5 Sunscreen Terbaik Di Drugstore
Sunscreen adalah penting dan perlu di dalam rutin penjagaan kulit. Ini kerana ia bertindak untuk melindungi kulit daripada sinar UV yang boleh merosakkan sel kulit.
Pemakaian sunscreen setiap hari amatlah penting terutama di siang hari dan perlu diulang pakai agar kulit anda mendapat perlindungan yang mencukupi.
Terdapat 3 kategori sunscreen berdasarkan bahan penapis UV yang terkandung di dalamnya:
- Physical Sunscreen
- Chemical Sunscreen
- Hybrid Sunscreen
Jenis tekstur sunscreen:
- Gel
- Krim
- Losen
Saranan: Tekstur sunscreen sebaiknya perlu dipilih mengikut jenis kulit kerana ia mempengaruhi sapuan produk pada kulit wajah.
Berikut merupakan 5 sunscreen pilihan Glowwe yang mampu milik dan mudah untuk didapati:
1) Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF50+ PA++++
Jenis: Chemical Sunscreen
Bahan aktif: Water (Aqua), Ethytheryl Methoxycinnamate, Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate dan Hyaluronic Acid
Isipadu: 50 g
Sesuai untuk: Semua jenis kulit
Tekstur: Watery gel
Harga: RM 24.00 – RM 35.00
Cara produk bertindak:
- Melembapkan dan melicinkan kulit.
Tip: Sunscreen ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai make-up base.
2) Wardah UV Shield Essential Sunscreen Gel SPF30 PA+++
Jenis: Chemical Sunscreen
Bahan aktif: Ethylhexyl Methoxycinnamate, 4-Methylbenzylidene Camphor dan Butyl Methoxydibenzoylmethane
Isipadu: 40 ml
Sesuai untuk: Semua jenis kulit
Tekstur: Gel
Harga: RM 12.00 – RM 14.00
Cara produk bertindak:
- Mempunyai perlindungan yang meluas.
- Memenuhi keperluan nutrisi atau hidrasi kulit secara harian.
3) Neutrogena Sheer Zinc Dry Touch SPF50 Broad Spectrum
Jenis: Physical Sunscreen
Bahan aktif: Zine Oxide (21.6%)
Isipadu: 88 ml
Sesuai untuk: Kulit sensitif dan mengalami jerawat.
Tekstur: Gel
Harga: RM 50.00 – RM 54.00
Cara produk bertindak:
- Memastikan sunscreen kekal stabil
- Memberi kesan perlindungan dalam tempoh yang berpanjangan (Photostability).
4) Hada Labo Premium Whitening UV SPF50 PA+++
Jenis: Chemical Sunscreen
Bahan kandungan utama: Ethytheryl Methoxycinnamate, Dimethicone, Vitamin C dan Ethyhexyl Salicylate
Isipadu: 30 g
Sesuai untuk: Semua jenis kulit
Tekstur: Ringan dan tidak melekit
Harga: RM 40.00 – RM 55.00
Cara produk bertindak:
- Mencerahkan dan mengekalkan kelembapan pada kulit muka dalam jangka masa yang lama.
5) Clinelle UV Defense SPF50 PA+++
Jenis: Chemical Sunscreen
Bahan aktif: Ethytheryl Methoxycinnamate, dan Benzophenone-3, Hyaluronic Acid
Isipadu: 30 g
Sesuai untuk: Kulit normal dan kering
Tekstur: Krim
Harga: RM 43.00 – RM 50.00
Dapatkan di sini
Tip: Jika anda mempunyai kulit cenderung sensitif, sila lakukan patch test terlebih dahulu pada kawasan yang kecil seperti sekitar rahang atau inner wrist sebelum menggunakan apa-apa produk termasuklah sunscreen.