
Cosmoderm Suncare Internal Launch & Content Strategy for Affiliates 2026: Sunscreen Baharu untuk Kulit Sihat Berseri
Pernahkah anda berasa kulit cepat kusam, kering atau berminyak walaupun sudah memakai produk penjagaan kulit yang lengkap? Ramai sebenarnya masih memandang ringan kepentingan sunscreen dalam rutin harian. Hakikatnya, pendedahan kepada sinar UV bukan sahaja mempercepatkan tanda penuaan, malah boleh melemahkan skin barrier dan menyebabkan pigmentasi.
Menyedari keperluan ini, Cosmoderm telah memperkenalkan rangkaian Cosmoderm SunCare dalam acara Cosmoderm Suncare Internal Launch & Content Strategy for Affiliates yang berlangsung di Ibu Pejabat Cosmoderm pada 25 Julai 2026.
Agenda Acara
Acara bermula dengan sesi pendaftaran, diikuti Introduction & Product Brief yang memperkenalkan visi baharu Cosmoderm dalam menawarkan perlindungan matahari yang lebih inovatif. Sesi diteruskan dengan pembentangan mengenai kepentingan penggunaan sunscreen serta strategi kandungan untuk para affiliate, yang dibawakan oleh Puan Mary.
Sebelum peserta mendalami kisah di sebalik jenama dan mengenali dengan lebih mendalam tentang Cosmoderm, peserta telah diajar cara menghasilkan konten dengan strategi yang boleh membuahkan hasil. Kemuncak acara ialah demonstrasi produk dan sesi penebusan produk, membolehkan peserta merasai sendiri tekstur dan kelebihan rangkaian SunCare yang baharu.


Perkongsian Strategi Konten Yang Berkesan Oleh Puan Mary
Salah satu sesi yang paling mendapat perhatian ialah perkongsian oleh Puan Mary, yang menekankan bahawa kandungan berkualiti bermula dengan pemahaman yang betul tentang kepentingan perlindungan matahari. Beliau menjelaskan bahawa kerosakan akibat sinar UV sering berlaku tanpa disedari. Walaupun kulit mungkin kelihatan normal pada awalnya, pendedahan UV yang berulang boleh menyebabkan tona kulit tidak sekata, bintik hitam, kehilangan keanjalan serta tanda-tanda penuaan pramatang. Justeru, penggunaan sunscreen setiap hari bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan dalam rutin penjagaan kulit.
Puan Mary turut menerangkan keunikan rangkaian Cosmoderm SunCare yang membezakannya daripada produk lain di pasaran. Menurut beliau, formulasi ini menggunakan 5X Shielding System yang memberikan perlindungan menyeluruh melalui penapis UVA dan UVB, di samping menawarkan perlindungan tambahan untuk gaya hidup di bandar dengan mengambil kira pendedahan kepada cahaya biru (blue light), sinaran inframerah (infrared) dan partikel pencemaran PM2.5. Teknologi photostable filters pula membantu memastikan perlindungan kekal stabil walaupun terdedah kepada cahaya matahari, manakala tekstur yang ringan, tidak berminyak dan tanpa white cast menjadikannya lebih selesa digunakan dalam cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia. Formulanya juga tidak mudah bercapuk jika digabung bersama solekan sekali gus menggalakkan penggunaan sunscreen secara konsisten setiap hari.
Selain berkongsi ilmu mengenai produk, Puan Mary turut memberi panduan kepada para affiliate tentang cara menghasilkan kandungan yang bukan sahaja menarik perhatian, malah mampu membina kepercayaan pengguna. Beliau menekankan bahawa setiap content creator perlu memahami masalah (pain point) pelanggan terlebih dahulu sebelum menghasilkan kandungan yang relevan dan bermanfaat.

Aktiviti Menarik Sepanjang Acara
Bagi menjadikan sesi pelancaran lebih interaktif, Cosmoderm turut menyediakan tiga stesen pengalaman (experience stations) yang membolehkan para peserta bukan sahaja mengenali rangkaian SunCare dengan lebih dekat, malah merasai sendiri kelebihan produk yang diperkenalkan.
Station 1: Product Demo
Ini menjadi antara tarikan utama acara. Di stesen ini, peserta dapat menyaksikan demonstrasi secara langsung yang membandingkan Cosmoderm SunCare dengan sunscreen daripada jenama lain. Melalui ujian tekstur dan aplikasi pada kulit, peserta dapat melihat sendiri bagaimana formulasi Cosmoderm meresap dengan pantas tanpa meninggalkan rasa melekit atau berminyak.

Station 2: Product Redemption
Setiap peserta berpeluang menebus produk Cosmoderm, khususnya rangkaian SunCare yang baharu dilancarkan. Sesi ini memberi peluang kepada para affiliate untuk mencuba sendiri produk tersebut sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka. Pengalaman menggunakan produk secara langsung bukan sahaja membantu mereka memahami tekstur, kemasan dan manfaat setiap varian, malah membolehkan mereka berkongsi ulasan yang lebih autentik kepada audiens masing-masing.

Station 3: Product Display
Tidak kurang menariknya, station ini menyediakan sebuah ruang khas yang direka untuk penghasilan kandungan digital. Pelbagai rangkaian produk Cosmoderm dipamerkan dengan susunan yang menarik, memberikan peluang kepada peserta untuk mengambil gambar, merakam video atau menghasilkan kandungan media sosial yang kreatif. Ruang ini mencerminkan komitmen Cosmoderm dalam menyokong komuniti affiliate menghasilkan kandungan berkualiti tinggi yang bukan sahaja menarik perhatian, tetapi juga memberi informasi yang berguna kepada pengguna.

