Menu
Facial Sunscreen / True To Skin

Cara Pilih Sunscreen untuk Kulit Sensitif | True to Skin Sun Friends Soothing Sunscreen Gel

Kepentingan pemakaian sunscreen tidak boleh diabaikan oleh sesiapa pun, baik lelaki mahupun perempuan. Penggunaannya penting untuk melindungi kulit daripada kesan berbahaya sinar matahari. Meskipun sinar matahari memiliki manfaat kesihatan, seperti membantu tubuh dalam penghasilan vitamin D, namun pendedahan yang berlebihan boleh merosakkan kulit. Justeru itu, penggunaan sunscreen adalah langkah yang penting dalam menjaga kesihatan kulit, terutama ketika terdedah kepada sinaran matahari secara langsung.

Penggunaan sunscreen secara teratur mampu membantu menjaga kelembapan kulit, mengelakkan masalah pigmentasi dan tompok gelap, menganjalkan kulit, mengurangkan tanda-tanda awal penuaan, mencegah kulit kering, iritasi, serta selaran matahari. Selain itu, pemakaian sunscreen secara konsisten juga dapat mengurangkan risiko terkena kanser kulit. Dengan menggunakan sunscreen setiap hari, kulit anda akan tetap sihat dan kelihatan muda.

Bagi individu yang mempunyai kulit jenis sensitif, sebenarnya tidak mudah untuk memilih sunscreen yang sesuai. Kulit sensitif sebenarnya merujuk kepada keadaan kulit yang mudah alami iritasi, meradang, kegatalan, pedih dan kemerahan. Jika anda mengalami keadaan seperti ini, penting untuk mencari sunscreen yang melindungi dengan baik, pada masa yang sama lembut pada kulit.

Oleh itu, Glowwe ingin sarankan kepada anda untu mencuba Sun Friends Soothing Sunscreen Gel daripada True to Skin ini.

Manfaat True to Skin Sun Friends Soothing Sunscreen Gel

Terdapat pelbagai manfaat yang terdapat dalam sunscreen ini. Glowwe suka sunscreen ini kerana ia:

  • Mengandungi 4 jenis UV Filter serta SPF 50 PA++++ mampu melindungi kulit dengan baik daripada sinar matahari.
  • Boleh melembapkan, melegakan kulit dan mengurangkan iritasi.
  • Tekstur yang ringan, mudah meresap pada kulit dan bersifat non comedogenic.
  • Tidak meninggalkan rasa melekit dan kesan whitecast selepas digunakan.
  • Formulanya lembut pada kulit, sesuai untuk kulit sensitif dan berjerawat.
  • Packaging yang hygienic.

 

True to Skin Sun Friends Soothing Sunscreen Gel ini selamat digunakan kerana ia:

  • Bebas Alkohol
  • Bebas Pewangi
  • Bebas Benzene

 

Bahan utama True to Skin Sun Friends Soothing Sunscreen Gel

Sunscreen ini menggunakan 4 jenis UV Filter dan 4 bahan berasaskan tumbuhan. Centella Asiatica, Camellia Extract dan Chlorphenesin (Matcha) sebagai bahan tambahannya yang bersifat antioksidan, boleh melegakan kulit, beri kesan antiradang dan mengurangkan iritasi. Selain itu, ada juga Betaine yang mampu memberi kesan kelembapan pada kulit.

4 jenis UV Filter yang terdapat dalam sunscreen ini adalah seperti berikut:

  1. Butyl Methoxydibenzoylmethane
  2. Ethylhexyl Methoxycinnamate
  3. Phenylbenzimidazole Sulfonic Acid
  4. Octocrylene

4 bahan berasaskan tumbuhan:

  1. Betaine
  2. Centella Asiatica Extract
  3. Camellia Sinensis Leaf extract
  4. Chlorphenesin

 

Tekstur True to Skin Sun Friends Soothing Sunscreen Gel

Tekstur sunsceen ini adalah gel cream, ringan dan bersifat non comedogenic. Ia tidak meninggalkan rasa melekit dan kesan whitecast selepas digunakan.

Kadar perlindungan yang tinggi iaitu SPF50, PA+++, sesuai untuk kegunaan harian di siang hari.

Sunscreen ini didatangkan dalam packaging soft tube bermuncung tirus, sangat hygienic dengan kandungan di dalamnya sebanyak 30ml.

 

 

Cara Guna True to Skin Sun Friends Soothing Sunscreen Gel

  1. Perlu picit sahaja tiubnya ke jari.
  2. Amat digalakkan untuk pakai dalam kuantiti 2 jari.
  3. Oleskan ke wajah sehingga ia meresap sepenuhnya pada kulit.
  4. Boleh dipakai selepas pelembap.
  5. Dinasihatkan untuk diulang pakai setiap 2 ke 3 jam.

 

True to Skin Sun Friends Soothing Sunscreen Gel sesuai digunakan oleh kulit sensitif dan berjerawat. True to Skin Sun Friends Soothing Sunscreen Gel, menenangkan, melembapkan dan melindungi kulit daripada sinar matahari. Dapatkan di sini -> True to Skin Sun Friends Soothing Sunscreen Gel