Cara Pilih Cleanser Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit
Mencuci muka adalah rutin pertama dalam penjagaan kulit wajah dan ia penting kerana jika tidak bersihkan muka dengan sebaiknya akan menjejaskan penggunaan produk selepasnya itu. Berkemungkinan juga produk yang dipakai tidak memberikan kesan yang baik pada kulit.
Jika anda ingin tahu apakah cara dan teknik memilih pencuci muka (cleanser) berdasarkan jenis kulit, artikel ini adalah untuk anda.
Teknik pilih pencuci muka berdasarkan jenis kulit
Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan mengetahui jenis kulit sama ada normal, berminyak, kering atau kombinasi. Apabila membincangkan isu tentang pencuci muka, ia adalah rutin yang sangat penting kerana ia adalah rutin permulaan dalam penjagaan kulit wajah. Setiap hari kulit wajah anda akan terdedah kepada kekotoran, sinaran ultra ungu dan terdapat pelbagai produk yang dipakai di atas permukaan kulit.
Sebelum anda memakai produk yang diperlukan oleh kulit, mengandungi nutrien yang kulit perlu untuk jadi lebih sihat, kulit wajah perlu dibersihkan sebaik-baiknya daripada beberapa perkara iaitu:
- Sebum
- Kulit menghasilkan sebum. Jika kulit menghasilkan sebum secara berlebihan, sebum tersebut perlu dibersihkan. Sekiranya tidak dibersihkan, ia akan menghalang produk yang ingin dipakai seterusnya.
- Mekap
- Selain itu, wajah juga perlu dibersihkan daripada mekap seperti foudation, blusher, lipstick dan sebagainya yang bersifat sticky pada kulit. Apabila anda tidak bersihkannya dengan baik, ia juga akan berikan kesan terhadap kulit anda.
- Habuk, debu atau kekotoran
- Berkemungkinan juga ada juga habuk, debu atau kekotoran lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar melekat pada kulit wajah anda. Jika ia tidak dibersihkan dengan sempurna, ia boleh menjadi penghalang kepada produk-produk yang lain.
Disebabkan itu, pencuci muka secara asasnya adalah produk pertama yang akan dipakai untuk setiap jenis kulit.
Berikut adalah cadangan jenis pencuci muka yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit anda:
- Kulit berminyak
- Kulit berminyak sememangnya memerlukan penjagaan yang khusus. Selain daripada kelenjar minyak yang berlebihan, anda perlu bersihkan sebum tersebut.
- Sekiranya tidak dibersihkan, minyak tersebut akan bercampur dengan debu, asap atau apa sahaja kekotoran yang boleh menyumbat liang pori-pori dan menjadi punca kepada jerawat.
- Untuk kulit berminyak, anda disarankan untuk memilih pencuci muka jenis berbuih (foam cleanser).
- Kini, sudah banyak pencuci muka di pasaran yang lembut pada kulit. Pencuci muka yang bersifat lembut (gentle cleanser) mampu membersihkan kekotoran tanpa mengeringkan kulit wajah.
- Selain itu, untuk kulit berminyak juga boleh pakai gel cleanser. Ada gel cleanser yang tidak banyak dan ada juga gel cleanser yang berbuih.
- Anda juga perlu memilih pencuci muka yang bukan sahaja mampu menaggalkan minyak berlebihan, tetapi juga dalam masa yang sama membuatkan kulit anda lebih bersedia untuk terima bahan-bahan di dalamnya.
- Secara kesimpulannya, untuk kulit berminyak anda boleh pilih sama ada foam cleanser atau gel cleanser. Anda juga disarankan untuk membaca label dan pilih untuk kulit berminyak (oily skin).
- Cadangan produk yang sesuai untuk kulit berminyak adalah:
- Senka Perfect Whip Fresh (Anti-Shine)
- Dalam bentuk foam cleanser dan boleh dapatkan di drugstore seperti watsons. Pencuci muka ini bersifat bebas minyak (oil-free) yang bagus untuk kulit berminyak.
- Ia juga mengandungi green tea essence yang membuatkann kulit wajah lembut, bersih dan dalam masa yang sama mengandungi nutrien yang bagus untuk kulit.
- Terdapat juga Hyaluronic Acid di dalamnya yang memberikan kelembapan pada kulit.
- Simple Refreshing Facial Wash Gel
- Pencuci muka ini adalah berbentuk gel. Jenis gel ini berbeza sedikit dengan jenis foam. Ada jenis gel yang berbuih banyak dan ada yang berbuih sedikit.
- Ada individu yang sesuai memakai pencuci muka jenis gel ini dan ada yang tidak. Pemilihan pencuci muka ini sangat bergantung kepada tahap kesesuaian kulit anda.
- Senka Perfect Whip Fresh (Anti-Shine)
- Kulit kering
- Bagi anda yang mempunyai kulit kering, ia mempunyai dua keadaan iaitu sama ada mengalami kekeringan sahaja atau kulit kering dan sensitif.
- Individu yang mempunyai kulit kering ini biasanya mengalami keadaan kulit sensitif kerana mereka mempunyai kulit yang nipis.
- Apabila kulit nipis, ia hampir dengan saraf-saraf dan kulit juga mudah alami iritasi.
- Untuk anda yang mempunyai kulit kering, dicadangkan menggunakan pencuci muka jenis milk cleanser.
- Teknik pemakaian cleansing milk adalah berbeza sedikit daripada pencuci muka yang biasa.
- Pencuci muka ini berbentuk susu dan perlu menggunakan kapas muka yang lembap atau diletakkan pada tapak tangan yang lembap lalu digosokkan ke kulit wajah.
- Tujuannya adalah tidak mahu menghapuskan minyak yang sedikit berada pada permukaan kulit.
- Cleansing milk ini memberi kesan membersih sambil melembap kulit anda.
- Kulit kombinasi
- Untuk kulit jenis kombinasi, sukar untuk mencari satu pencuci muka yang sesuai dengan kulit kerana kulit kombinasi ada dua kawasan wajah iaitu berminyak di kawasan t-zone dan kawasan u-zone pula kering.
- Jika kedua-dua kawasan tersebut tidak ketara berminyak dan kering, boleh gunakan satu pencuci muka sahaja.
- Anda perlu cari pencuci muka yang ada bahan seperti Hyaluronic Acid dan jenis foam cleanser.
- Tetapi yang menjadi isu adalah apabila kawasan berminyak itu terlampau banyak dan di kawasan kering pula sangat kering.
- Oleh itu, anda boleh memakai dua produk pada dua kawasan tersebut.
- Untuk kawasan berminyak, boleh cari pencuci jenis foam dan kawasan yang kering itu boleh gunakan pencuci muka jenis cleansing milk.
Selain daripada pencuci muka jenis foam, gel dan milk cleanser yang dinyatakan, terdapat juga jenis pencuci muka yang lain. Anda boleh guna dan pilih pencuci muka jenis lain yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit anda.
Diharapkan perkongsian kali ini dapat membantu golongan remaja terutamanya untuk mencari pencuci muka yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit. Anda juga perlu jaga rutin penjagan kulit yang asas terlebih dahulu sebelum menggunakan produk atau rutin lain yang lebih advanced.