Menu
Acne / Dry / SKIN PROBLEM / SKIN TYPE

Kenapa Kulit Kering Juga Boleh Mengalami Jerawat?

Kebiasaannya jerawat dikaitkan dengan kulit berminyak kerana kulit menghasilkan minyak berlebihan yang boleh menyumbat liang pori. Tetapi, kenapa kulit kering juga boleh mengalami jerawat?

Begini, anda perlu fahami bahawa jerawat boleh terjadi apabila:

1) Minyak berlebihan yang menyumbat liang pori

2) Sel kulit mati yang menyumbat liang pori

3) Jangkitan bakteria penyebab jerawat

4) Radang (inflammation) yang berlaku kepada kulit

Antara 4 perkara ini, jika salah satu berlaku kepada seseorang individu, kulit mereka boleh muncul jerawat.

Walaupun kulit kering menghasilkan minyak yang sedikit, tetapi sekiranya ia bergabung dengan sel kulit mati yang menyumbat liang pori dan kemudiannya wujud jangkitan bakteria, maka jerawat boleh muncul.

Jadi, tidak menjadi perkara yang mustahil untuk kulit kering tumbuh jerawat.Konsepnya hanya mudah, jika liang pori anda tersumbat, maka jerawat boleh berlaku.

2 Comments

  • nurin
    January 17, 2023 at 11:54 am

    jadi, untuk kulit kering boleh ke pakai serum yg ada vitamin c ?

    Reply
    • glowwe
      January 18, 2023 at 1:22 am

      Boleh cikpuan

      Reply

Leave a Reply