Kenapa Tidak Boleh Kerap Tukar Produk?
Ia adalah lumrah manusia untuk mempunyai rasa ingin mencuba sesuatu yang baru.
Dalam konteks penjagaan wajah, kita sering rasa mahu mencuba semua jenis produk! Apatah lagi kalau produk tersebut mempunyai iklan dan testimoni yang sangat positif.
Sebagai contoh, anda mungkin sangat teringin untuk mencuba produk jenama A yang terkenal ini.
Persoalannya, adakah ia sesuai dengan kulit anda? Bagaimana jika ia mengganggu keseimbangan benteng kulit?
Perlu ingat kembali, asas rutin penjagaan wajah adalah menjaga pH dan kelembapan benteng kulit. Apabila ia terganggu, banyak masalah kulit boleh terjadi.
Nasihat #glowwe, elakkan menukar semua produk wajah secara serentak. Sebaliknya cubalah satu per satu produk tersebut. Jika berlaku situasi tidak sesuai, anda boleh tahu produk yang mana menjadi punca.
2 Comments
Cleanser untuk remaja umur 13 tahun
Pemilihan cleanser adalah mengikut jenis kulit cikpuan. Cikpuan boleh tonton video ini untuk tahu cara pilih cleanser yang sesuai >> https://www.youtube.com/watch?v=vN-OPHz5kTg