5 Pencuci Muka Terbaik Di Drugstore
Pencuci muka atau cleanser menjadi produk pertama yang anda perlu dapatkan sebelum memulakan rutin penjagaan kulit. Pencuci muka pada masa kini dan dahulu adalah berbeza kerana kandungan pH dalam produk pencuci muka zaman dahulu lebih tinggi berbanding produk pencuci muka masa kini, sehingga ia mampu mengeringkan kulit muka anda.
Oleh itu, selepas penggunaan pencuci muka tersebut pastinya akan menggunakan toner untuk mengembalikan pH kulit yang terjejas. Pencuci muka sebegitu dikenali sebagai Harsh Cleanser.
Pada masa kini, pencuci muka telah wujud dalam pelbagai tekstur yang boleh dibeli mengikut kesesuaian jenis kulit muka anda. Malah, telah wujud gabungan bahan dan formulasi yang betul; membantu untuk membersihkan kulit dengan lebih berkesan, lembut dan tidak mengeringkan kulit.
Tugas khusus pencuci muka adalah- (i) untuk menanggalkan kekotoran, (ii) menghilangkan minyak berlebihan dan (iii) menghapuskan sisa solekan pada wajah.
Berikut merupakan 5 pencuci muka terbaik yang mampu milik dengan harga yang berpatutan dan berkesan:
1. Wardah Lightening Micellar Gentle Wash
Bahan kandungan utama: Niacinamide
Isipadu: 100 ml
Sesuai untuk: Kulit normal dan kering
Tekstur: Creamy dan Foam
Harga: RM 9.90
Dapatkan di sini
Produk tersebut mengandungi formula yang dipanggil Non-Soap Formula; membantu untuk membersihkan kulit muka dengan lembut dan mengekalkan kelembapan kulit muka secara semula jadi. Turut mengandungi kandungan pH yang seimbang serta membantu mengekalkan pH semula jadi kulit.
Mengandungi Niacinamide yang membantu mengawal penghasilan minyak dan mempunyai keupayaan untuk mencerahkan tona kulit.
2. Neutrogena Deep Clean Gentle Foaming Cleanser
Bahan kandungan utama: 8% Amino Micellar (Amino Acid + Micellar Water)
Isipadu: 100 g
Sesuai untuk: Semua jenis kulit terutama kulit sensitif
Tekstur: –
Harga: RM 17.00 – RM 22.00
Dapatkan di sini
Mengandungi Surfactant yang lembut- mempunyai sifat lembut pada kulit dan tidak mengeringkan kulit, memiliki tahap kandungan pH yang sesuai serta formula yang tidak memedihkan mata.
Namun, ia tidak berfungsi untuk menanggalkan waterproof makeup. Proses membilas pencuci muka ini juga sangat mudah dan cepat malah kesan selepas menggunakannya mampu membuatkan kulit akan berasa lembut.
3. Simple Kind To Skin Refreshing Facial Wash
Bahan kandungan utama: Propylene Glycol, Tocopheryl Acetate (Vitamin E) dan Panthenol
Isipadu: 150 ml
Sesuai untuk: Semua jenis kulit
Tekstur: Gel
Harga: RM 18.00 – RM 24.00
Dapatkan di sini
Pencuci muka ini mengandungi 100% soap free– berfungsi untuk menanggalkan minyak berlebihan, peluh dan juga kekotoran. Kulit muka anda akan berasa sangat bersih dan segar.
Mengandungi bahan seperti Propylene Glycol– memastikan kulit cukup hidrasi, vitamin E yang bersifat antioksida (Tocopheryl Acetate) dan Panthenol membantu memberi kesan kelegaan pada kulit.
Ia juga tidak mengandungi bahan Artificial Perfume, pewarna, dan bahan kimia yang berbahaya.
4. Aiken Prebiotic Hydra Plus Facial Cleanser
Bahan kandungan utama: Amino Acid Cleansing Active, Prebiotic dan Rice Water
Isipadu: 120 g
Sesuai untuk: Semua jenis kulit
Tekstur: Creamy
Harga: RM 15.00 – RM 16.00
Dapatkan di sini
Pencuci muka yang ditambah dengan Prebiotic daripada Perancis dan Rice Water daripada Korea membantu membersihkan kulit dengan lebih mendalam tanpa mengeringkan kulit muka.
Secara saintifik, produk ini terbukti boleh menghapuskan zarah pencemar (Particulate Matter) yang biasanya mudah berada pada permukaan kulit wajah yang datang daripada persekitaran.
Pencuci muka ini merupakan Soap Free boleh mengekalkan nilai pH pada kulit anda dan mengandungi Amino Acid Cleansing Active yang bersifat lembut pada kulit ketika digunakan.
5. Safi Hydra Glow HA3 Hyaluronic Acid & Fermented Rice Extract Hydrating Water Cleanser
Bahan kandungan utama: Fermented Rice Extract, Vitamin B5 dan Hyaluronic Acid
Isipadu: 125 g
Sesuai untuk: Semua jenis kulit
Tekstur: Creamy Gel
Harga: RM 9.00 – RM 14.00
Dapatkan di sini
Tekstur pencuci muka yang tidak mengeringkan kulit, mampu melembapkan dan membersihkan kulit dengan lembut dan berkesan. Pencuci muka ini digabungkan dengan teknologi yang dikenali sebagai Hydra Active³; menggabungkan tiga bahan penghidratan iaitu:
- Fermented Rice Extract
Bersifat untuk melembapkan kulit
- Vitamin B5
Melegakan kulit dan mengembalikan kelembutan kulit
- Hyaluronic Acid
Mengunci kelembapan, membantu menguatkan skin barrier dan meningkatkan keanjalan kulit
#Tip: Jika anda mempunyai kulit cenderung sensitif, sila lakukan patch test terlebih dahulu pada kawasan yang kecil seperti sekitar rahang atau inner wrist sebelum menggunakan apa-apa produk termasuklah cleanser.