
Rutin Skincare Malam Untuk Pudarkan Tompok Gelap Dan Kurangkan Garis Halus | Review DermEden Night Protocole Intense Serum & DermEden Intense Night Cream
Masalah tompok gelap, garis halus dan kulit kusam adalah tanda penuaan yang sering menghantui ramai orang apabila usia meningkat. Ditambah pula dengan faktor seperti cahaya matahari, tekanan harian dan pencemaran, kulit semakin hilang keanjalan dan ketegangan.
Ramai tak sedar bahawa kulit lebih aktif pada waktu malam. Ketika tidur, kulit menjadi 8 kali lebih reseptif terhadap manfaat bahan aktif berbanding siang hari. Sebenarnya, inilah masa terbaik untuk memberikan rawatan intensif agar kulit pulih, cerah, berseri dan lebih muda.
Untuk dapatkan kesan optimum, DermEden memperkenalkan rutin malam khusus untuk atasi tanda-tanda penuaan dengan hanya dua langkah.

Langkah 1: DermEden Night Protocole Intense Serum
Serum ini dirumus khas untuk mengaktifkan pemulihan kulit pada waktu malam dengan kepekatan bahan aktif yang tinggi.
✨ Kelebihan utama:
- Mengurangkan garis halus dan kedutan.
- Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit.
- Memudarkan tompok gelap dan tona tak sekata.
- Memberikan kesan tegang segera sambil melembapkan kulit.
Bahan utama:
- 1% Encapsulated Retinol – Menggalakkan pembaharuan sel dan mengurangkan kedutan.
- 5% Niacinamide Grade S – Mencerahkan tona kulit, mengurangkan bintik gelap.
- 3% Matrikine Peptides – Merangsang penghasilan kolagen dan elastin.
- 2% Encapsulated Vitamin C – Antioksidan kuat untuk kulit lebih cerah.
- 1% Hyaluronic Acid (berat molekul tinggi) – Memberi hidrasi segera dan tahan lama.

Langkah 2: DermEden Intense Night Cream
Selepas serum, langkah seterusnya ialah pelembap malam untuk mengunci kelembapan dan memaksimumkan kesan rawatan.
✨ Kelebihan utama:
- Mengurangkan garis halus dan kedutan dengan tindakan sinergi Retinol dan Niacinamide.
- Menghaluskan tekstur kulit dengan kesan pengelupasan lembut.
- Memudarkan tompok gelap dan jeragat.
- Menyokong pembaharuan kulit untuk wajah lebih cerah dan licin keesokan pagi.
Bahan utama:
- 1% Encapsulated Retinol – Membantu penghasilan kolagen dan elastin.
- 5% Niacinamide Grade S – Sekatakan tona kulit dan kurangkan hiperpigmentasi.
- 4% Glycolic Acid + 0.1% Salicylic Acid – Bantu singkirkan sel kulit mati.
- 1% Dioic Acid – Membantu mengurangkan penghasilan melanin (punca tompok gelap).
- 1% Hyaluronic Acid – Memberi hidrasi mendalam.
Cara Penggunaan Rutin Malam Dengan DermEden
- Bersihkan wajah dengan pembersih lembut.
- Sapukan DermEden Night Protocole Intense Serum secukupnya ke seluruh wajah dan leher.
- Ikuti dengan DermEden Intense Night Cream untuk mengunci kelembapan dan merawat kulit sepanjang malam.
- Gunakan setiap malam sebelum tidur untuk hasil terbaik.

Kenapa DermEden Pilihan Tepat Untuk Rutin Malam?
✅ Selamat, berkesan dan sesuai untuk semua jenis kulit.
✅ Kombinasi bahan aktif yang terbukti secara klinikal
✅ Kesan menyeluruh
✅ Kulit lebih segar, lembap dan berseri setiap pagi
Dengan rutin malam dua langkah dengan DermEden, anda beri peluang pada kulit untuk pulih dan dilindungi ketika tidur.
Bangun pagi bukan lagi dengan kulit kusam, tapi kulit yang lebih licin, cerah dan anjal semula jadi.
Dapatkan produk di sini:
DermEden Night Protocole Intense Serum
DermEden Intense Night Cream