Ketiga-tiga stesen ini melengkapkan pengalaman pelancaran dengan pendekatan yang lebih praktikal dan interaktif. Daripada memahami sains di sebalik perlindungan matahari, mencuba sendiri formulasi produk hinggalah menghasilkan kandungan yang kreatif, setiap aktiviti direka untuk memastikan para peserta pulang dengan pengetahuan, pengalaman dan keyakinan yang lebih tinggi dalam memperkenalkan rangkaian Cosmoderm SunCare kepada pengguna.
Rangkaian Sunscreen Baharu Cosmoderm. Apa Kelebihannya?

Apa yang membezakan rangkaian ini ialah penggunaan 5X Filter Shielding System bersama Ultra-Resistant Barrier, yang membantu memberikan perlindungan spektrum luas daripada sinaran UVA dan UVB sambil mengekalkan keselesaan sepanjang hari. Tidak seperti sunscreen tradisional yang terasa berat atau meninggalkan white cast, setiap varian Cosmoderm SunCare direka dengan tekstur serum yang ringan, cepat meresap dan sesuai untuk gaya hidup aktif. Paling penting, harganya juga tidak mengoyakkan poket anda.
Menariknya, bungkusan yang direka mempunyai UV Test Indicator di mana ia berfungsi sebagai peringatan visual kepada pengguna tentang tahap pendedahan sinar UV di persekitaran. Apabila indikator pada pembungkusan terdedah kepada cahaya matahari atau sinaran UV, warnanya akan bertukar daripada cerah kepada ungu. Semakin pekat warna ungu yang terhasil, semakin tinggi tahap sinaran UV ketika itu. Ini menjadi isyarat mudah bahawa kulit memerlukan perlindungan dengan segera melalui pemakaian sunscreen.
Cosmoderm telah mengeluarkan 3 jenis sunscreen dengan fungsi berbeza.
Cosmoderm HydraShield SunCare Cream Serum SPF50+ PA++++
Bagi mereka yang mengutamakan hidrasi, Cosmoderm HydraShield SunCare Cream Serum SPF50+ PA++++ diperkaya dengan Hyaluronic Acid, Panthenol dan Ceramide untuk membantu menghidrat, menguatkan skin barrier serta memberikan sensasi penyejukan segera dengan kemasan dewy yang sihat.
Cosmoderm MultiShield SunCare Light Daily Cream Serum SPF35+ PA+++
Jika anda mahukan sunscreen harian yang ringan, Cosmoderm MultiShield SunCare Light Daily Cream Serum SPF35+ PA+++ menggabungkan Vitamin C, Vitamin E dan Vitamin B5 untuk membantu melindungi kulit daripada radikal bebas, mengunci kelembapan serta memberikan keselesaan tanpa rasa berminyak sepanjang hari.
Cosmoderm MatteShield SunCare Cream Serum SPF50+ PA++++
Bagi pemilik kulit berminyak atau mudah berjerawat, Cosmoderm MatteShield SunCare Cream Serum SPF50+ PA++++ menawarkan kemasan matte yang lembut dengan gabungan Niacinamide, CICA dan Allantoin. Formulanya membantu mengawal minyak berlebihan, menenangkan kemerahan dan menjadikan kulit kekal segar tanpa kilauan
FAQ

1. Apakah perbezaan antara Cosmoderm HydraShield, MultiShield dan MatteShield SunCare?
Ketiga-tiga sunscreen ini direka untuk keperluan kulit yang berbeza.
- HydraShield SunCare SPF50+ PA++++ sesuai untuk kulit normal hingga kering kerana memberikan hidrasi mendalam dan kemasan dewy.
- MultiShield SunCare SPF35+ PA+++ pula merupakan pilihan harian yang ringan, tidak berminyak dan sesuai untuk semua jenis kulit.
- MatteShield SunCare SPF50+ PA++++ diformulasikan khas untuk kulit berminyak dan mudah berjerawat dengan kemasan matte yang membantu mengawal minyak sepanjang hari.
2. Adakah semua sunscreen Cosmoderm meninggalkan white cast pada kulit?
Tidak. Semua rangkaian baharu Cosmoderm SunCare diformulasikan dengan tekstur serum yang cepat menyerap dan tidak meninggalkan white cast, menjadikannya sesuai untuk semua tona kulit. Formulanya juga ringan dan serasi dipakai sebelum solekan.
3. Apakah kelebihan 5X Filter Shielding System yang terdapat dalam rangkaian Cosmoderm SunCare?
5X Filter Shielding System membantu memberikan perlindungan spektrum luas daripada sinaran UVA dan UVB, di samping menyokong perlindungan daripada faktor persekitaran seperti cahaya biru (blue light), sinaran inframerah (infrared) dan pencemaran PM2.5. Teknologi ini turut menggunakan penapis yang stabil di bawah cahaya matahari untuk perlindungan yang lebih konsisten sepanjang hari.
Penutup
Pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, malah memperkukuhkan komitmen Cosmoderm dalam mendidik pengguna serta komuniti affiliate tentang kepentingan perlindungan matahari yang betul. Dengan formulasi moden, bahan aktif yang terbukti berkesan dan pilihan yang memenuhi pelbagai jenis kulit, Cosmoderm SunCare menawarkan penyelesaian lengkap untuk keperluan harian rakyat Malaysia.
Sudah tiba masanya menjadikan sunscreen sebagai langkah wajib dalam rutin penjagaan kulit anda. Ketahui lebih lanjut mengenai rangkaian Cosmoderm SunCare, dapatkan produk yang paling sesuai dengan jenis kulit anda, dan rasai sendiri perlindungan, keselesaan serta keyakinan untuk menikmati setiap hari di bawah sinaran matahari. Dapatkan sekarang rangkaian sunscreen cosmoderm di sini!



