Menu

Pandangan Umum Mengenai Produk

Siapa yang tidak kenal dengan jenama Safi yang sudah sekian lama wujud di Malaysia. Safi telah menjalankan pelbagai kajian dan perkembangan dalam bidang penjagaan wajah sehingga boleh menghasilkan dan mengeluarkan pelbagai produk yang berkualiti dan berpatutan kepada pengguna. Salah satu produk yang menjadi fokus Glowwe pada kali ini adalah berdasarkan salah satu rangkaian Safi Acne Solutions iaitu Safi Acne Solutions Sebum Control Fluid. Perkara yang menarik tentang produk ini ialah produk ini tidak mengandungi alkohol, pewangi dan essential oil. Sesuai dengan konsep yang dibawa, produk ini tidak mempunyai bahan yang boleh menyebabkan iritasi dan merengsakan kulit.

Disamping itu, produk ini juga mengandungi neem. Adakah anda tahu apakah itu neem? Fakta yang menarik tentang neem ialah ia adalah sejenis tumbuhan yang berasal dari India yang digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit dan masalah kulit seperti jerawat, pigmentasi, keradangan, kemerahan dan sebagainya. Khasiat antibakteria neem ini adalah ia berupaya melawan bakteria yang menyebabkan jerawat secara tidak langsung mengurangkan keradangan pada kulit. Selain itu ia mampu mengurangkan iritasi, memberikan kesan kelegaan dan memulihkan kulit. Safi terbukti menjalankan kajian mereka yang mendalam supaya dapat menghasilkan produk yang berkesan khususnya bagi merawat kulit yang mengalami masalah jerawat.

Seterusnya, ia mengandungi AHA BHA seperti Lactic Acid, Mandelic Acid dan Salicylic Acid yang rendah bagi memberikan kelembapan dan memulihkan kulit yang berjerawat. AHA – Menggelupas kulit mati dan menggalakkan pembaharuan kulit menjadikan kulit lebih cerah BHA – Menembus jauh ke dalam pori-pori, mengawal sebum dan menghilangkan kekotoran yang menyumbat pori-pori. Kandungan produk ini ialah air, Betaine, Butylene Glycol, Glycerin, Panthenol, Zinc Lactate, PPG-26-Buteth-26, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Ethylhexylglycerin, O-Cymen-5-Ol, Melia Azadirachta (Neem) Leaf Extract, Lactic Acid, Mandelic Acid, Salicylic Acid, Ceramide 3, Dextrin, Polydextrose, Amylopectin, Niacinamide dan Phenoxyethanol.

 

Bagaimana Glowwe menggunakan produk ini?

  • Mulakan dengan memakai 2 ke 3 kali seminggu
  • Sekiranya anda rasa sesuai maka boleh tingkatkan penggunaan kepada 4 kali seminggu dan seterusnya.
  • Gunakan ia pada waktu malam.
  • Produk ini hanya sesuai digunakan ketika melakukan proses pengelupasan dan tidak sesuai digunakan setiap hari.
  • Pemakaian produk perlu diikuti dengan moisturizer dan sunscreen pada keesokan hari kerana kandungan AHA dan BHA yang mampu menjadikan kulit sensitif terhadap sinar UV.

 

Perkara lain yang perlu diberi perhatian mengenai produk

  • Harga: RM 18.00 untuk 100ml. Ia boleh didapati di mana-mana farmasi seperti di Guardian dan Watsons atau boleh juga dapatkan produk di Shopee dan Lazada.
  • Bau: mengandungi bau-bauan lembut seperti sitrus
  • Warna: Putih jernih seperti air
  • Pembungkusan: packagingnya adalah elegan dan bersaiz standard seperti toner lain yang ada di pasaran.

 

Perkara yang glowwe suka mengenai produk

  • Tekstur dan kelikatan: ia ringan pada wajah. Tekstur produk adalah cair dan mudah diserap oleh kulit. Kulit terasa lebih segar, bersih dan tidak terasa heavy selepas penggunaan.
  • Kadar AHA dan BHA yang optimum: ia mengandungi kandungan AHA BHA yang optimum. Oleh itu, ia adalah produk yang selamat untuk digunakan mengikut kadar yang disarankan.
  • Diformulasi dengan Neem: tumbuhan yang mengandungi antioksida yang mampu merawat kulit yang berjerawat.

 

Perkara yang glowwe tidak suka mengenai produk

Glowwe tidak menemui sebarang perkara yang tidak disukai mengenai produk.

 

Kesimpulan dan penilaian

  • ⭐⭐⭐⭐⭐ 5/5 
  • Sesuai untuk proses pengelupasan kerana ia mengandungi AHA BHA yang mampu untuk menghidratkan kulit memberikan kelembapan dan mengurangkan iritasi dan kemerahan pada kulit.
  • Tip kami adalah untuk sentiasa melakukan patch test sebelum anda menggunakan produk.
  • Konsistensi produk adalah cair, tidak melekit dan ia mudah menyerap jauh ke dalam kulit.
  • Tidak sesuai dipakai setiap hari kerana ia adalah exfoliating toner maka ia hanya sesuai dipakai untuk proses pengelupasan sahaja.

No Comments

    Leave a Reply