Cara Rawat Jerawat Di Kawasan Rahang Dan Dagu
Jerawat pada kawasan dagu dan rahang dikenali sebagai chin and jawline breakout. Ia amat menyakitkan kerana berada di kawasan yang hampir dengan tulang dan di dalam permukaan kulit. Ia tumbuh tanpa ‘kepala’ dan sukar untuk dirawat.
Merujuk kepada pandangan pakar, chin and jawline breakout muncul akibat:
- Hormon tidak seimbang dalam badan.
- Pengambilan produk tenusu.
1. Chin and jawline breakout berlaku disebabkan oleh perubahan hormon yang tidak seimbang sehingga meransang penghasilan minyak yang berlebihan dalam pori. Sekaligus meningkatkan jumlah bakteria yang menyekat liang-liang pori sehingga muncul jerawat yang menyakitkan seperti:
- Pustules
- Cystic Acne
Ia tidak dapat dirawat dengan hanya penggunaan spot treatment. Keadaan jerawat yang jauh ke dalam dasar kulit membuatkan rawatan itu hanya mampu mengeringkan permukaan kulit namun masih terdapat benjolan sumbatan tersebut.
2. Menurut kajian, produk tenusu seperti susu mengandungi kandungan gula yang mampu menyebabkan keradangan pada jerawat serta kandungan protein pula mengeluarkan hormon IGF-1 daripada badan. Oleh itu, pengambilan secara berlebihan akan dikumurkan melalui cystic acne.
Pakar menasihatkan untuk memerhatikan keadaan jerawat di kawasan rahang dan dagu selama tiga minggu, dalam masa yang sama tidak mengambil sebarang produk tenusu.
Jika tiada sebarang jerawat baru yang muncul, maka terbukti bahawa pengambilan produk tenusu secara berlebihan boleh mengakibatkan kemunculan jerawat di kawasan tersebut bagi sesetengah kulit individu.
Perkara yang boleh dilakukan bagi mengawal jerawat yang muncul di kawasan dagu dan rahang:
1. Mengelakkan diri daripada menyentuh muka dengan tangan – Supaya tidak berlakunya perpindahan bakteria yang boleh mengakibatkan jerawat. Tangan merupakan salah satu anggota badan yang terdapat banyak bakteria terkumpul di kawasan tersebut.
Amalan membasuh tangan dengan kerap serta mencuci muka setiap hari sekurang-kurangnya sebanyak dua kali sehari amat digalakkan!
2. Penggunaan telefon bimbit – Telefon bimbit dianggap sebagai salah satu ruang pemindahan bakteria kerana terdapat bakteria berkumpul di situ.
Satu kajian telah dibuat dan mendapati pertumbuhan bakteria yang merunsingkan iaitu:
• Staphylococcus Aureus
• Serratia Sp
• Escherichia Coli
• Proteus Vulgaris
• Klesbsiella Sp
• Pseudomonas Aeruginosa
#Saranan: Bagi meminimumkan perpindahan bakteria yang berlaku, perlu kerap membersihkan permukaan telefon bimbit dengan bahan bersifat antibakteria setiap hari.
Antara bahan dalam produk yang boleh digunakan untuk merawat jerawat adalah:
• Benzoyl Peroxide
• Sulphur
• Niacinamide
• Salicylic Acid
Sekiranya penggunaan produk atau apa-apa tindakan untuk merawat tidak berkesan, anda disyorkan untuk mendapatkan ubat yang direkomendasi dan dinasihatkan oleh doktor atau pakar dermatologi dengan perskripsi dos yang dibenarkan.
Jangan Beli Sendiri!
Tag:acne, chin, jawline, masalah kulit, niacinamide