
Teknologi Canggih untuk Kulit Cerah & Anjal: SKINMADE Golden C®️ + Exoshot™ Collagen Boosting Filler Concentrate
Dahulu, jika ingin menghilangkan garis halus atau menambah keanjalan kulit, rawatan filler di pusat estetik adalah satu-satunya pilihan. Prosedurnya memerlukan suntikan dan kos yang tinggi, dan tidak semua orang berani mencubanya.
Namun, dengan teknologi terkini, bahan aktif yang hanya boleh didapati melalui suntikan, kini boleh digunakan secara topikal. Anda tidak perlu lagi pergi ke klinik estetik untuk mendapatkan kulit yang lebih anjal dan bebas kedutan. Boleh gunakan di rumah sahaja untuk hasil yang ketara!
Memperkenalkan SKINMADE Golden C®️ + Exoshot™️ Collagen Boosting Filler Concentrate—”filler tanpa jarum” yang mampu menembusi lapisan kulit lebih dalam untuk mengembalikan keanjalan kulit, mengurangkan kedutan, dan mencerahkan wajah dengan bahan aktif yang premium.

Bahan utama SKINMADE Golden C®️ + Exoshot™️ Collagen Boosting Filler Concentrate:
- Matrixyl®️ 3000 & Matrixyl®️ Synthe’6 – Peptide canggih yang terbukti mengurangkan kedutan hingga 33% dan meningkatkan keanjalan kulit sebanyak 20% dalam lapan minggu.
- Neodermyl – Digelar sebagai “filler tanpa jarum,” ia merangsang fibroblas untuk meningkatkan kolagen dan elastin sebanyak 200% dalam hanya dua minggu.
Bahan Premium untuk Kulit Cerah dan Anjal
- Golden C®️: Vitamin C Stabil yang menggalakkan penghasilan kolagen dan mencerahkan kulit.
- DermCom (Ekstrak Crocus): Memperbaiki ketegangan dan keanjalan kulit serta kurangkan kekenduran.
- Galactomyces Ferment Filtrate: Meningkatkan hidrasi dan memperbaiki tekstur kulit.
- LactoExosome: Bantu tingkatkan penyerapan bahan aktif lebih mendalam.
- Salmon DNA: Meningkatkan kelembapan sebanyak 35% dan menyokong struktur kolagen dalam kulit untuk kulit yang lebih anjal dan sihat.
- Fullerenes: Kaya dengan antioksidan untuk melindungi kolagen dan elastin daripada radikal bebas tanpa kesan iritasi.
Terbukti Berkesan
✅ Mengurangkan garis halus dan kedutan
✅ Menegangkan dan mengembalikan keanjalan kulit
✅ Memperbaiki tekstur kulit dan meningkatkan kelembapan
✅ Melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas

Cara Penggunaan
Titiskan SKINMADE Golden C®️ + Exoshot™ Collagen Boosting Filler Concentrate dan sapukan pada kawasan yang cenderung mempunyai garis halus seperti pipi, dahi, rahang, sekitar mata dan garis senyuman selepas toner atau serum dan sebelum pelembap. Gunakan dua kali sehari untuk hasil yang ketara.
SKINMADE Golden C®️ + Exoshot™ Collagen Boosting Filler Concentrate adalah pilihan terbaik untuk kulit lebih cerah, anjal dan awet muda. Cuba sekarang dan alami perubahan luar biasa! Dapatkan di sini > SKINMADE Golden C®️ + Exoshot™ Collagen Boosting Filler Concentrate