Faktor Yang Mempengaruhi Pembelian Produk Skincare (Glowwe Survey)
Sebagai pengguna produk penjagaan kulit wajah (skincare), terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi keputusan dalam membeli atau memilih sesuatu produk. Oleh itu, glowwe ingin kongsikan hasil dapatan yang diterima daripada tinjauan yang dilakukan di saluran YouTube glowwe.
Sebagai satu saluran yang memfokuskan tentang penjagaan kulit, glowwe sentiasa mencari cara untuk mendidik dan kongsikan kepada pengikut setia kami dan juga jenama pengeluar produk penjagaan kulit tentang trend dan produk terkini yang berada di dalam industri.
Terdapat lebih daripada 2700 pengikut memgambil bahagian dalam tinjauan yang dilakukan di saluran YouTube.
Keputusan menunjukkan bahawa bahan di dalam produk penjagaan kulit menjadi faktor utama yang mempengaruhi keputusan mereka. Sebanyak 52% responden memilih pilihan yang tersebut. Glowwe percaya bahawa ini adalah petunjuk bahawa permintaan produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi dan berkesan serta diformulasi dengan bahan yang betul akan semakin meningkat.
Faktor kedua yang mempengaruhi keputusan pembelian adalah ulasan dalam talian. Sebanyak 22% responden menyatakan bahawa ini adalah faktor utama bagi mereka. Hal ini menunjukkan bahawa pentingnya reputasi dan jenama sesuatu produk untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan ulasan yang diberikan. Dengan cara itu, pelanggan juga akan lebih yakin untuk membeli produk tersebut.
Harga adalah faktor ketiga terpenting yang dipilih oleh responden. Sebanyak 15% responden mengatakan ia mempengaruhi keputusan mereka untuk membeli produk penjagaan kulit. Walaupun harga menjadi pertimbangan kepada kebanyakan pengguna, penting juga untuk setiap jenama mengimbangi kemampuan pengguna dengan kualiti dan keberkesanan yang baik.
Pemilihan produk berdasarkan jenama adalah sebanyak 6%. Cadangan produk daripada rakan dan keluarga pula adalah sebanyak 5%. Walaupun faktor ini memberi kesan yang lebih kecil dalam keputusan pembelian, ia masih memainkan peranan dalam proses membuat keputusan.
Sebagai kesimpulan, jelaslah bahawa terdapat 5 faktor utama yang mempengaruhi pengguna skincare untuk membeli sesuatu produk. Faktor yang paling utama adalah berdasarkan bahan, diikuti oleh ulasan dalam talian, harga, jenama dan cadangan produk daripada rakan dan keluarga.
Bagaimana pula dengan anda? Apakah faktor utama yang anda pertimbangkan sebelum membeli sesuatu produk? Boleh kongsikan dengan glowwe di ruangan komen.