Menu
Acne / SKIN PROBLEM

Tip dan Cara Hapuskan Tiny Bumps Pada Dahi

Jerawat halus atau jerawat pasir yang tumbuh di sekitar wajah adalah sesuatu yang tidak menarik untuk dilihat. Apabila anda ada tiny bumps pada dahi, ia akan jelas kelihatan dan tidak dapat disembunyikan. Tiny bumps ini juga boleh menyebabkan seseorang itu kurang keyakinan diri.

Kali ini glowwe akan kongsikan beberapa tip yang boleh anda lakukan untuk hapuskan tiny bumps pada dahi.

 

Tip hapuskan tiny bumps pada dahi

Apabila menyebut tiny bumps, ia belum tentu merujuk kepada jerawat. Hal ini kerana perkataana tiny bumps itu adalah kata nama umum yang bermaksud biji-biji atau benjolan halus yang kecil.

Selain jerawat, boleh jadi juga ia adalah Milia, Rosacea, Contact Dermatitis atau Folliculitis.

Amat penting untuk anda kenal pasti jenis tiny bumps yang ada di dahi terlebih dahulu kerana teknik rawatan adalah berbeza bergantung kepada jenisnya.

Artikel kali akan fokuskan kepada tiny bumps jenis jerawat atau comedone.

Kenapa tiny bumps tersebut tumbuh di dahi? Nama tiny bumps tersebut secara saintifiknya adalah comedone yang terbentuk apabila lebihan minyak dan sel kulit mati menyumbat liang pori-pori. Sumbatan tersebut menjadi padat, banyak dan membonjol keluar serta membentuk benjolan kecil yang dipanggil tiny bumps.

Tiny bumps selalunya dilitupi oleh lapisan sel kulit yang menyebabkan permukaan benjolan tersebut berwarna seakan warna kulit. Dalam bahasa biasa, tiny bumps ini dipanggil sebagai whiteheads. Dalam bahasa sains yang lebih spesifik ia dipanggil close comedones.

Perkara yang anda perlu perhatikan tentang close comedones adalah lokasi atau tempat di mana ia sering terjadi kerana ia mungkin ada kaitan antara punca atau penyebab. Jika close comedones itu muncul di kawasan muka selain dahi, kebiasaannya ia mempunyai kaitan dengan produk penjagaan kulit yang bersifat occlusive. Contohnya seperti pelembap yang berat, melekit, tidak rata atau tidak menyerap dengan baik pada kulit.

Sekiranya close comedones itu muncul di kawasan dahi atau sekitar hairline anda, kemungkinan besar produk rambut yang ada bahan mengiritasikan kulit ataupun produk berasaskan minyak yang dipakai pada rambut. Keadaan kulit atau rambut berminyak juga boleh menyebabkan terjadinya tiny bumps di sekitar bahagian hairline.

 

Apakah Langkah Skincare Untuk Kurangkan Tiny Bumps?

