
Rutin Penjagaan Kulit Mesra Umrah Dan Haji | Rehla Skincare Set Review
Bagi jemaah yang bakal menunaikan haji atau umrah, masalah kulit seperti kekeringan dan sunburn adalah cabaran biasa disebabkan oleh keadaan cuaca yang ekstrem. Untuk memastikan kulit kekal lembap dan dilindungi sepanjang melaksanakan ibadah di Tanah Suci, amat penting untuk mengamalkan rutin penjagaan kulit yang sesuai.
Rehla menawarkan rangkaian produk yang direka khas untuk keselesaan, hidrasi dan perlindungan, menjadikannya pilihan tepat untuk jemaah yang melakukan ibadah haji dan umrah.
1. REHLA Hydra Advanced Facial Cleanser
Langkah pertama dalam rutin penjagaan kulit adalah pembersihan dan REHLA Hydra Advanced Facial Cleanser adalah pilihan yang sempurna. Pencuci muka yang lembut dan berkesan ini mampu menanggalkan kotoran dan sisa solekan ringan tanpa mengeringkan kulit.
Diperkaya dengan Minyak Daun Gelam Putih yang mempunyai sifat antioksidan dan antiseptik untuk menenangkan dan melegakan kulit. Kulit akan rasa segar dan bersih. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
2. REHLA Ultra Intense Face Serum
Selepas mencuci muka, langkah seterusnya adalah REHLA Ultra Intense Face Serum menggabungkan kuasa Niacinamide dan Hyaluronic Acid untuk merawat tona kulit tak sekata, hiperpigmentasi dan dehidrasi.
Serum berasaskan air ini ringan dan sangat mudah diserap untuk menembusi jauh ke dalam kulit sambil meningkatkan keanjalan kulit. Ditambah dengan manfaat Niacinamide yang mencerahkan kulit dan membantu mengurangkan parut, menjadikan kulit kelihatan lebih cerah dan berseri.
3. REHLA Ultra Nourishing Face Oil

Untuk perlindungan dan hidrasi tambahan, gunakan REHLA Ultra Nourishing Face Oil. Diformulasi dengan gabungan minyak tumbuhan dan Melaleuca Cajaputi, minyak wajah ini membantu mengunci kelembapan, elak kekeringan kulit seterusnya mengurangkan kedutan.
Formula minyak ini ringan dan tidak melekit, memastikan kulit kelihatan berseri dan segar sepanjang perjalanan ibadah.
4. REHLA Ultra Hydrating Moisturiser
REHLA Ultra Hydrating Moisturiser mampu memulihkan kelembapan kulit yang sangat penting untuk memastikan kulit kekal lembap dan anjal. Diformulasi dengan Niacinamide, Bromelain dan Melaleuca Cajaputi, pelembap ini juga dapat membantu menyihatkan kulit. Pelembap yang ringan ini memastikan kulit sentiasa terhidrat, lembut dan licin.
5. REHLA Daily UV Defense SPF 50 PA+++
Rutin penjagaan kulit harian tidak lengkap tanpa perlindungan daripada sinar UV. Oleh itu, REHLA Daily UV Defense SPF 50 PA+++ menyediakan perlindungan meluas (broad spectrum) daripada sinar UVA dan UVB untuk mencegah sunburn dan penuaan pramatang.
Teksturnya yang ringan dan cepat meresap tanpa meninggalkan kesan whitecast atau rasa berminyak, menjadikannya pilihan ideal untuk jemaah yang terdedah kepada sinar matahari yang terik dalam tempoh yang lama.

Produk Penjagaan Kulit Terbaik Untuk Jemaah Haji dan Umrah
REHLA menawarkan satu set lengkap produk penjagaan kulit dengan Minyak Daun Gelam Putih sebagai bahan utama yang direka untuk melembap, melindungi dan menyuburkan kulit. Memastikan kulit kekal berseri, sihat dan lembap sepanjang perjalanan ibadah anda.
Produk REHLA juga disahkan Halal oleh JAKIM dan dapat pengiktirafan MOSTI – MySTI yang merupakan hasil kajian penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu. Rehla juga bekerjasama dengan pakar penasihat syariah Prof Madya Dr Jamalluddin Hashim dari Universiti Sultan Zainal Abidin bagi memastikan setiap produk boleh dipakai dalam ihram.
Jadi, anda boleh beribadah tanpa rasa ragu ketika menggunakan produk Rehla.
Dapatkan produk Rehla di sini:
REHLA Ultra Hydrating Moisturiser
REHLA Ultra Nourishing Face Oil
REHLA Daily UV Defense SPF 50 PA+++
REHLA Moisturizing Lip Balm