Menu

Apa itu biji milia (milia seeds)?

Milia adalah sejenis biji-biji putih kecil (jerawat atau cysts) yang tumbuh pada kulit. Biasanya bayi mempunyai biji milia namun boleh juga ditemui pada peringkat umur berbeza.

  • Milia terbentuk bila keratin iaitu protein terperangkap di dalam kulit.
  • Selalunya muncul di muka, biasanya di kawasan kelopak mata dan pipi dan boleh juga wujud di beberapa kawasan lain.
  • Tidak berbahaya namun boleh memberi kesan kepada keyakinan diri tentang penampilan dan kulit seperti rasa rendah diri atau insecure.
  • Mempunyai saiz sekitar 1 hingga 2mm

Jenis-Jenis Biji Milia (Milia Seeds)

  • Milia utama (Primary milia)

Paling common berlaku. Ia berlaku secara spontan. Tumbuh di kelopak mata, di bawah kelopak mata, dahi, pipi atau di kawasan kemaluan. Biasanya hilang sendiri.

  • Milia kedua (Secondary milia)

Disebabkan oleh kerosakan kulit. Tumbuh di kawasan kulit rosak. Boleh menjadi kekal.

Apakah Punca Biji Milia (Milia Seeds)?

  • Punca sebenar masih tidak diketahui namun milia terjadi kerana kelenjar peluh tidak terbentuk atau rosak akibat daripada trauma kulit seperti terbakar.
  • Milia juga boleh dipengaruhi oleh sebab-sebab lain juga seperti kulat, penggunaan sabun dan pencuci muka yang berlebihan, dan alahan kepada produk-produk yang mungkin boleh merosakkan kelenjar peluh.
  • Milia juga boleh dipengaruhi oleh sebab lain iaitu melalui proses atau rawatan mikrodermabrasi. Proses ini boleh menyebabkan kerosakan kepada kelenjar.
  • Biji milia susah untuk dihilangkan dalam kalangan orang dewasa jika tidak melalui rawatan
  • Milia juga boleh menjadi lebih teruk sekiranya individu itu mempunyai penyakit kulit.
  • Milia juga boleh menyebabkan pori tersumbat seperti jerawat. Sukar untuk menghilangkan sel-sel kulit mati apabila pori-pori semakin tersumbat melainkan melalui rawatan wajah.

*Cysts ini bukan perkara yang luar biasa dan tidak memberi kesan kepada kesihatan*

Kawasan kulit yang mudah terkena milia?

Milia biasanya terbentuk di kawasan yang ada folikel rambut kecuali individu itu kekurangan folikel rambut atau kelenjar peluh. Milia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, tidak kira bayi atau orang dewasa tetapi paling common berlaku kepada bayi dan tak specific kepada sesuatu bangsa atau etnik.

Kaedah Rawatan Biji Milia (Milia Seeds)?

Ada 2 kaedah utama iaitu melalui rawatan dan pencegahan.

Rawatan

Pertama, kita akan sentuh tentang kaedah rawatan. Biasanya, milia akan hilang begitu sahaja bagi kanak-kanak. Sebarang rawatan adalah tidak disarankan untuk mereka untuk mereka. Namun, tiada rawatan yang berjaya menunjukkan kesan yang betul-betul efektif untuk merawat milia.

  • Kaedah yang paling sesuai dan betul untuk membuang milia adalah dengan melalui rawatan dermatologi sama seperti melalui proses rawatan mengekstrak jerawat.

Prosedur rawatan dermatologi untuk milia:

  1. Deroofing– guna jarum yang telah disteril untuk buang contents cysts
  2. Laser ablation- laser kecil untuk hancurkan cysts
  3. Diathermy- haba digunakan untuk hancurkan cysts

*Elakkan daripada mencucuk atau mengikis milia menggunakan jarum atau benda tajam untuk mengelak daripada meninggalkan parut pada kulit*

Kaedah pencegahan daripada terbentuknya milia

  • Gunakan losyen bebas minyak atau oil free atau krim atau tukar produk yang boleh menjadi punca kepada alahan atau berlakunya allergic reaction kepada kulit. Sunburn pun boleh menjadi penyebab kerosakan kepada kulit lalu terbentuknya cysts.
  • Make sure selalu pakai sunscreen terutama jika selalu terdedah kepada pancaran UV.
  • Elakkan prosedur dermatologi yang tidak perlu kerana boleh menyebabkan trauma kepada kulit seperti microdermabrasion.

No Comments

    Leave a Reply