugaskan dengan kategori umur yang berbeza. Mereka perlu menyenaraikan rutin dan bahan bagi setiap kategori umur.
Melalui aktiviti ini, ahli GPM dapat menyusun rutin penjagaan kulit mengikut kategori umur dengan lebih terperinci berdasarkan bahan yang sesuai. Banyak perbincangan menarik timbul apabila Puan Mary membentangkan hasil dapatan kumpulan masing-masing.









Sesi Bergambar dan Penutup
Menjelang jam 1:00 petang, kelas ditutup dengan pengagihan GPM box kepada beberapa ahli GPM yang baru sahaja memperbaharui keahlian dan diakhiri dengan sesi bergambar. Wajah mereka jelas menunjukkan rasa gembira setelah memperoleh pemahaman yang lebih kukuh tentang penjagaan kulit mengikut usia. Glowwe berharap setiap peserta dapat mengaplikasikan ilmu ini dalam rutin harian dan membuat pilihan produk dengan lebih yakin.
Nak sertai kelas ekslusif seperti ini? Inilah peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada ahli premium Glowwe dan dapatkan akses awal ke kelas seterusnya.
Sertai Glowwe Premium Membership dan nikmati pelbagai manfaat istimewa.
Jumpa lagi di sesi akan datang!



