5 Skrub Terbaik Di Drugstore
Skrub adalah sejenis bahan untuk melakukan physical exfoliation. Skrub perlu dipilih berdasarkan jenis dan saiz biji skrub yang sesuai mengikut jenis dan keadaan kulit. Ini kerana tidak semua skrub dijadikan sama dari segi tekstur dan bahan aktif di dalamnya.
Untuk kulit yang berjerawat, perlu elak gunakan skrub yang mempunyai tekstur kasar kerana boleh menyebabkan jerawat pecah dan risiko perpindahan bakteria ke kawasan yang lain. Bagi individu dengan kulit cenderung sensitif pula perlu pilih jenis skrub dengan tekstur yang lembut pada kulit.
Rutin penggunaan skrub hanya dilakukan sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu untuk elak kulit alami over-exfoliation. Kesan utama daripada rutin pakai skrub adalah tekstur permukaan kulit jadi lembut dan halus kerana sel kulit mati telah tertanggal dan kekotoran pada permukaan kulit telah hilang.
Ini adalah 5 skrub pilihan Glowwe yang boleh didapati di mana-mana drugstore seperti Guardian dan Watsons dengan harga yang amat berpatutan.
1) Simple Kind To Skin Smoothing Facial Scrub
Sumber bijian skrub: Rice granules (beras)
Bahan aktif utama: Panthenol (Vitamin B5) dan Vitamin E
Isipadu: 75 ml
Tekstur: Krim
Harga: RM 18.00 – RM 20.00
Cara produk bertindak:
Panthenol– Membantu untuk memulihkan skin barrier dan menghalang air daripada hilang secara berlebihan.
Vitamin E- Bersifat sebagai antioksidan untuk menjaga kulit daripada serangan radikal bebas.
Dapatkan di sini
2) Eversoft Oat Milk Rice Scrub
Sumber bijian skrub: Rice hull powder (serbuk sekam beras)
Bahan kandungan utama: Oat Kernel Extract dan Citric Acid
Isipadu: 100 g
Tekstur: Krim
Harga: RM 10.00 – RM 15.00
Cara produk bertindak:
Oat Kernel Extract– Bersifat antioksidan dan antiradang.
Citric Acid (AHA)- Memberikan kesan pengelupasan yang ringan, menjadikan kulit lebih lembut dan lebih cerah.
Dapatkan di sini
3) St. Ives Rose Water & Aloe Vera Scrub
Sumber bijian skrub: Serbuk kulit walnut asli
Bahan kandungan utama: Glycerin dan Aloe Barbadensis Leaf Extract
Isipadu: 170 g
Tekstur: Krim
Harga: RM 20.00 – RM 22.00
Cara produk bertindak:
Glycerin– Memberikan kelembapan kepada kulit.
Aloe Barbadensis Leaf Extract– Memiliki sifat antiradang dan antioksidan.
Dapatkan di sini
4) Cosmoderm Vitamin E Exfoliating Facial Scrub
Sumber bijian skrub: Cellulose Acetate
Bahan kandungan utama: Vitamin E
Isipadu: 120 ml
Tekstur: Krim
Harga: RM 16.00 – RM 18.00
Cara produk bertindak:
Cellulose Acetate– Sejenis agen pengelupasan yang berasaskan tumbuhan yang biasa digunakan untuk menggantikan bahan seperti microbeads.
Vitamin E- Berfungsi sebagai antioksida, melembapkan kulit, memperbaiki kerosakan kulit dan menguatkan skin barrier.
Dapatkan di sini
5) Wardah Lightening Gentle Exfoliator
Sumber bijian skrub: Hydrated Silica
Bahan kandungan utama: Niacinamide
Isipadu: 50 ml
Tekstur: Gel Harga: RM 5.90 – RM 10.00
Cara produk bertindak:
Hydrated Silica– Berfungsi sebagai bahan exfoliant yang lembut untuk menanggalkan sel kulit mati dan kotoran dari permukaan kulit.
Niacinamide– Mengawal penghasilan minyak, mencerahkan kulit dan menguatkan skin barrier.
Dapatkan di sini
Tip:
- Gunakan sunscreen di siang hari selepas lakukan rutin exfoliation kerana kulit cenderung sensitif terhadap sinar matahari.
- Jika anda mempunyai kulit cenderung sensitif, lakukan patch test terlebih dahulu pada kawasan yang kecil seperti sekitar rahang atau inner wrist sebelum menggunakan apa-apa produk baharu.