Menu
Aiken / BRAND

REVIEW : Aiken Prebiotic Hydra Plus Essence Water

Pandangan umum mengenai produk

Aiken mempunyai dua rangkaian produk penjagaan kulit wajah yang mempunyai fokus serta tujuan yang berbeza iaitu hydrating dan juga anti-acne. Malahan rangkaian tersebut turut dibezakan dengan warna bungkusan yang berbeza malah sangat memudahkan pengguna.

Antara produk yang dicadangkan dalam membantu merawat keadaan kulit tertentu adalah dengan penggunaan produk dengan kandungan bahan aktif yang tinggi sama ada dengan menggunakan serum atau esen.

Jadi hari ini kita mahu membincangkan tentang salah satu item daripada rangkaian Aiken Prebiotic Hydra Plus iaitu Essence Water. Essence trend atau sejarah asalnya adalah bermula dari negara yang terkenal dengan industri kecantikan Korea Selatan  atau lebih dikenali sebagai Kbeauty pada tahun 2011. Produk ini merupakan salah satu langkah yang terkandung dalam 10 step Korean beauty.

Esen pada dasarnya merupakan serum dalam bentuk yang lebih cair. Memiliki tekstur cecair yang agak ringan tetapi rich, kepekatan yang tinggi sedikit dari toner tetapi mempunyai kepekatan lebih rendah dari serum bagi menambahkan lagi lapisan kelembapan pada kulit sebelum meggunakan serum dengan efek yang lebih ringan pada kulit. Ia bekerja untuk menembusi kulit dengan lebih dalam daripada pelembap biasa anda.

Ia sangat sesuai digunakan oleh individu yang memiliki kulit jenis normal, kering dan juga individu yang sering mengalami masalah dehydration. Dehydrtion pula adalah satu keadaan yang mana boleh dialami oleh semua jenis kulit termasuk mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak dan kombinasi.

Rangkaian Aiken terbukti dapat meningkatkan penghidratan kulit secara semulajadi dalaman dan luaran. Ia dirumus dengan Prebiotik semulajadi dari Perancis yang mana turut berfungsi menggalakkan pertumbuhan bakteria mesra kulit untuk menguatkan fungsi penghalang kulit (skin barrier), meningkatkan kehalusan dan keserian kulit secara semulajadi air beras dari Korea. Dapat menghidrat secara mendalam dan mengekalkan kelembapan dan menjadikan kulit anjal dan lebih gebu.

Aiken Hydra Plus Essence Water mengandungi kombinasi dari bahan yang bagus seperti Niacinamide, Glycerin, Hyaluronic Acid, Ceramide.

Bagaimana glowwe menggunakan produk ini?

Produk ini memiliki tekstur liquid yang likat, boleh dijadikan rutin harian. Ia boleh dipakai tanpa penggunaan kapas dalam keadaan kulit wajah yang bersih dan diikuti dengan produk yang lain.

Cara lain yang dicadangkan untuk menggunakan Aiken Essence Water ini adalah dengan menggunakan compressed mask atau kapas dan diletakkan di kawasan tertentu yang kering antara 15 ke 20 minit.

 

Perkara lain yang perlu diberi perhatian mengenai produk

Harga: RM 19.90

Bau: Tiada.

Warna: Lutsinar dengan formulation yang quick absorbing

Perkara yang glowwe suka mengenai produk

Tekstur: : Esen ini mempunyai tekstur likat tetapi ia sangat mudah meresap ke dalam kulit. Menjadikan pemakaian kali pertama sangat selesa, kulit terasa lembap, anjal dan kelihatan berseri.

Berkesan dalam melembapkan kulit: Produk ini menjalankan tugasnya dengan sangat baik seperti nama yang diiklankan. Ia memulihkan kulit yang mengalami masalah kekeringan atau dehydration dengan cepat serta mengekalkan kadar kelembapan dalam jangka masa yang panjang dengan baik serta dalam masa yang sama ia juga mampu bantu memulihkan skin barrier dan mencerah masalah kekusaman serta sekatakan tona kulit.

Saiz yang besar dan harga yang berpatutan: Kandungan bahan yang berkualiti seperti niacinamide dan sodium hyaluronate crosspolymer (hyaluronic acid) di dalam essence water ini.

Penggunaan secara keseluruhan: Menjadikan ia satu produk yang sangat baik untuk digunakan oleh kebanyakan jenis kulit terutamanya yang mengalami jenis kulit kering dan keadaan kulit yang mengalami dehydration dengan harga yang berpatutan.

