5 Produk Antijerawat Terbaik Di Drugstore
Setiap ubat jerawat atau acne spot treatment memiliki bahan antijerawat yang berbeza. Disarankan untuk dipakai pada malam hari selepas membersihkan muka dan hanya perlu letakkan pada jerawat dengan kuantiti yang sedikit.
Ini adalah 5 ubat jerawat pilihan Glowwe yang boleh didapati di mana-mana drugstore seperti Guardian dan Watsons dengan harga yang amat berpatutan.
1) Oxy 5 Acne Pimple Medication
Bahan aktif: Benzoyl Peroxide 5%
Isipadu: 10 g
Harga: RM 8.00 – RM 12.00
Cara produk bertindak:
- Benzoyl Peroxide– Mengurangkan jumlah bakteria penyebab jerawat dengan membawa lebih banyak oksigen ke dalam liang-liang pori. Ini kerana bakteria tidak dapat hidup dengan lama apabila ada kehadiran oksigen.
Saranan:
- Gunakan produk yang mengandungi Benzoyl Peroxide pada kadar yang rendah untuk elakkan kulit alami iritasi atau kekeringan.
Dapatkan di sini
2) T3 Pimple Gel
Bahan aktif: Tea Tree Leaf Oil dan Resorcinol
Isipadu: 15 g
Harga: RM 12.00 – RM 13.00
Cara produk bertindak:
- Tea Tree Leaf Oil– Menghalang pertumbuhan bakteria yang menyebabkan jerawat.
- Resorcinol– Meleraikan sel kulit mati bagi merawat jerawat.
Saranan:
- Sapu produk pada kawasan yang berjerawat sahaja.
3) Mentholatum Acnes Anti-Acne Spot Gel
Bahan aktif utama: Sulfur dan Salicylic Acid
Isipadu: 18 g
Harga: RM 15.00 – RM 20.00
Cara produk bertindak:
- Sulfur– Membantu membersihkan pori-pori, kurangkan minyak berlebihan dan menanggalkan sel kulit mati.
- Salicylic Acid– Melegakan keradangan dan kemerahan jerawat aktif.
Saranan:
- Keadaan keradangan dan kemerahan perlu dirawat dengan segera kerana akan meninggalkan kesan jerawat yang berwarna hitam iaitu Post-Inflammatory Hyperpigmentation.
4) Aiken Tea Tree Oil Pimple Gel
Bahan aktif utama: Tea Tree Leaf Oil, Salicylic Acid dan Lactic Acid
Isipadu: 10 g
Harga: RM 10.00 – RM 17.00
Cara produk bertindak:
- Tea Tree Leaf Oil– Halang pertumbuhan bakteria yang menyebabkan jerawat.
- Salicylic Acid– Tanggalkan sel kulit mati di dalam pori dan bantu melegakan kemerahan serta keradangan pada jerawat.
- Lactic Acid– Bantu pudarkan parut jerawat dan hiperpigmentasi.
Saranan:
- Ratakan produk pada kawasan yang berjerawat agar kulit mudah serap dan jerawat dapat dirawat dengan baik.
5) Safi Acne Solutions Instant Spot Corrector
Bahan aktif: AHA, BHA dan Neem
Isipadu: 15 g
Harga: RM 15.00 – RM 23.00
Cara produk bertindak:
- AHA- Menanggalkan sel kulit mati pada permukaan kulit dan menggalakkan pembaharuan sel kulit.
- BHA- Mengawal sebum dan menanggalkan kekotoran yang menyumbat pori-pori.
- Neem- Membantu untuk meredakan keradangan dan minimumkan bekas jerawat.
Saranan:
- Hanya digunakan pada atas jerawat sehaja.
Tip: Jika anda mempunyai kulit cenderung sensitif, lakukan patch test terlebih dahulu pada kawasan yang kecil seperti sekitar rahang atau inner wrist sebelum menggunakan produk antijerawat (acne spot treatment).