5 Produk Hilangkan Jerawat Terbaik Di Drugstore
Cara untuk mengenal pasti sesebuah produk mengandungi fungsi antijerawat adalah:
• Mempunyai bahan yang bersifat antibakteria- bertindak menghapuskan bakteria penyebab jerawat.
• Mengandungi bahan yang boleh hapuskan sumbatan- menanggalkan minyak dan sel kulit mati.
• Bahan yang boleh meredakan keradangan yang ada pada jerawat (inflammatory acne).
• Bahan yang boleh mempercepatkan kitaran sul kulit mati.
#Peringatan: Elakkan menggunakan kesemua produk bersifat antijerawat dalam setiap langkah skincare secara serentak.
Berikut merupakan Top 5 produk untuk hilangkan jerawat, pilihan Glowwe dengan harga yang amat berpatutan, mampu milik dan mudah didapati di mana-mana drugstore; Guardian dan Watson.
1) COSRX Ac Collection Calming Foam Cleanser
Bahan kandungan utama: Salicylic Acid, Asiaticoside, Asiatic Acid  dan Madecassic Acid
Isipadu: 50 ml
Harga: RM 15.00 – RM 19.00
Dapatkan di sini
Produk ini mengandungi kandungan Salicylic Acid yang tidak tinggi namun masih berfungsi dengan berkesan untuk menanggalkan minyak dan juga mempunyai tiga komponen aktif utama; (i) Asiaticoside, (ii) Asiatic Acid, dan (iii) Madecassic Acid.
Bahan-bahan yang terkandung telah terbukti secara klinikal ia berkesan untuk merawat masalah kulit muka yang dialami.
2) Nurish Organiq Teen Anti Acne Toner
Bahan kandungan utama: Tea Tree Oil dan Salicylic Acid
Isipadu: 100 ml
Harga: RM 11.00 – RM 16.00
Dapatkan di sini
Produk mengandungi Tea Tree Oil yang membantu untuk mengurangkan jerawat, blackhead dan whitehead.
Memiliki keistimewaan dalam bahan kandungan kerana terdapat rumusan 15 ekstrak botanik dengan 5 kali tindakan antijerawat:
- Mengurangkan saiz jerawat.
- Mengurangkan penampakan liang pori.
- Memperbaiki kekusaman kulit.
- Menenangkan kulit.
- Melembapkan kulit.
3) Safi Acne Solutions 3 in 1 Cica Acne Rescue Serum
Bahan kandungan utama: PHA Gluconolactone, BHA, Cica dan Neem
Isipadu: 30 ml
Harga: RM 27.00 – RM 34.00
Dapatkan di sini
Serum antijerawat yang berasaskan air yang sangat ringan. Ia mengawal pembentukan sebum yang boleh menyebabkan jerawat. Produk ini mengandungi bahan yang boleh mengurangkan parut jerawat dan membantu meningkatkan proses pembaharuan kulit.
Turut mengandungi PHA (Gluconolactone) yang berfungsi untuk mengelupaskan kulit mati secara ringan, menggalakkan pembaharuan sel kulit dan juga membersihkan kulit. Juga mengandungi BHA, Cica dan Neem yang menenangkan kulit, memulihkan skin barrier dan meminimumkan parut.
4) Mentholatum Acnes Anti-Bacterial Acne Patch
Bahan kandungan utama: Calendula Oil
Kuantiti: 36 tampalan
Harga: RM 17.00 – RM 20.00
Dapatkan di sini
Penggunaan acne patch dapat mengelakkan daripada tersentuh atau terpicit pada kawasan berjerawat tersebut. Ia mempunyai sifat antibakteria dan mengandungi Calendula Oil yang berfungsi untuk melawan jerawat, melegakan kemerahan dan melegakan kerengsaan.
Memiliki material hidrokoloid yang boleh menyerap nanah dan sebum berlebihan membantu proses pemulihan berlaku lebih pantas.
5) T3 Acne Body Spray
Bahan kandungan utama: Epilobium Angustifolium Flower/ Leaf/ Stem Extract, Salix Alba Extract, Tea Tree Leaf Oil, Aloe Barbadensis Leaf Juice dan Allentoin.
Isipadu: 75 ml
Harga: RM 15.00 – RM 19.00
Dapatkan di sini
Jerawat bukan hanya boleh tumbuh pada muka sahaja. Ia boleh tumbuh di kawasan badan seperti bahu, dada, belakang badan dan banyak lagi.
Mengandungi bahan yang baik untuk merawat jerawat serta meredakan keradangan akibat jerawat. Cara penggunaan yang mudah- hanya sembur produk pada kawasan badan berjerawat yang telah dibersihkan sebanyak 2 atau 3 kali dalam satu hari untuk kesan yang optimum.
#Tips: Jika anda mempunyai kulit cenderung sensitif, sila lakukan patch test terlebih dahulu pada kawasan yang kecil seperti sekitar rahang atau inner wrist sebelum menggunakan apa-apa produk yang baharu.
Tag:acne, acne patch, calendula oil, cica, neem