5 Toner Terbaik Di Drugstore
Tidak menjadi sebuah kesalahan jika tidak memakai toner di dalam rutin penjagaan kulit. Namun, pemakaian toner amatlah digalakkan!
Secara umum, toner terbahagi kepada dua jenis:
1. Exfoliating Toner (Acid Toner)
• Mengandungi bahan bersifat asid seperti AHA dan/ atau BHA.
• Digunakan hanya 2 sehingga 3 kali seminggu.
• Fungsi:
1) Bantu menanggalkan sel kulit mati yang berkumpul pada permukaan kulit.
2) Nyahsumbat pori-pori dan menjadikan kitaran sel kulit lebih lancar.
2. Hydrating Toner
• Tidak mengandungi bahan bersifat asid.
• Boleh digunakan secara harian..
• Fungsi:
1) Memberi kesan hidrasi yang ringan pada kulit.
Berikut merupakan Top 5 toner pilihan Glowwe dengan harga yang amat berpatutan dan mudah didapati di mana-mana drugstore; Guardian dan Watson.
1. Wardah Lightening Face Toner
Jenis: Exfoliating toner
Bahan kandungan utama: Glycolic Acid dan Niacinamide
Isipadu: 125 ml
Sesuai untuk: Kulit normal, kering, mengalami masalah jeragat dan tona tidak sekata
Tekstur: Watery
Harga: RM 8.90 – RM 9.90
Cara produk bertindak:
Glycolic Acid– Menanggalkan sel kulit mati dan mencerahkan kulit.
Niacinamide– Mengawal aktiviti kelenjar minyak dan menghalang perpindahan melanin.
Dapatkan di sini
2. Simple Soothing Facial Toner
Jenis: Hydrating toner
Bahan kandungan utama: Panthenol, Chamomile, Witch Hazel dan Niacinamide
Isipadu: 200 ml
Sesuai untuk: Semua jenis kulit
Tekstur: Watery
Harga: RM 14.00 – RM 24.00
Cara produk bertindak:
Panthenol– Mengekalkan kelembapan kulit.
Chamomile– Mengurangkan keradangan kulit.
Witch Hazel– Mengawal penghasilan minyak.
Niacinamide– Membantu menguatkan skin barrier dan mencerahkan kulit.
Dapatkan di sini
3. Safi Perfect White Clarifying Toner
Jenis: Hydrating toner
Bahan kandungan utama: Sodium Hyaluronate, Glycerin dan Ekstrak buah Kakadu
Isipadu: 100 ml
Sesuai untuk: Semua jenis kulit
Tekstur: Watery
Harga: RM 12.00 – RM 14.00
Cara produk bertindak:
Sodium Hyaluronate– Melembapkan kulit.
Glycerin– Memberikan kelembapan kepada kulit
Ekstrak buah Kakadu- Mencerahkan dan meratakan tona kulit.
Dapatkan di sini
4. Neutrogena Alcohol-Free Toner
Jenis: Hydrating toner
Bahan kandungan utama: Panthenol dan Sodium PCA
Isipadu: 150 ml
Sesuai untuk: Semua jenis kulit
Tekstur: Watery
Harga: RM 20.90
Cara produk bertindak:
Panthenol– Bersifat antiradang dan melegakan kulit.
Sodium PCA– Mengekalkan kelembapan semula jadi kulit.
Dapatkan di sini
5. Cosmoderm Niacinamide Calming Toning Water
Jenis: Exfoliating toner
Bahan kandungan utama: Salicylic Acid dan Niacinamide
Isipadu: 100 ml
Sesuai untuk: Kulit jenis berminyak
Tekstur: Watery
Harga: RM 22.90
Cara produk bertindak:
Salicylic Acid– Menanggalkan sumbatan dalam pori-pori.
Niacinamide– Mengawal aktiviti kelenjar minyak, memudarkan jeragat dan bekas jerawat serta membantu tona kulit menjadi sekata.
Dapatkan di sini
Tip: Jika anda mempunyai kulit cenderung sensitif, sila lakukan patch test terlebih dahulu pada kawasan yang kecil seperti sekitar rahang atau inner wrist sebelum menggunakan apa-apa produk baharu.
Tag:all-skin types, exfoliating, hydrating, toner