
Panduan Kulit Kering: Rutin Siang & Malam Yang Tepat
Rutin kulit kering yang betul memerlukan pendekatan berbeza siang dan malam. Siang untuk melindungi kulit malam pula fokus untuk pulihkan semula kulit. Bahan utama yang disyorkan ialah Hyaluronic Acid, Ceramide dan Glycerin.
Kulit kering adalah satu cabaran yang dihadapi oleh ramai individu, terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. Memilih rutin penjagaan kulit yang sesuai sangat penting untuk memastikan kulit kekal lembap, anjal, dan berseri. Namun, adakah anda tahu bahawa rutin siang dan malam harus berbeza?
Artikel ini akan jelaskan sebab rutin siang dan malam perlu berbeza, tanda-tanda anda mempunyai kulit kering, langkah menjaga kulit kering untuk rutin siang dan malam serta apa yang perlu dilakukan dan dielakkan untik kulit kering.
Kenapa Rutin Siang dan Malam Perlu Berbeza?
Pada waktu siang, kulit terdedah kepada pelbagai faktor luaran seperti:
- Sinar UV
- Pencemaran
- Haba
- Radikal bebas
Oleh itu, tujuan utama rutin siang adalah melindungi kulit daripada kerosakan, menyekat kehilangan kelembapan, dan mengelakkan masalah seperti kekusaman, sensitiviti, dan penuaan pramatang.
Sedangkan pada waktu malam, kulit masuk ke dalam fasa pemulihan. Di sinilah kulit berusaha memperbaiki kerosakan yang berlaku sepanjang hari dengan menghasilkan sel kulit baharu. Waktu malam juga adalah waktu yang ideal untuk menggunakan serum atau bahan aktif yang khusus untuk membantu merawat masalah kulit.
Apakah Tanda-tanda Kulit Kering?
Sebelum memilih produk dan rutin yang sesuai, penting untuk mengenali tanda-tanda kulit kering. Jika anda mengalami:
- Kulit terasa tegang selepas mencuci muka
- Kulit kelihatan kusam
- Mudah mengelupas
- Kulit mudah rasa pedih atau merengsa apabila menggunakan produk yang tidak sesuai
Bagaimana Cara Untuk Memilih Produk Yang Sesuai Dengan Kulit Kering?
Langkah untuk memilih produk untuk kulit kering merangkumi pemilihan tekstur dan bahan yang sesuai dengan kulit yang cenderung kering.
1. Pencuci muka yang lembut
Gunakan pencuci muka yang lembut, bebas sabun dan kurang berbuih Pencuci yang mempunyai bahan yang ‘harsh’ boleh menghilangkan minyak semula jadi kulit, buat kulit semakin kering dan merosakkan skin barrier.
Contoh produk: Hada Labo Moisturizing Face Wash
2. Toner atau Essence
Selepas mencuci muka, sapu hydrating toner atau essence untuk menarik dan mengunci kelembapan dalam kulit. Ini membantu produk lain diserap dengan lebih baik supaya kulit lebih bersedia untuk langkah seterusnya.
Contoh produk: TORRIDEN DIVE-IN Hyaluronic Acid Toner
3. Hydrating Serum
Pilih serum yang kaya dengan bahan menghidrasi seperti:
- Hyaluronic Acid
- Panthenol
- Ceramides
Serum ini membantu menarik dan mengunci kelembapan pada kulit.
Contoh produk: The Ordinary Hyaluronic Acid 2% + B5 Hyaluronic Acid Moisturizer Serum
4. Pelembap
Pilih pelembap dengan tekstur krim yang kaya dengan bahan emolien dan oklusif. Sapukan pada kulit yang masih lembab selepas mencuci atau menggunakan toner.
Contoh produk: Minimalist Marula Oil Moisturizer.
Boleh juga tambah krim malam untuk tambah kelembapan kulit.
