
Adakah Kanak-Kanak Perlu Pakai Skincare? Ini Jawapan Pakar Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang! | Review Produk TooFruit

Ramai ibu bapa tertanya-tanya, adakah kanak-kanak perlu pakai skincare? Ada yang beranggapan penjagaan kulit hanya penting apabila anak memasuki usia remaja. Namun hakikatnya, kulit kanak-kanak mempunyai keperluan yang berbeza daripada kulit orang dewasa dan memerlukan penjagaan yang sesuai sejak kecil.
Pemilihan produk penjagaan kulit kanak-kanak yang betul bukan sahaja membantu mengekalkan kesihatan kulit, malah dapat mengurangkan risiko masalah kulit seperti kulit kering, ruam, ekzema dan iritasi.
Jawapan Ringkas: Ya, Kanak-Kanak Memerlukan Skincare Yang Sesuai Dengan Umur Mereka
Kanak-kanak tidak memerlukan rutin penjagaan kulit yang kompleks seperti orang dewasa. Namun mereka tetap memerlukan tiga langkah asas:
- Membersihkan kulit dengan lembut
- Mengekalkan kelembapan kulit
- Melindungi kulit daripada sinar UV
Perkara paling penting ialah memilih produk yang diformulasikan khas untuk kulit kanak-kanak dan bukannya menggunakan produk orang dewasa.
Kenapa Kulit Kanak-Kanak Berbeza Dengan Kulit Dewasa?
Kulit kanak-kanak sebenarnya 10 kali lebih sensitif dari kulit dewasa, ini sebabnya:
Lapisan perlindungan kulit lebih nipis
Lapisan epidermis kanak-kanak lebih nipis menjadikan kulit mereka lebih sensitif dan mudah mengalami iritasi.
Akibatnya, mereka lebih mudah mengalami masalah seperti:
- Ekzema
- Ruam kulit
- Keratosis pilaris (kulit ayam)
- Rosacea
Mudah hilang kelembapan
Disebabkan lapisan perlindungan kulit kanak-kanak masih belum berkembang sepenuhnya, kulit mereka mudah hilang kelembapan.
Keadaan ini boleh menyebabkan:
- Kulit kering
- Kulit mengelupas
- Kemerahan
- Ruam akibat peluh dan geseran
Kurang penghasilan minyak (sebum)
Penghasilan minyak semula jadi kulit (sebum) dalam kalangan kanak-kanak adalah lebih rendah berbanding orang dewasa.
Oleh itu, kanak-kanak tidak memerlukan produk atau pencuci muka yang terlalu kuat seperti yang digunakan untuk kulit orang dewasa.
Kulit muka kanak-kanak mudah menyerap bahan yang disapu
Disebabkan kulit kanak-kanak yang nipis, memudahkan bahan yang disapu pada muka menyerap.
Justeru, ibu bapa perlu memilih produk yang:
- Selamat digunakan setiap hari
- Bebas bahan yang keras
- Sesuai untuk kulit sensitif
- Diformulasi khusus untuk kanak-kanak
Bolehkah Kanak-Kanak Menggunakan Skincare Orang Dewasa?
Secara umumnya, tidak digalakkan.
Produk penjagaan kulit dewasa mengandungi terlalu banyak bahan aktif yang tidak diperlukan untuk kulit kanak-kanak yang masih berkembang. Penggunaan produk dewasa akan merosakkan keseimbangan kulit mereka dan memberi kesan jangka panjang yang teruk.
Oleh itu, pakar biasanya mengesyorkan penggunaan produk yang lembut, ringkas dan sesuai dengan usia kanak-kanak.
Produk Penjagaan Kulit Dengan Bahan Organik Untuk Kanak-Kanak
Jika anda sedang mencari skincare kanak-kanak yang selamat dan lembut, TooFruit merupakan antara jenama yang diformulasikan khas untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 13 tahun.
Kanak-kanak tidak memerlukan terlalu banyak produk. Tiga langkah asas berikut sudah mencukupi untuk membantu menjaga kesihatan kulit mereka.
1. Pembersihan lembut dengan TOOFRUIT My Foaming Water Dounce Mousse Pineapple Cleansing Foam

Langkah pertama ialah membersihkan kulit dengan pencuci yang lembut.
Pencuci muka ini:
- Bebas sulfat
- Membersihkan kulit tanpa mengeringkan
- Mengandungi Organic Pineapple Water yang kaya dengan vitamin C
- Membantu melindungi kulit daripada tekanan persekitaran dan radikal bebas
Cara pemakaian: Basahkan muka, sapukan pencuci muka pada kulit dan bilas dengan air. Gunakan setiap pagi dan malam sebelum memakai pelembap.
2. Pulihkan dan lembapkan kulit dengan TOOFRUIT My After Sun Gel Moisturiser

Selepas aktiviti luar, kulit kanak-kanak memerlukan kelembapan dan pemulihan.
Pelembap ini mengandungi:
- Organic Aloe Vera untuk menenangkan kulit
- Organic Apricot Oil untuk melembutkan kulit
- Filmo-Protect Complex untuk membantu mengekalkan kelembapan
Cara pemakaian: Boleh dipakai selepas mandi, sapukan pada muka atau badan dan tunggu sehingga produk meresap. Boleh digunakan setiap hari.
3. Perlindungan maksimum dengan TOOFRUIT My Sunscreen Milk SPF50 PA++++

Untuk perlindungan harian daripada sinar UV, sunscreen ini menawarkan perlindungan UVA dan UVB yang tinggi.
Kelebihannya:
- Perlindungan UVA dan UVB yang tinggi
- SPF50 PA++++
- Mengandungi Organic Aloe Vera
- Diperkaya dengan Organic Apricot Oil untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit
Cara pemakaian: Goncangkan dulu botol, kemudian sapu pada muka, leher dan badan. Pakai semula setiap 2 jam untuk perlindungan yang optimum.
Adakah Berbaloi Untuk Melabur Dalam Skincare Kanak-Kanak?
Jawapannya jelas, ya. kanak-kanak memerlukan skincare yang sesuai dengan usia dan keperluan mereka. Dengan rangkaian produk dari TooFruit ini, ibu bapa dapat membantu melindungi, membersihkan dan mengekalkan kelembapan kulit anak-anak setiap hari.
Kulit yang sihat bermula sejak kecil. Melabur dalam penjagaan kulit yang betul hari ini boleh membantu mengurangkan masalah kulit pada masa hadapan. Jangan tunggu sehingga kulit anak mengalami masalah. Mulakan penjagaan kulit yang selamat, lembut dan berkesan bersama TooFruit.
Dapatkan di sini: https://shorturl.at/2YyQJ
Tonton video ini untuk maklumat lanjut:



