Review: Biore Cleansing Oil
Pandangan umum mengenai produk
Biore cleansing oil yang berasal dari Jepun ini sudah sedia diketahui umum dan sudah lama ada di pasaran dan farmasi. Ia senang didapati di mana-mana kedai, farmasi, pasar raya dan online stores seperti Shopee, Lazada dan sebagainya. Harga cleansing oil ni pun agak murah berbanding jenama cleansing oil yang lain. Packagingnya berwarna ungu dan warna produk adalah jernih. Biore cleansing oil ni mempunyai bauan lembut seperti buah-buahan. Konsistensi produk adalah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair sesuai dengan jenis produk yang bersifat minyak atau oil. Kegunaan produk ini adalah untuk menanggalkan mekap, sisa produk sunscreen dan sisa kotoran lain di wajah.
Formulasi produk yang advance daripada Jepun mudah untuk digunakan pada kulit yang basah menyebabkan pembersihan kulit adalah lebih optimum. Produk juga boleh digunakan sebelum mencuci muka, menanggalkan mekap atau juga boleh buat double atau triple cleansing. Produk ini mengandungi minyak mineral atau mineral oil, alcohol dan fragrance atau pewangi.
Kelebihan Biore Cleansing Oil
- Bertindak sebagai penanggal mekap atau makeup remover
- Efektif menanggalkan mekap menggunakan produk ini walaupun produk tersebut bersifat telap air atau waterproof
- Tidak perlu menyental produk pada kawasan yang lembut seperti di sekitar kawasan mata dan bawah mata kerana formulasi produk yang berkesan.
- Kulit terasa lembut selepas penggunaan
- Tidak menyebabkan kekeringan pada kulit dan tidak membuang kelembapan yang ada pada kulit
- Walaupun produk ini bersifat minyak namun ia tidak menyebabkan kulit rasa berminyak selepas dibilas dengan air
- Produk ini mempunyai pam jadi ia senang digunakan.
Bagaimana glowwe menggunakan produk ini?
- Pam produk 2-3 kali pada telapak tangan kemudian aktifkan produk dengan lumurkan produk pada tangan beberapa kali.
- Kemudian, lumurkan pada wajah untuk membersihkan mekap atau segala sisa kotoran pada wajah.
- Kulit akan terasa sedikit berminyak kerana produk ini ialah cleansing oil dan sifatnya adalah minyak. Namun, ia akan menyerap jauh ke dalam pori wajah untuk mengeluarkan sisa kotoran dan mekap.
- Basuh muka menggunakan air. Sisa produk yang keluar adalah berwarna putih berkeledak.
- Kulit terasa lebih bersih dan lembut selepas penggunaan.
- Tidak menyebabkan kerengsaan pada wajah.
- Ada bauan lembut seperti buah-buahan.
Siapa yang sesuai menggunakan Biore Cleansing Oil?
Semua jenis kulit boleh menggunakan produk ini namun sesiapa yang mempunyai kulit sensitif perlu buat patch test terlebih dahulu untuk mengenal pasti sekiranya ada reaksi produk pada kulit kerana ia ada kandungan mineral oil, alkohol dan fragrance atau pewangi.
Perkara lain yang perlu diberi perhatian mengenai produk
Harga: RM 20.60
Bau: Ada sedikit bau buah-buahan.
Warna: Cecair yang jernih.
Perkara yang glowwe suka mengenai produk
Kelebihan : Mudah untuk menanggalkan mekap menggunakan produk kerana ia menyerap jauh ke dalam pori untuk mengangkat sisa-sisa kotoran di wajah. Kulit terasa lebih lembut dan bersih selepas penggunaan. Formulasi produk yang tidak mudah bercampur dengan air memudahkan proses untuk membersihkan kulit wajah namun produk mudah untuk dibersihkan dengan air.
Tekstur : Tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Bersifat lightweight sesuai dengan jenis produk yang bersifat minyak atau oil.
Saiz dan harga : Saiz agak besar, bukan travel-friendly dan sukar dibawa untuk travel. Sekiranya mahu dibawa untuk travel, perlu transfer produk ke dalam bekas yang lebih kecil agar lebih senang untuk dibawa kemana-mana.
Perkara yang glowwe tidak suka mengenai produk
Produk ini mengandungi alcohol dan pewangi atau fragrance. Sesiapa yang sensitif terhadap mineral oil perlu mengelakkan daripada menggunakan produk ini kerana ia berisiko boleh memberikan reaksi negatif kepada pengguna. Saiz produk ini juga agak besar dan sukar untuk dibawa kemana-mana..
Kesimpulan dan penilaian
- ⭐⭐⭐⭐ ⭐ 5/5
- Produk ini boleh didapati di kedai, farmasi, pasar raya dan online store atau dapatkan di sini.
- Sangat berkesan untuk menanggalkan mekap, melembutkan dan membersihkan kulit.
- Harga yang ditawarkan sangat murah berbanding jenama produk cleansing oil yang lain.
- Buat patch test terlebih dahulu sebelum penggunaan untuk mengenal pasti sekiranya ada sebarang reaksi atau kesan sampingan terhadap produk kerana ia mengandungi mineral oil, alkohol dan pewangi/fragrance.