Perkara yang glowwe tidak suka mengenai produk

Bekas: Dengan kelikatan tekstur produk ini, glowwe lebih suka sekiranya ia ada di dalam bekas yang menggunakan pam. Lebih mudah untuk digunakan dan dipakai pada wajah.

Kesesuaian dengan kulit: Untuk kulit yang sangat berminyak dan tidak mengalami dehydration, ternyata produk ini sememangnya bukan untuk anda. Adalah lebih baik beralih kepada produk Hyaluronic Acid yang lain.

Kesimpulan dan penilaian

  • ⭐⭐⭐⭐ 4/5
  • Produk dengan kombinasi bahan Niacinamide dan Hyaluronic Acid yang bagus, besar dan mampu milik.
  • Sesuai dengan jenis kulit yang kering, normal dan juga berminyak terutama yang mempunyai keadaan kulit yang dehydration.
  • Tekstur yang likat sedikit dan jernih tetapi dapat menyerap dengan mudah dan selesa, menjadikan kulit lembap berpanjangan.
  • Sesuai buat individu yang berada dalam keadaan kerja yang sejuk serta berhawa dingin.

 

 

 

 

14 Comments

  • Brandon
    April 27, 2022 at 9:27 am

    Kenapa Aiken serum ada tumbuh jerawat

    Reply
  • Sofea
    October 1, 2022 at 3:13 am

    Saya berumur 15 tahun, kulit tk berminyak dn tak kering tapi ada bekas jerawat yg banyak dan kadangkala mempunyai jerawat. Saya mempunyai masalah skin barrier, boleh kah saya pakai essence ini?

    Reply
    • glowwe
      October 3, 2022 at 7:20 am

      Ya, essence ini sesuai dipakai. Namun, kami nasihatkan cik puan untuk lakukan patch test terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada essence ini sesuai atau tidak dengan kulit cik puan. Bagi masalah skin barrier, kami sarankan cik puan fokus dan kukuhkan dahulu rutin asas penjagaan kulit. Cik puan boleh tonton video ini untuk mengetahui secara lebih lanjut.

      Reply
  • Hana
    October 26, 2022 at 7:20 am

    kulit saya mempunyai jeragat di bahagian pipi dan dibawah hidung. berminyak di zone T juga mempunya pori2 terbuka. adakah saya sesuai menggunakan produk ini.. Terima kasih.

    Reply
    • glowwe
      October 28, 2022 at 5:07 am

      Kalau cikpuan mengalami masalah hydration dan acne, boleh cuba essens ini. Pemilihan essens adalah mengikut masalah yang kita ingin atasi.

      Reply
  • anis
    January 18, 2023 at 7:49 am

    umur 12 ngan 13 dah boleh pakai ke?

    Reply
    • glowwe
      January 18, 2023 at 10:08 am

      Boleh cikpuan. Tapi pastikan cikpuan dah konsisten memakai produk penjagaan kulit asas (Cleanser, Moisturiser, Sunscreen).

      Reply
      • hudda
        January 21, 2023 at 11:56 pm

        Kulit saya berjerawat dan berminyak. Bolehkah saya gunakan moisturiser aiken prebiotik hydra plus untuk kukuhkan skin barrier?

        Reply
        • glowwe
          January 25, 2023 at 2:11 am

          Untuk kukuhkan skin barrier, pakai basic produk sahaja dahulu (cleanser, moisturizer, sunscreen), Setelah ok, baru tambah dengan essence.

          Reply
  • Balqis
    January 24, 2023 at 4:17 pm

    Saya nk tnya essence ni toner ataupun serum ye , saya agak keliru dan sesuai pki waktu pagi atau malam.

    Reply
    • glowwe
      January 25, 2023 at 2:15 am

      Essence ini adalah pertengahan daripada toner dan serum, sebab ia bersifat hydrating (sifat toner) dan dalam masa yang sama ada bahan aktiv untuk memulihkan masalah kulti. Boleh tonton video ini untuk lebih tahu detail. https://www.youtube.com/watch?v=dIjRyA02OWM

      Reply
  • CHE NORMA
    July 9, 2023 at 12:24 pm

    Umur sya 14 tahun tapi saya ada tiny bumps atas dahi and kulit berminyak…. Jadi sesuai tak saya guna essence hydra plus ni? Sbb buat masa ni saya pakai cleanser, serum, moisturizer and sunscreen.

    Reply
  • Damia Erisya
    December 13, 2023 at 12:12 pm

    Muka saya di pipi rasa lembab manakala dahi macam kering dan tiny bump kecik2 , rasa berminyak dan kering banyak whitehit jadinya muka saya sesuai atau tidak? Ataupun mix dengan aiken oren?

    Reply

Leave a Reply to glowwe Cancel Reply