
Rutin Skincare Minimalis Dengan Teinei: Skin Barrier Sihat Tanpa Langkah Rumit | Teinei Products Review
Kulit yang sihat dan berseri bukan hanya dapat dicapai menggunakan produk yang tepat, tetapi ia juga berkait rapat dengan susunan rutin penjagaan kulit harian yang sesuai dengan keperluan unik kulit anda.
Sama ada kulit kering, sensitif, berjerawat atau anda ingin mendapatkan kulit yang lebih cerah dan berseri, Teinei 2-in-1 Hydrating Dual Cleansing “ONE”, Teinei Renew Vitamin Cream “ONE” dan Teinei Deep Hydrating Cream “ONE” menyediakan penyelesaian yang menyeluruh.
Bagaimana produk-produk daripada Teinei ini bekerjasama untuk memulihkan dan melindungi skin barrier anda?
Langkah 1: Teinei 2-in-1 Hydrating Dual Cleansing “ONE”

Langkah pertama yang penting dalam rutin penjagaan kulit ialah membersihkan wajah. Teinei 2-in-1 Hydrating Dual Cleansing “ONE” menggabungkan dua fungsi dalam satu produk—menanggalkan solekan dan mencuci wajah.
Dengan formula minyak-dalam-gel, ia bertukar menjadi minyak yang lembut apabila digunakan pada kulit. Formula ini dapat menanggalkan solekan, minyak berlebihan dan kekotoran tanpa mengeringkan kulit. Kulit rasa bersih dan segar setiap kali penggunaan.
Bahan Utama:
- Yuzu Extract – Membantu memperbaiki skin barrier dan melindungi kulit daripada kerosakan persekitaran.
- Okinawa Mozuku Extract – Kaya dengan antioksidan untuk menenangkan kulit dan mengurangkan keradangan.
- Rice Bran Oil – Mengelakkan kekeringan kulit sambil memberikan kelembapan semula jadi.
- Natto Gum – Memberikan kelembapan mendalam agar kulit kekal lembut dan terhidrat.
Langkah 2: Teinei Renew Vitamin Cream “ONE”

Setelah kulit bersih, langkah seterusnya adalah langkah melembap. Teinei Renew Vitamin Cream “ONE” adalah krim yang menggabungkan toner, serum, emulsion dan pelembap dalam satu produk.
Diformulakan dengan Vitamin C, B, dan E, ia memberikan rawatan menyeluruh untuk kulit yang lebih berseri dan sihat. Terutama bagi mereka yang mengalami masalah jerawat atau bekas jerawat, produk ini membantu mengurangkan kemerahan dan meningkatkan proses pembaharuan kulit.
Bahan utama dalam Teinei Renew Vitamin Cream “ONE”:
- 3-O-Ethyl Ascorbic Acid (Vitamin C yang stabil) – Membantu mencerahkan kulit dan memudarkan bekas jerawat.
- Niacinamide – Mengawal penghasilan minyak berlebihan.
- Panthenol (Vitamin B5) – Melembapkan kulit dan mengurangkan kerengsaan.
- Vitamin E – Melindungi kulit daripada kerosakan akibat selaran UV dan pencemaran.
Langkah 3: Teinei Deep Hydrating Cream “ONE”

Bagi anda yang memiliki kulit kering atau sensitif, Teinei Deep Hydrating Cream “ONE” adalah penyelamat.
Diformulakan dengan bahan-bahan yang lembut dan menyegarkan seperti Yuzu Extract dan Sakura Extract, ia memberi kelembapan yang mendalam dan melindungi kulit daripada iritasi.
Tekstur gelnya membantu mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit sambil memperbaiki tekstur kulit yang kasar dan kusam. Sesuai untuk kulit sensitif.
Bahan utama dalam Teinei Deep Hydrating Cream “ONE”:
- Yuzu Extract – Kaya dengan Vitamin C untuk mencerahkan dan menyegarkan kulit.
- Sakura Extract – Membantu memperbaiki tekstur kulit dan memberikan kesan permukaan kulit yang licin dan lembut.
- Hyaluronic Acid – Mengunci kelembapan pada kulit untuk kesan hidrasi yang berpanjangan.
- Ceramide NP – Menyokong pemulihan kulit dan menguatkan skin barrier.
Dengan Teinei 2-in-1 Hydrating Dual Cleansing “ONE”, Teinei Renew Vitamin Cream “ONE”, dan Teinei Deep Hydrating Cream “ONE”, anda boleh mendapatkan kulit yang lebih bersih, cerah dan sihat dengan tiga langkah mudah.
Produk daripada Teinei ini direka khas untuk memenuhi keperluan kulit anda, sama ada untuk mengatasi masalah jerawat, menjaga kelembapan atau melindungi kulit sensitif.
Pastikan selepas memakai pelembap daripada Teinei, ikuti dengan sunscreen pada rutin sebelah siang untuk melindungi kulit anda daripada selaran UV.
Apa tunggu lagi? Cuba produk Teinei hari ini dan alami perubahan ketara pada kulit anda!
Dapatkan produk Teini di sini:
Teinei 2-In-1 Hydrating Dual Cleansing “One”