
Glowwe Meriahkan Beauty Expo Asia 2025 di The Mines Exhibition
Pada 6 hingga 8 September 2025, Glowwe telah mengambil bahagian dalam Beauty Expo Asia 2025 yang bertempat di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) . Pada tahun ini, acara ini lebih istimewa kerana pameran ini merupakan gabungan tiga acara utama, iaitu Barber, Salon dan Beauty Expo Asia di mana Glowwe telah menjadi salah satu event partner bagi ekspo ini. Penyertaan ini menandakan satu lagi langkah penting bagi Glowwe dalam usaha mendekati para pengguna, memperkenalkan rangkaian produk penjagaan kulit, dan berkongsi pengetahuan tentang kepentingan memahami keperluan kulit masing-masing.
Sepanjang ekspo ini berlangsung, Glowwe telah membawakan pelbagai aktiviti interaktif selama tiga hari, termasuklah sesi Skin Talk, Skin Chat dan Colour Match yang mendapat sambutan hangat daripada para pengunjung. Selain itu, pengunjung yang melawat reruai Glowwe berpeluang mendapatkan beg cenderamata percuma dengan mengikuti aktiviti Follow, Snap dan Tag akaun Glowwe di media sosial. Tidak ketinggalan, pengunjung juga dapat memenangi produk bersaiz penuh daripada jenama-jenama terkemuka melalui aktiviti Product Wheel. Suasana menjadi sangat meriah setiap kali roda berhenti dan pemenang diumumkan!

Berikut merupakan barisan produk yang berkolaborasi dengan Glowwe untuk menjayakan Beauty Expo Asia 2025;
- Skinmade
- Zarzou Beauty
- BioShield
- Swissvita
- Skinpiens
- DermEden
- Erha
- Masquela
Antara aktiviti yang dijalankan oleh Glowwe di Beauty Expo Asia 2025:
Hari Pertama: Skin Talk

Hari pertama ekspo ini dimulakan dengan sesi Skin Talk, yang disampaikan oleh Puan Mary yang bertajuk “Deep Dive Into Skincare Routine”. Antara topik menarik yang dibincangkan:
- Memahami jenis dan keadaan kulit
- Memilih rutin penjagaan kulit yang sesuai
- Kesilapan lazim dalam penjagaan kulit
Aktiviti ini turut diserikan dengan sesi soal jawab secara langsung, yang turut menawarkan ganjaran lumayan kepada pengunjung yang mengambil bahagian. Mereka yang menjawab soalan akan menerima cenderamata eksklusif produk penjagaan kulit daripada Skinmade dan Zarzou Beauty.

Hari Kedua: Skin Chat

Hari kedua di Beauty Expo Asia 2025 berlangsung dengan penuh semangat tetapi lebih santai menerusi aktiviti “Check Your Skin” iaitu sesi konsultasi kulit secara bersemuka bersama pakar kecantikan Glowwe. Menerusi aktiviti ini, pengunjung berpeluang untuk mendapatkan nasihat penjagaan kulit berdasarkan jenis dan keadaan kulit masing-masing, mengenali produk dan rutin yang sesuai mengikut jenis kulit dan pengunjung juga berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan berkaitan penjagaan kulit.
Hari Ketiga: Colour Analysis

Pada hari ketiga, Glowwe menutup tirai penyertaan di Beauty Expo Asia 2025 melalui aktiviti Colour Analysis: Drape Testing. Aktiviti ini membantu pengunjung mengenal pasti warna terbaik yang sesuai dengan tona kulit, bentuk wajah, serta pilihan wardrobe mereka.
Melalui sesi ini, peserta dapat mengetahui bagaimana pemilihan warna yang tepat bukan sahaja menyerlahkan penampilan, tetapi juga meningkatkan keyakinan diri. Dengan menggunakan teknik drape testing, pengunjung diberikan pengalaman secara langsung untuk melihat perbezaan apabila warna tertentu dipadankan dengan kulit, rambut dan ciri semula jadi mereka.

Penyertaan Glowwe di Beauty Expo Asia 2025 bukan sekadar memperkenalkan produk, tetapi juga memberikan pengalaman bermakna kepada pengunjung melalui perkongsian ilmu, sesi interaktif dan hadiah menarik.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi meluangkan masa bersama Glowwe sepanjang ekspo ini berlangsung. Kami berharap setiap pengunjung bukan sahaja pulang dengan produk penjagaan kulit, tetapi juga ilmu dan inspirasi untuk lebih yakin dengan kecantikan semula jadi mereka.
Nantikan aktiviti Glowwe seterusnya di acara akan datang! Let’s Glow Together!



