Sunscreen Yang Ideal Untuk Aktiviti Luar | Altruist Sunscreen SPF 50 UVA 5★
Bagi mereka yang aktif dalam menjalankan aktiviti luar seperti hiking, camping atau bersukan di bawah terik matahari, risiko kerosakan kulit akibat sinar UV adalah sangat tinggi. Pendedahan kepada sinar matahari yang berlebihan bukan sahaja boleh menyebabkan sunburn, jeragat, penuaan pramatang, malah risiko kanser kulit juga jika tidak diberi perlindungan secukupnya.
Tidak semua sunscreen direka untuk tahan dalam keadaan aktiviti lasak atau pendedahan matahari yang berpanjangan. Aktiviti seperti berenang, berpeluh dan geseran daripada pakaian boleh mengurangkan keberkesanan perlindungan daripada sinar UV, menyebabkan anda perlu mencari sunscreen yang menawarkan lebih daripada sekadar perlindungan asas.
Altruist Sunscreen SPF 50 UVA 5★ dengan formulasi broad spectrum dan sifat water-resistant, adalah pilihan tepat untuk anda yang memerlukan perlindungan berterusan walaupun melakukan aktiviti luar.
Apa yang membuatkan Altruist Sunscreen SPF 50 UVA 5★ sesuai untuk aktiviti luar?
Altruist Sunscreen SPF 50 UVA 5★ telah diformulasikan untuk memberikan perlindungan yang baik dan tahan lama untuk aktiviti luar. Berikut adalah ciri-ciri yang membuatkan sunscreen ini ideal untuk tujuan tersebut:
- Perlindungan broad spectrum
Sinar UVA dan UVB adalah musuh utama kulit, terutama bagi mereka yang berada di luar rumah untuk jangka masa panjang. Dengan SPF 50 dan perlindungan UVA 5★, sunscreen ini memastikan kulit anda dilindungi daripada kedua-dua jenis sinar UV. - Sifat water-resistant yang sesuai untuk aktiviti air
Altruist Sunscreen SPF 50 UVA 5★ mempunyai formulasi tahan air, sesuai untuk aktiviti di pantai, berenang atau aktiviti lain yang menyebabkan banyak peluh. - Tekstur ringan dan tidak melekit
Sunscreen daripada Altruist ini memiliki tekstur ringan yang cepat meresap dan memberikan rasa nyaman tanpa rasa melekit pada kulit. Formulanya yang non-comedogenic juga memastikan pori-pori tidak tersumbat, menjadikannya selesa dipakai sepanjang hari. - Mempunyai ciri hypoallergenic dan bebas pewangi
Aktiviti lasak menyebabkan kulit mudah berpeluh dan menjadi lebih sensitif. Dengan ciri sunscreen ini yang hypoallergenic dan tanpa pewangi, ia juga boleh kurangkan risiko iritasi dan kerengsaan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Apakah cara yang betul untuk dapatkan perlindungan optimum ketika melakukan aktiviti luar?
Melalui aktiviti luar yang berterusan tanpa perlindungan, kulit mudah mengalami kerosakan yang biasanya tidak boleh dipulihkan dengan cepat. Ini kerana, sinar UV mampu menembusi lapisan kulit dan menyebabkan kerosakan pada kolagen serta elastin iaitu dua komponen utama yang mengekalkan keanjalan dan kelembutan kulit.
Berikut adalah cara-cara untuk mendapatkan perlindungan yang baik dengan Altruist Sunscreen SPF 50 UVA 5★:
- Sapukan sunscreen secukupnya sebelum keluar rumah
Untuk perlindungan yang optimum, sapukan sunscreen secara merata pada kawasan yang terdedah kepada matahari, termasuk wajah, leher, lengan dan kaki. - Ulang pakai setiap 2 hingga 3 jam
Walaupun sunscreen ini water-resistant, ia tetap perlu diulang pakai setiap dua hingga tiga jam, terutama selepas aktiviti yang menyebabkan peluh berlebihan atau selepas berenang. - Pakai pelindung tambahan
Gabungkan dengan kaedah perlindungan lain seperti topi, cermin mata hitam dan pakaian yang mampu melindungi kulit daripada sinar matahari untuk memastikan kulit anda sentiasa terlindung daripada sinar UV.
Bahan utama dalam Altruist Sunscreen SPF 50 UVA 5★
Altruist Sunscreen SPF 50 UVA 5★ menggunakan bahan penapis UV yang stabil dan efektif yang berfungsi melindungi kulit daripada kerosakan sinar UV tanpa menyebabkan iritasi.
1. Octocrylene
2. Butyl Methoxydibenzoylmethane
3. Ethylhexyl Salicylate
4. Titanium Dioxide (Nano)
5. Phenylbenzimidazole Sulfonic Acid
6. Tris-Biphenyl Triazine (Nano)
7. Ethylhexyl Triazone
8. Bis-Ethylhexyloxyphenol Methoxyphenyl Triazine
Altruist Sunscreen SPF 50 UVA 5★ adalah penyelesaian terbaik untuk anda yang gemar melakukan aktiviti luar yang sering terdedah di bawah sinar matahari. Dengan perlindungan broad spectrum, formula water-resistant dan tekstur ringan, sunscreen ini dapat bantu mengekalkan kulit yang sihat dan bebas sunburn.
Jadi, pastikan Altruist Sunscreen SPF 50 UVA 5★ ada dalam beg anda. Dengan perlindungan yang berterusan, anda kini dapat menikmati aktiviti luar tanpa bimbang tentang kerosakan kulit.
Dapatkannya di sini → Altruist Sunscreen SPF 50 UVA 5★