  1. Lakukan Double Cleansing
  • Double cleansing ini boleh mengurangkan tiny bumps dengan cara membuang kekotoran, minyak dan solekan secara menyeluruh daripada kulit.
  • Langkah pertama double cleansing melibatkan penggunaan pembersih muka berasaskan minyak (oil cleanser) yang berfungsi untuk melarutkan solekan atau minyak berlebihan.
  • Langkah kedua pula adalah melibatkan penggunaan pembersih muka berasaskan air (foam cleanser) yang berfungsi untuk membuang saki baki kekotoran dan memastikan kulit dibersihkan dengan betul.
  • Proses mencuci muka yang melibatkan dua langkah ini boleh membantu mengurangkan pengumpulan minyak, membersihkan kekotoran pada kulit dan boleh kurang atau hilangkan tiny bumps tersebut.
  1. Exfoliate Secara Mingguan
  • Chemical exfoliation boleh bertindak dengan cara memecahkan ikatan antara sel kulit mati, minyak dan semua kotoran lain yang boleh menyumbat liang pori-pori.
  • Selepas melakukan chemical exfoliation, segala kekotoran, sel kulit mati dan minyak lebih mudah untuk dibilas dan dibersihkan.
  • Jadi pori-pori akan lebih bersih dan tiny bumps dapat dipulih atau dicegah daripada berlaku.
  • Untuk melakukan chemical exfoliation, bahan yang perlu digunakan ialah Salicylic Acid yang berada dalam kategori BHA (Beta Hydroxy Acid).
  • Salicylic Acid ini berbeza dengan asid yang lain kerana ia bersifat larut minyak. Jadi bahan ini lebih mudah memasuki liang pori-pori yang dipenuhi dengan minyak.
  • Bahan exfoliation yang lain juga boleh digunakan seperti Glycolic Acid, Lactic Acid.
  • Sebaiknya bahan-bahan tersebut dipilih dalam bentuk toner.
  • Guna exfoliating toner 2 atau 3 kali seminggu sahaja untuk elak kulit muka menjadi kering dan alami over-exfoliation.
  1. Guna Produk Dengan Tekstur Yang Ringan
  • Tekstur produk sebenarnya bergantung pada bahan-bahan yang terdapat di dalamnya.
  • Jika produk tersebut mengandungi bahan bersifat water-based yang tinggi, tekstur produk akan menjadi cair, ringan dan kurang berminyak.
  • Jika produk tertentu itu mengandungi bahan yang bersifat oil based yang tinggi, tekstur produk akan jadi pekat likat dan lebih berminyak.
  • Produk yang disapu pada kulit terutamanya pelembap, wujud dalam tekstur gel, losen atau krim.
  • Tekstur gel dan losen adalah lebih ringan.
  • Untuk kulit yang mahu elakkan tiny bumps, tekstur losen dan gel lebih sesuai digunakan terutamanya bagi anda yang mempunyai kulit jenis berminyak dan kombinasi.
  • Tekstur krim bukanlah tidak bagus, cuma ia lebih sesuai digunakan bagi anda yang mempunyai kulit jenis kering.
  1. Pakai Sunscreen (Pelindung Suria)
  • Sunscreen amat penting digunakan untuk individu yang mudah berjerawat. Hal ini kerana sunscreen akan melindungi kulit anda daripada selaran sinar UV yang berlebihan dan boleh menyebabkan kulit menjadi rosak.
  • Jika sunscreen yang anda pakai menyebabkan kulit berjerawat, ia disebabkan oleh teksturnya yang berat untuk kulit dan sunscreen tersebut mempunyai bahan yang tidak sesuai dengan kulit anda.
  • Sekiranya berlaku keadaan ini, anda perlu menukar sunscreen yang lebih baik dan sesuai dengan jenis kulit.

 

Sebagai kesimpulan, 4 langkah yang dinyatakan di atas adalah tip yang boleh anda lakukan untuk mengurang dan menghapuskan tiny bumps di dahi. Walau bagaimanapun, untuk hilangkan tiny bumps tersebut, anda perlulah konsisten lakukan rutin penjagaan kulit wajah supaya dapat mencapai hasil yang diinginkan. Sekiranya anda ada sebarang pertayaan, boleh kongsikannya pada ruangan komen di bawah.

 

 

7 Comments

  • SITI NURFARAHIN BINTI MUHAMAD
    July 5, 2023 at 9:57 am

    Assalamualaikum,saya nak tanya..saya ada masalah kulit kombinasi, berminyak dan berjerawat..pakai sunscreen yang mana sesuai..

    Reply
  • Masliza bte Md.isa
    September 13, 2023 at 2:36 am

    assalamualaikum….anak saya berumur 14tahun.jantina perempuan..baru2 ini muka anak saya ditumbuhi dengan benjolan2 halus2 kemerahan dikawasan dahi dan kawasan sebelah hidung.apakah produk yang sesuai utk merawat masalah ini?harap dapat membantu saya.tkasih

    Reply
  • nurul natasya
    December 21, 2023 at 6:48 am

    saya nak tanya , normal ke kalau kulit kering ada tiny bumps . sebab saya confuse, saya rasa kulit saya kering tapi banyak tiny bumps dekat dahi dan pipi

    Reply
  • Anna
    February 14, 2024 at 3:25 am

    Hi. Saya nak tanya, AHA, BHA, Salicylic Acid, Glycolic Acid, Lactic Acid ni semua sesuai ke utk ttc?

    Reply

Leave a Reply