3 Bahan Yang Bantu Cerahkan Kulit (Review Hada Labo Premium Whitening)
Adakah anda dalam misi untuk cerahkan dan putihkan kulit tetapi dengan cara yang selamat? Ingin hapuskan kulit kusam, pudarkan jeragat atau ingin hapuskan bintik-bintik gelap pada wajah?
Dalam semua situasi yang dinyatakan itu, anda perlukan produk yang mengandungi agen pencerah. Agen pencerah atau bahan aktif untuk mencerah berfungsi untuk kurangkan bintik-bintik gelap, jeragat, tona kulit tidak sekata dan menjadikan kulit lebih sekata, cerah dan berseri.
Tetapi, apakah sebenarnya agen pencerah dan bagaimana ia berfungsi?
Agen pencerah boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Ada yang berasal daripada ekstrak semula jadi dan ada juga daripada bahan kimia sintetik yang dibuat di makmal.
Salah satu agen pencerah semula jadi yang paling terkenal adalah vitamin C. Vitamin C bukan sahaja membantu mencerahkan kulit, tetapi juga melindungi kulit daripada radikal bebas.
Selain itu, vitamin C juga berfungsi dengan menghalang enzim yang dipanggil tyrosinase. Tyrosinase ini bertanggungjawab untuk menghasilkan melanin iaitu sejenis pigmen yang memberikan warna kepada kulit anda.
Jadi dengan mengurangkan pengeluaran melanin, vitamin C boleh membantu mencerahkan bintik-bintik gelap dan sekatakan tona kulit.
Di samping itu, niacinamide juga adalah salah satu agen pencerah yang terkenal. Ia adalah sejenis vitamin yang larut air. Salah satu faedah utama bahan ini adalah keupayaannya meningkatkan fungsi skin barrier.
Jadi apakah kaitannya dengan mencerah?
Niacinamide juga boleh membantu mengurangkan hiperpigmentasi dan menjadikan tona kulit lebih sekata.
Cara niacinamide ini bertindak adalah dengan menghalang pemindahan melanin ke permukaan kulit yang boleh membantu memudarkan dan menghalang pembentukan baru bintik-bintik gelap.
Selain itu, niacinamide juga membantu memperbaiki tekstur keseluruhan kulit serta menjadikannya lebih licin dan lebih sekata.
Satu lagi agen pencerah adalah arbutin. Bahan ini adalah sebatian semula jadi yang biasanya digunakan untuk mengurangkan penghasilan melanin dengan menghalang aktiviti tyrosinase.
Arbutin berfungsi untuk cerahkan kulit dan mengurangkan penampakan bintik-bintik gelap pada kulit.
Menurut kajian, Arbutin juga boleh didapati boleh menghalang kematangan melanosom. Melanosom ialah organel yang bertanggungjawab untuk sintesis dan penyimpanan melanin.
Dalam bahasa mudah, apabila kematangan melanosom terhalang, melanin tidak boleh berkumpul pada kulit dan hiperpigmentasi atau jeragat boleh dielakkan.
Apabila setiap agen pencerah yang dinyatakan mempunyai kebaikan yang sama dan hanya berbeza sedikit dari sudut mekanisme atau cara ia bertindak.
Apakah hanya menggunakan satu agen pencerah (single ingredient) lebih berkesan berbanding menggunakan beberapa agen pencerah (multiple ingredients)?
Menggunakan multiple ingredients agen pencerah dalam satu rutin penjagaan kulit boleh menjadi lebih berkesan daripada menggunakan hanya satu (single ingredient).
Hal ini kerana, agen pencerah berfungsi melalui mekanisme dan cara ia bertindak itu berbeza dalam laluan penghasilan melanin.
Dengan gabungan agen pencerah yang berbeza, anda boleh mendapat hasil yang lebih baik dalam mengurangkan pigmentasi kulit dan sekatakan tona warna kulit.
Oleh itu, gabungan 3 agen pencerah ini (Vitamin C, Niacinamide dan Arbutin) adalah gabungan yang COMPREHENSIVE untuk membantu anda mencapai kulit yang cerah dan berseri.
3 produk dalam rangkaian Hada Labo Premium Whitening ini mengandungi Triple Brightening Ingredients iaitu Vitamin C, Niacinamide dan Arbutin.
Sekiranya anda mahu cerahkan kulit yang kusam, jadikan tona kulit lebih sekata dan tambahkan hidrasi pada kulit anda, rangkaian Hada Labo Premium Whitening dengan Triple Brightening Ingredients ini amat bagus untuk digunakan.
Di dalam rangkaian ini ada Hada Labo Premium Whitening Face Wash, Hada Labo Premium Whitening Lotion dan Hada Labo Premium Whitening Water Gel.
- Hada Labo Premium Whitening Face Wash
- Pencuci muka ini mengandungi Triple Brightening Ingredients seperti Niacinamide, Alpha Arbutin dan Vitamin C untuk bersih dan cerahkan kulit.
- Terdapat juga bahan lain seperti 3 jenis Hyaluronic Acid yang memberikan hidrasi yang mendalam.
- Selepas menggunakan pencuci muka ini, kulit terasa bersih, lembut dan tidak kering.
- Selain itu, pencuci muka ini juga mengandungi Triple Anti-Pollution Formula. Tiada pewangi, tiada pewarna, tiada alkohol dan tiada minyak mineral.
- Gunakan 2 kali sehari dengan picit jumlah yang mencukupi pada tapak tangan anda, buihkan dengan air dan urut pada muka menggunakan gerakan membulat. Kemudian bilas bersih dengan air suam.
- Harga: RM 30.80 (Beli Di Sini)
- Hada Labo Premium Whitening Lotion
- Losen ini digunakan selepas mencuci muka.
- Cara gunakannya mudah sahaja iaitu dengan tuangkan jumlah yang mencukupi di tapak tangan, tepuk atau tekap dengan lembut ke kawasan wajah anda sehingga dirasakan losen itu menyerap.
- Losen ini mengandungi Triple Brightening Ingredients seperti Niacinamide, Alpha Arbutin dan Vitamin C serta Hyaluronic Acid di dalamnya.
- Selain melembapkan kulit dengan mendalam, penggunaan losen ini secara berterusan membantu menghidratkan kulit, kurangkan bintik hitam dan bekas jerawat untuk kulit jadi lebih cerah dan berseri.
- Harga: RM 49.63 (Beli Di Sini)
- Hada Labo Premium Whitening Water Gel
- Ini adalah pelembap yang mempunyai ultra-lightweight water gel texture untuk penyerapan pantas dan tidak berminyak pada kulit.
- Sangat sesuai untuk kulit normal dan berminyak.
- Pelembap ini digunakan selepas losen.
- Memberikan 3 kali kuasa pencerahan dengan Niacinamide, Alpha Arbutin dan Vitamin C untuk mencerahkan kulit kusam.
- Ada 2 jenis Hyaluronic Acid untuk melembapkan kulit secara mendalam.
- Terdapat juga botanical extracts untuk mengawal sebum berlebihan dan
- menjadikan pori-pori kelihatan lebih halus.
- Harga: RM 65.20 (Beli Di Sini)
Kesimpulannya, rangkaian daripada Hada Labo Premium Whitening ini sememangnya berbaloi untuk digunakan kerana jenama Hada Labo itu melambangkan kualiti dan keberkesanan Japanese skincare. Menggunakan produk daripada Hada Labo ini dengan 3 langkah mudah, menjadikan kulit anda lebih sihat dan berseri.