
Kulit Berminyak & Mekap Mudah Crack? Cuba JardinPeau Skin Fix Pro Grandeur Radiance Fixative Powder Untuk Hasil Mekap Yang Flawless
Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak atau kombinasi, masalah mekap cepat berkilat atau merekah selepas beberapa jam adalah perkara biasa. Pada waktu pagi, foundation kelihatan kemas dan rata, tetapi menjelang tengah hari, kawasan T-zone mula berminyak dan mekap kelihatan tidak sekata.
Salah satu langkah penting untuk mengekalkan mekap yang cantik sepanjang hari ialah menggunakan setting powder yang sesuai. JardinPeau Skin Fix Pro Grandeur Radiance Fixative Powder direka khas untuk membantu mengawal minyak sambil memastikan mekap kekal sekata dan kemas tanpa kelihatan bercapuk.
Loose powder ini bukan sekadar membantu menahan mekap, malah diperkaya dengan bahan aktif yang memberi manfaat kepada kulit.

Kelebihan Utama
Antara manfaat utama loose powder ini:
- Kawalan minyak untuk wajah yang lebih matte dan kurang berkilat.
- Mengunci mekap lebih lama tanpa membuatkannya merekah.
- Mengurangkan garis halus dan dark spots.
- Menyokong penghasilan kolagen dan keanjalan kulit.
- Formulasi ringan dan tidak menyumbat pori.
Loose powder ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak, kulit kombinasi, atau individu yang mahukan mekap tahan lama dengan kelebihan bahan-bahan penjagaan kulit.
Bahan Utama yang Berkesan
Keistimewaan JardinPeau Skin Fix Pro Grandeur Radiance Fixative Powder terletak pada gabungan bahan berkualiti tinggi, antaranya;
Salmon DNA
Bahan ini terkenal dengan keupayaannya menjana semula sel kulit baru, meningkatkan keanjalan dan mengurangkan garis halus.
Minyak Biji Camellia
Bahan ini bantu melembapkan kulit dan memastikan mekap tidak kelihatan merekah atau bercapuk.
Vitamin C Stabil (IP-VC)
Bahan ini bantu mencerahkan tona kulit dan melindungi kulit daripada kerosakan persekitaran seperti pencemaran dan pendedahan sinar UV.
Black BeeOme
Bahan ini bantu seimbangkan mikrobiom kulit dan kurangkan kemerahan.
Panduan Penggunaan JardinPeau Skin Fix Pro Grandeur Radiance Fixative Powder:
- Tuangkan loose powder ke dalam penutup bekas.
- Ambil sedikit loose powder menggunakan berus mekap.
- Sapukan secara lembut pada seluruh wajah terutamanya di kawasan T-Zone.
- Untuk kawasan yang sukar dicapai seperti bawah mata atau di tepi hidung, boleh gunakan span solekan berbentuk segi tiga.
JardinPeau Skin Fix Pro Loose Powder dengan Salmon DNA memberikan kemasan matte finish yang lembut serta memastikan kulit kelihatan licin dan segar sepanjang hari.
Siapa Yang Sesuai Menggunakannya?
Loose powder ini sangat sesuai untuk:
- Individu yang mempunyai kulit berminyak atau kombinasi.
- Sering mengalami mekap bercapuk selepas beberapa jam.
- Peminat mekap yang mahukan produk dengan manfaat bahan penjagaan kulit.
- Individu yang inginkan mekap kekal segar sepanjang hari.
Untuk mendapatkan mekap yang tahan lama, pemilihan setting powder yang sesuai sangat penting. JardinPeau Skin Fix Pro Grandeur Radiance Fixative Powder membantu mengawal minyak sambil memberikan manfaat penjagaan kulit.

