Menu
Acne / SKIN PROBLEM

Tip Penjagaan Kulit Untuk Remaja (Teen Skincare Routine)

Masalah utama remaja adalah apabila mereka menghadapi atau melalui fasa akil baligh yang menyebabkan berlakunya perubahan hormon di dalam badan mereka. Perubahan hormon ini menyebabkan kelenjar minyak di dalam kulit menjadi aktif serta boleh menyebabkan muka berminyak dan jika tidak dijaga dengan betul akan mengakibatkan jerawat.

Penjagaan kulit wajah sewaktu remaja ini adalah penting untuk mengelakkan atau mengurangkan Teen Acne. Corak pemakanan dan stres juga boleh menyumbang kepada faktor perubahan hormon dan akan berikan kesan pada kulit wajah.

Penjagaan kulit wajah sememangnya bagus untuk dimulakan awal, tetapi tidaklah menggunakan produk yang dirumus khas untuk kulit matang. Hal ini dikatakan demikian kerana kulit remaja tidak sama dengan kulit yang sudah matang. Kulit remaja lebih lembut dan tidak mengalami segala kerosakan yang dialami oleh kulit orang dewasa.

Berikut adalah langkah yang sesuai dilakukan oleh remaja.

 

Langkah penjagaan kulit untuk remaja

  1. Pencuci muka
  • Anda perlu mencuci muka menggunakan produk yang gentle dan mempunyai skala pH seimbang.
  • Bagi remaja yang mengalami perubahan hormon, di mana kelenjar minyaknya aktif. Jadi, penghasilan minyak yang banyak akan menyebabkan habuk, debu, dan bakteria singgah di wajah sekiranya minyak itu tidak dibersihkan dengan betul.
  • Cari pencuci muka jenis lembut dan tidak mempunyai kandungan bahan yang terlalu banyak.
  • Selain itu, cari juga pencuci muka yang mempunyai skala pH sekitar 4.5 – 5.5. Cara untuk kenal pasti pH adalah dengan melihat maklum balas, testimoni serta kandungan bahan di dalam pencuci muka tersebut.
  • Skala pH yang tidak betul dan sesuai pada kulit akan menyebabkan pertumbuhan bakteria.
  • Antara pencuci muka yang dicadangkan kepada remaja adalah Cosrx Low PH Good Morning Gel Cleanser.

 

  1. Exfoliator
  • Remaja juga perlu pakai exfoliator 2 ke 3 kali seminggu.
  • Exfoliator yang bagus untuk kulit berminyak terutamanya bagi remaja yang ada perubahan hormon adalah exfoliator yang mengandungi Salicylic Acid.
  • Exfoliator yang mempunyai Salicylic Acid ini membantu untuk membersihkan sehingga ke dalam pori-pori.
  • Pastikan exfoliator yang dipilih itu lembut pada kulit.

 

  1. Menggunakan pelembap
  • Pelembap yang bagus untuk kulit remaja adalah dengan mencari pelembap yang mempunyai kandungan bahan bebas minyak atau oil-free.
  • Contoh cadangan pelembap yang sesuai digunakan oleh remaja adalah Neutrogena Combination Skin Oil Free Moisture.
  • Namun, bahan tambahan yang boleh dicari dan bagus untuk kekalkan kelembapan kulit pada kadar yang betul adalah Hyaluronic Acid.

 

  1. Guna pelindung suria (sunscreen)
  • Sunscreen ini sangat penting dan perlu digunakan setiap hari pada waktu siang.
  • Bagi remaja, anda perlu cari tekstur sunscreen yang ringan dan mudah meresap pada kulit.
  • Selain itu, pastikan juga sunscreen yang dipilih itu tidak melekit dan oil-free dan SPF 30.
  • SPF 30 adalah permulaan yang baik bagi remaja yang ingin mula gunakan sunscreen.
  • Cari juga sunscreen yang sesuai dengan jenis kulit anda.
  • Cadangan produk yang sesuai digunakan oleh remaja adalah Biore UV Aqua Watery Essence SPF 50 PA++++.

 

  1. Spot treatment
  • Apabila remaja yang mempunyai kulit berminyak ini, ia ada kecenderungan berjerawat.
  • Jika ada jerawat disebabkan oleh fasa akil baligh, tidak digalakkan untuk memicit jerawat tersebut.
  • Amalkan juga segala teknik penjagaan kulit dengan betul walaupun dalam keadaan kulit berjerawat.
  • Boleh juga gunakan spot treatment jika kulit mengalami pertumbuhan jerawat.
  • Contoh produk spot treatment yang boleh digunakan oleh remaja adalah seperti OXY 5 Acne Pimple Medication yang ada bahan Benzoyl Peroxide.

 

Sebagai permulaan untuk remaja yang ingin gunakan skincare, tidak digalakkan membeli produk yang terlampau mahal. Remaja juga disarankan untuk memilih produk yang menjalankan fungsinya dengan baik pada kulit.

Semoga dengan perkongsian kali ini, dapat membantu remaja di luar sana dapatkan kulit yang sihat.

No Comments

    Leave a Reply