Cara Pudarkan Jeragat Dan Bekas Jerawat Dengan Berkesan | Skinmade 15% Vitamin C + Bio Stemcell Super Brightening Serum
Jeragat dan bekas jerawat adalah dua masalah kulit yang sering dihadapi oleh ramai orang. Kedua-duanya biasanya terhasil apabila terdapat sintesis melanin yang berlebihan pada kulit. Jeragat muncul sebagai bintik-bintik hitam kecil, manakala bekas jerawat pula adalah kesan yang tinggal selepas jerawat sembuh.
Ia bukanlah masalah kulit yang serius, namun boleh memberi kesan negatif kepada keyakinan diri seseorang. Oleh itu, penting untuk mencari produk khusus yang mampu menyelesaikan masalah ini. Salah satu produk yang yang anda perlukan adalah 15% Vitamin C + Bio Stemcell Super Brightening Serum daripada Skinmade.
Apakah faktor penyumbang kepada masalah jeragat dan bekas jerawat?
Jeragat dan bekas jerawat bukan sahaja disebabkan oleh satu faktor tetapi merupakan hasil daripada beberapa faktor yang berbeza. Berikut adalah beberapa penyumbang utama kepada masalah ini:
Sinaran UV: Pendedahan berlebihan kepada sinaran UV boleh merangsang pengeluaran melanin yang berlebihan, menyebabkan jeragat dan bekas jerawat jadi lebih gelap.
Genetik: Faktor genetik juga memainkan peranan penting dalam pembentukan jeragat dan bekas jerawat. Sesetengah orang lebih cenderung mengalami masalah ini disebabkan oleh genetik.
Perubahan Hormon: Perubahan hormon, seperti yang berlaku semasa kehamilan atau penggunaan pil perancang juga boleh meningkatkan pengeluaran melanin.
Keradangan Kulit: Jerawat yang meradang dan tidak dirawat dengan baik boleh meninggalkan parut yang sukar dihilangkan.
Faktor Usia (Penuaan): Seiring pertambahan usia, proses regenerasi kulit menjadi lebih perlahan, menyebabkan bekas jerawat dan jeragat menjadi lebih sukar untuk dipudarkan.
Apakah produk yang sesuai untuk atasi masalah jeragat dan bekas jerawat ini?
Memperkenalkan Skinmade 15% Vitamin C + Bio Stemcell Super Brightening Serum.
Dengan inovasi INFINITEBRIGHT™, iaitu formula yang telah dipatenkan mampu menawarkan kesan pencerahan yang optimum. Serum ini sangat efektif dalam menyekatakan tona kulit, memudarkan jeragat dan bekas jerawat.
Dengan kandungan 15% Vitamin C, ia bantu merangsang pembaharuan sel kulit dengan berkesan. Bio Stemcell dan bahan pencerah lain seperti Tranexamic Acid, Licorice Extract, dan Alpha Arbutin bekerjasama untuk memberikan hasil kulit yang lebih cerah dan berseri. Niacinamide dalam serum ini turut membantu memperbaiki struktur kulit, menjadikannya lebih sihat dan sekata.
Bahan utama dalam Skinmade 15% Vitamin C + Bio Stemcell Super Brightening Serum
Apa yang menarik tentang serum ini adalah gabungan teknologi Smart Brightener Stem Cells dan Smart-Peptides. Teknologi ini direka khas untuk memberikan hasil yang optimum dalam mengurangkan pigmentasi, mencerahkan kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.
Stem Cells membantu dalam pembaharuan sel, manakala Peptides berfungsi dalam merangsang penghasilan kolagen, supaya kulit tampil lebih anjal dan awet muda.
11 bahan pencerah yang terkandung dalam serum ini adalah seperti berikut:
- Tetrahexyldecyl Ascorbate
- 3-o-Ethyl Ascorbic Acid
- Potassium Azeloyl Diglycinate
- Brightenyl™️
- Punica Granatum Seed Cell Culture Lysate
- Tranexamic Acid
- 4-n-Butylresorcinol
- Hydroxyphenoxy Propionic Acid
- Licorice Root Extract
- Alpha Arbutin
- Peptides
Apa yang Glowwe paling suka tentang serum ini adalah:
- Tekstur yang ringan, tidak berminyak dan tidak melekit.
- Mudah diratakan pada kulit.
- Serum yang tinggi dengan antioksidan ini membantu atasi radikal bebas yang boleh merosakkan kolagen dalam kulit.
- Kombinasi teknologi Smart Brightener Stem Cells dan Smart-Peptides menjadikan kulit lebih cerah, sihat, sekata, dan bebas daripada jeragat serta bekas jerawat.
- Bahan bersifat soothing seperti Raspberry Extract, Allantoin dan Lady’s Thistle Extract boleh beri kelegaan kepada kulit dan mempercepat proses penyembuhan kulit.
Cara guna Skinmade 15% Vitamin C + Bio Stemcell Super Brightening Serum
- Pusingkan bahagian penutupnya kesebelah kanan.
- Pamkan penutupnya sehingga tekstur serum keluar.
- Oleskan ke seluruh wajah sehingga ia meresap sepenuhnya pada kulit.
- Boleh dipakai selepas penggunaan toner dan sebelum pelembap.
- Gunakan pada sebelah siang atau malam secara konsisten untuk dapatkan kesan yang terbaik.
- Pastikan sunscreen juga dipakai pada sebelah siang.
- Simpan produk ini di tempat yang bersih dan kering, elakkan daripada terkena sinaran matahari secara terus.
Penggunaan 15% Vitamin C + Bio Stemcell Super Brightening Serum daripada Skinmade ini secara konsisten mampu mencerahkan kulit, memudarkan jeragat dan bekas jerawat, serta memperbaiki struktur kulit secara keseluruhan.
Jangan biarkan masalah kulit mengganggu keyakinan diri anda lagi. Segera dapatkannya di sini -> Skinmade 15% Vitamin C + Bio Stemcell Super Brightening Serum.