
Pigmentation & Jeragat: Sama Atau Berbeza?
💬 Makluman kepada pembaca:
Di blog ini, Glowwe menyediakan sesi khas “Tanya Glowwe” untuk menjawab soalan berkaitan kulit, skincare, dan masalah wajah yang sering dialami.
Kalau anda ada pertanyaan, silakan ajukan soalan anda, dan Glowwe akan kongsikan jawapan untuk manfaat bersama.
Pertanyaan Daripada Pembaca
Soalan ini datang daripada Syu****:
“Pigmentation dengan jeragat sama ke?
Jeragat boleh hilang ke?” Pakai produk apa untuk hilangkan jeragat?
Soalan ini sangat kerap ditanya, terutamanya oleh mereka yang sedang berdepan dengan masalah tompok gelap di wajah.
Jawapan Daripada Glowwe:
Semua jeragat = pigmentation ✅
Tapi tak semua pigmentation = jeragat ❌
🔹 Pigmentation (hiperpigmentasi)
➡️ Istilah umum bila kulit ada tompok gelap disebabkan penghasilan melanin berlebihan.
🔹 Jeragat (melasma / freckles)
➡️ Salah satu jenis pigmentation yang paling biasa.
Jeragat boleh hilang ke?
Ya, jeragat boleh dipudarkan dan jika konsisten, boleh ketara berbeza dan boleh hilang.
Untuk hilangkan jeragat, kena faham langkahnya dahulu, sebelum beli produk. Jika ada jeragat, perlu buat perkara berikut:
- Lindungi Kulit daripada Sinar UV
▪️Gunakan sunscreen setiap hari dengan SPF 30, PA+++ dan reapply setiap 2-3 jam.
▪️Elakkan cahaya matahari secara langsung, pakai topi atau payung jika perlu.
- Gunakan Produk yang Mencerahkan dan Menghalang Jeragat, antaranya:
▪️Vitamin C – Membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan hiperpigmentasi.
▪️Niacinamide – Membantu mengawal minyak dan menghalang perpindahan melanin.
▪️Alpha Arbutin, Kojic Acid, atau Licorice Extract – Bahan yang membantu memudarkan jeragat.
▪️Retinol – Boleh membantu mempercepatkan kitaran sel kulit, tetapi perlu digunakan dengan berhati-hati.
- Exfoliate Kulit Secara Berkala
▪️Gunakan exfoliator lembut seperti AHA atau BHA, 2-3 kali seminggu pada rutin malam untuk membuang sel kulit mati dan mencerahkan kulit.
▪️Jangan gunakan terlalu kerap kerana boleh menyebabkan iritasi, terutama jika kulit ada sifat sensitif.
- Jaga Kelembapan Kulit
▪️Gunakan pelembap yang sesuai dengan jenis kulit, gel untuk kulit berminyak, krim untuk kulit kering.
▪️Cari bahan pelembap dengan bahan seperti hyaluronic acid, glycerin, ceramide, atau squalane
▪️Kulit yang tak cukup lembap akan mudah meradang, keradangan pula akan menerukkan lagi keadaan berjeragat



