
Kesalahan Cara Exfoliate Kulit Yang Boleh Merosakkan Kulit Anda
Exfoliation atau langkah pengelupasan adalah penting dalam rutin penjagaan kulit wajah kerana dapat membuang sel kulit mati pada lapisan kulit sekaligus membersihkan liang pori yang tersumbat dan memberi kesan pencerahan pada kulit. Namun begitu, kenapa ada sesetengah individu yang mengalami kemerahan, kekeringan dan kekusaman pada kulit selepas exfoliate? Jom semak semula kesalahan cara biasa dilakukan sewaktu exfoliation:
1. Memilih exfoliator yang tidak sesuai dengan jenis kulit
Pemilihan produk exfoliation perlu bergantung pada jenis kulit dan kandungan bahan aktif di dalam produk. Saya cadangkan:
📌Kulit kering – Pilih bahan dalam kategori AHA seperti Glycolic Acid atau Lactic Acid. AHA bersifat larut air dan lebih sesuai untuk mengelupaskan sel kulit mati secara lembut pada permukaan kulit.
📌Kulit Berminyak – Guna bahan dalam kategori BHA seperti Salicylic Acid kerana sifatnya yang mampu larut minyak dan bersihkan pori tersumbat.
📌Kulit sensitif dan berjerawat – Pilih bahan dalam kategori PHA seperti Lactobionic Acid dan Gloconolactone.
2. Exfoliate dengan terlalu kerap (Over-Exfoliate)
Exfoliation adalah proses menanggalkan sel kulit mati pada permukaan kulit dan proses ini membantu mempercepatkan pembaharuan sel baru. Maka, ia menjadikan kulit anda lebih licin, cerah dan berseri. Namun begitu, anda perlu ingat bahawa kulit masih perlukan masa untuk pulih selepas proses exfoliate.
Jika anda terlalu kerap lakukan rutin ini, dikhuatiri skin barrier boleh rosak dan kulit akan alami:
➡️Kemerahan dan iritasi
➡️Kekeringan
➡️Keradangan
➡️Rasa pedih atau gatal
➡️Breakout
Oleh itu, lakukan rutin ini 1 hingga 2 kali seminggu sahaja pada rutin sebelah malam.
3. Guna exfoliator yang terlalu kasar
Jika anda menggunakan exfoliator dalam bentuk cecair seperti toner yang mengandungi AHA, BHA atau PHA, disarankan untuk pilih kadar yang rendah, terutama jika anda baru mahu mula amalkan rutin ini. Jika exfoliator anda dalam bentuk skrub, pilih tekstur yang halus dan lembut dan elak menggosok skrub pada kulit dengan kasar.
4.Tidak melembapkan kulit selepas rutin exfoliation
Anda perlu ingat bahawa selepas rutin exfoliation, kulit akan kehilangan sebahagian minyak semula jadi yang penting untuk mengekalkan kelembapan. Anda digalakkan untuk segera pelembap selepas rutin exfoliation kerana:
➡️Pelembap bantu pulihkan skin barrier.
➡️Pelembap bekalkan kelembapan pada kulit untuk agar kelembutan pada kulit terjaga.
➡️Elakkan kekeringan dan rasa tidak selesa, rasa tegang atau pedih
➡️Menjaga keseimbangan kulit supaya tidak terlalu kering atau berminyak
Anda boleh gunakan produk yang dapat melembapkan kulit dan mengandungi bahan seperti Allantoin, Panthenol atau Hyaluronic Acid yang terdapat dalam produk yang akan dipakai selepas rutin exfoliation.
Dengan mengelakkan kesalahan-kesalahan biasa dalam rutin exfoliation ini, kulit anda akan kelihatan lebih licin, cerah, dan sihat. Pastikan langkah exfoliation sebagai langkah yang bijak dan sesuai dengan keperluan kulit anda.