Contoh produk: Charms Advanced Night Spa
5. Sunscreen
Pilih sunscreen dengan dengan minimum SPF 30 atau SPF 50 untuk melindungi kulit dari sinar UV. PIlih sunscreen dengan tekstur losen atau krim yang kaya dengan bahan melembap.
Contoh produk: THE ORIGINOTE Ceramella Sunscreen SPF 50 PA ++++
Bagaimana Susunan Untuk Rutin Siang dan Malam Yang Betul Bagi Kulit Kering?

Rutin Siang:
Untuk waktu siang, anda boleh mulakan dengan:
- Pencuci muka yang lembut dan tidak buat kulit rasa tegang selepas cuci
- Toner atau serum hidrasi yang ada bahan seperti Ceramide, Panthenol, dan Hyaluronic Acid
- Pelembap
Pada waktu siang, sentiasa akhiri rutin anda dengan pelindung matahari (sunscreen) yang ada SPF 30 atau lebih tinggi, dan perlu juga ada PA+++ atau lebih.

Rutin Malam:
Pada waktu malam pula, fokus utama ialah membantu kulit pulih dan mengunci kelembapan dengan lebih baik, mulakan dengan:
- Jika anda pakai mekap, gunakan oil cleanser/balm terlebih dahulu untuk tanggalkan kotoran mekap dan sisa sunscreen.
- Guna pencuci muka lembut, boleh gunakan pencuci muka yang sama
- Serum hidrasi atau serum berdasarkan masalah kulit
- Pelembap
Anda juga boleh tambahkan krim malam atau sleeping mask pada rutin sebelah malam untuk beri kelembapan intensif dan pembaikan kulit sepanjang malam.
Apakah Bahan Yang Sesuai Untuk Kulit Kering?
Memilih bahan yang tepat adalah sangat penting. Antara bahan yang disyorkan untuk kulit kering termasuklah:
- Hyaluronic Acid – Membantu mengekalkan kelembapan.
- Ceramides – Memperbaiki lapisan pelindung kulit dan mengunci kelembapan.
- Glycerin – Penarik air yang baik.
- Shea Butter dan Squalane – Emolien semulajadi yang memberikan kelembapan dan melicinkan permukaan kulit.
Apakah Perkara Yang Perlu Dielakkan Untuk Kulit Kering?
Individu dengan kulit yang cenderung kering perlu elakkan:
- Pencuci muka yang boleh mengeringkan kulit (seperti yang mengandungi salicylic acid dan benzoyl peroxide).
- Produk yang mengandungi pewangi dan alkohol yang berisiko menyebabkan sensitiviti.
- Menggunakan scrub kasar yang boleh mencederakan kulit kering.
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah tanda-tanda kulit kering?
Kulit terasa tegang selepas cuci muka, kelihatan kusam, mudah mengelupas, dan mudah rasa pedih apabila menggunakan produk tertentu.
Kenapa rutin siang dan malam perlu berbeza?
Siang fokus melindungi kulit daripada UV dan pencemaran, manakala malam lebih fokus untuk memulihkan dan mengunci kelembapan semasa kulit dalam fasa pembaikan.
Apakah bahan terbaik untuk kulit kering?
Hyaluronic Acid, Ceramides, Glycerin, Shea Butter dan Squalane adalah antara bahan paling disyorkan untuk hidrasi dan pembaikan skin barrier.
Bolehkah kulit kering guna sunscreen setiap hari?
Ya, malah wajib. Pilih sunscreen SPF 30 atau lebih dengan tekstur losen atau krim yang melembapkan, bukan formula matte yang boleh menarik lagi kelembapan.
Apakah bahan yang perlu dielakkan oleh kulit kering?
Elakkan pencuci muka mengandungi Salicylic Acid atau Benzoyl Peroxide, produk dengan pewangi atau alkohol dan scrub kasar yang boleh mencederakan skin barrier.
Kesimpulan
Untuk memastikan kulit kekal lembap dan sihat, individu dengan kulit cenderung kering harus fokus kepada hidrasi, seimbangkan minyak dan air, serta memulihkan skin barrier.



