Cara Hapuskan Blackheads Yang Degil
Blackheads adalah sumbatan minyak dan sel kulit mati yang terkumpul dalam liang pori. Bintik hitam pada permukaan blackheads adalah disebabkan sumbatan yang teroksida akibat terdedah kepada udara melalui bukaan kecil pada permukaan sumbatan tersebut. Sebab itulah blackheads juga dipanggil open comedone.Â
Blackheads pada wajah tidak bermaksud anda adalah seorang pengotor! Blackheads boleh dikurangkan dengan beberapa cara mengikut cadangan daripada pakar seperti:
1. Guna produk yang ada Salicylic Acid
Bahan ini boleh menghilangkan atau mengelupaskan lapisan atas kulit yang mengalami blackheads. Bahan ini juga bersifat larut minyak dan boleh bertindak untuk melarutkan minyak dan sel kulit mati agar mudah untuk ditanggalkan.
Bahan ini perlu digunakan dengan cara:
-Guna 2- 3 kali dalam seminggu pada rutin sebelah malam
-Mula guna pada kadar rendah dahulu seperti 0.5% dalam produk berbentuk toner
2. Guna Clay Mask
Clay mask berfungsi untuk mengawal pengeluaran minyak dan menarik sumbatan yang ada dalam pori-pori. Pemilihan jenis clay mask perlu berkesesuaian dengan jenis kulit muka anda:
-Bentonite: Untuk kulit cenderung berminyak
-Kaolin: Untuk kulit cenderung kering
Guna clay mask pada hari yang berbeza dengan penggunaan produk yang mengandungi Salicylic Acid. Clay mask boleh digunakan sebanyak 2 kali seminggu.
3. Guna produk dengan fungsi menghidrat dan melembapkan selepas guna produk Salicylic Acid
Disebabkan Salicylic Acid bersifat menanggalkan minyak, kulit berpotensi alami kekeringan selepas menggunakannya. Amat digalakkan untuk memakai produk dengan bahan yang menghidratkan atau melembapkan kulit sebaik sahaja selepas menggunakan produk dengan Salicylic Acid.
Jika kekeringan pada kulit dibiarkan, kelenjar minyak akan hasilkan lebih banyak minyak untuk lembapkan kulit. Namun kesannya juga adalah sumbatan yang boleh menyebabkan blackheads.
4. Pakai krim atau losen yang ada Retinol
Retinol berfungsi untuk mengurangkan sifat kelekatan sel yang menyumbat pori-pori serta mempercepatkan kitaran kulit. Sifat ini membantu sel lama digantikan dengan yang baru dan sel yang tersumbat mudah tanggal. Jika baru pertama kali ingin menggunakan Retinol, dinasihatkan untuk mengambil dalam kadar yang rendah dan selamat.
Jika semua cara telah anda lakukan, namun masih ada lagi blackheads yang sukar untuk ditanggalkan, anda mungkin sedang alami deep blackheads. Blackheads begini berada di dalam kulit dan sukar untuk ditanggalkan dan pulih berbanding blackheads yang biasa.
Sekiranya kulit wajah anda memiliki deep blackheads, pakar dermatologi atau jurukecantikan kulit yang bertauliah boleh bantu mengeluarkannya dengan teknik extraction.
Amaran: Jangan buat extraction sendiri kerana cara yang salah boleh menyebabkan kulit rosak, alami parut, luka dan meradang.