Menu
Combination / Dry / Normal / Oily / SKIN TYPE

Kenal Pasti Jenis Kulit Dengan Blotting Paper

Hai glowwegirls dan glowweguys!

Ramai individu yang ingin mencari produk yang sesuai dengan jenis kulit muka tetapi tidak tahu jenis kulit muka mereka 😅. Mengetahui jenis kulit muka adalah penting untuk menentukan produk yang sesuai dipakai oleh kulit.

Adakah anda tahu apakah jenis kulit muka anda? Bagaimana cara untuk mengetahui sama ada jenis kulit muka adalah normal, kering, berminyak ataupun jenis kulit kombinasi?

Haaa… sekiranya masih tidak tahu atau masih tertanya-tanya cara untuk mengetahui jenis-jenis kulit muka, anda WAJIB tonton video ini sekarang!

Semoga bermanfaat!

44 Comments

  • Mohamad Aidil faris bin abdul malek
    September 23, 2021 at 12:04 pm

    Hi nama saya aidil saya nak tanya kenapa muka saya dah mula naik jerawat terlalu banyak bila saya mula guna produk. Sebelum ni saya cuma guna pencuci muka biasa takda toner, moisturiser dengan sunscreen. Tapi bila saya guna, jerawat naik banyak sangat sampai saya pon dah tak tahu nak buat apa. Apa patut saya buat ? Terima kasih

    Reply
    • glowwe
      October 5, 2021 at 5:18 am

      Berkemungkinan produk yang tuan pakai tidak sesuai dengan kulit. Boleh cuba dan cari produk lain yang lebih gentle dan sesuai dengan kulit.

      Reply
  • JONG KHIN CHEW
    October 17, 2021 at 1:22 pm

    Hai,saya jong nak tanya kalau berminyak sedikit di bahagian muka memang oily skin? Dan saya lihat di bawah pipi macam tak de minyak.

    Reply
    • glowwe
      October 18, 2021 at 10:08 am

      Hai, mungkin kulit tuan adalah kombinasi. Tapi, cuba lakukan test ini beberapa kali untuk kepastian.

      Reply
  • Nur Alynn
    October 24, 2021 at 7:20 am

    Hi , apa yang boleh saya buat kalau bahagian tepi hidung ni asyik mengelupas ? saya punya jenis kulit kombinasi .. tapi bahagian hidung paling teruk tepi2 mengelupas blackhead tak hilang2 walaupun dah pakai scrub 🙁

    Reply
    • glowwe
      November 2, 2021 at 7:08 am

      Boleh cuba amalkan letak Vaseline atau Aquaphor Healing Ointment pada kawasan tepi hidung tersebut.

      Untuk blackhead, boleh tukar penggunaan skrub kepada chemical exfoliator seperti BHA (salicylic acid) 2-3 kali seminggu.

      Diingatkan untuk tidak gunakan physical exfoliator seperti skrub dan chemical exfoliator dalam rutin yang sama.

      Reply
  • Amyra Rose
    November 3, 2021 at 2:35 am

    Assalammualaikum and Hi Glowwe , sy nak tanya tadi sy dh cuba buat test yang Pn Mary suggest kan i choose yang the last one pakai tisu to test on my skin since i dont have any blotting paper . I think my skin type is more dryness tapi betul ke ? sebb i takde pun mengelupas kat mana mana part of my skin just abit tight , bahagian tzone pun tak oily . Bangun pagi before cuci muka je ada oily at tzone area after that xde. And last i nak tanya utk kepastian, dry skin sesuai ke pakai gel texture or cream base?

    Reply
    • glowwe
      November 3, 2021 at 5:59 am

      Waalaikumsalam. Untuk kepastian, boleh buat ujian ini beberapa kali. Hasil keputusan yang sama bermakna itulah jenis kulit anda.

      Kebiasaannya tekstur gel tidak mencukupi untuk kulit kering. Lebih baik cari teksur krim atau losen yang ke arah kering.

      Reply
    • Iffah Syafiqah
      March 27, 2023 at 6:33 am

      Assalamualaikum,
      Nak tanya serum yang mengandungi aha atau bha salicylic acid boleh pakai setiap hari atau berkala? Adik saya kulit berminyak dan sensitif boleh ka pakai aha dan bha? Atau lebih sesuai pha.

      Reply
      • glowwe
        March 27, 2023 at 7:55 am

        Untuk bahan yang bersifat exfoliasi seperti AHA dan BHA perlu dipakai dalam rutin mingguan. Untuk kulit sensitif, perlu tahu dahulu adakah ia sensitif kepada aha dan bha atau sensitif kepada bahan yang lain.

        Reply
  • Nur Izzati
    November 23, 2021 at 12:46 pm

    Assalamualaikum and hi glowwe, saya nk tanya muka saya sedikit berminyak di bahagian hidung dan pipi dan juga mempunyai blackhead…ape produk yg patut saya gunakan?

    Reply
    • glowwe
      June 8, 2022 at 10:07 am

      Wa’alaikumussalam wbt and hi, boleh guna produk dengan bahan Salicylic acid.

      Reply
  • ain
    April 14, 2022 at 9:08 am

    Assalamualaikum…
    Saya nak tanya berkenaan jenis kulit selepas melakukan 3 cara yang Puan cadangkan…
    Utk tisu, kesemua part melekat di muka setelah saya repeat 2 kli…utk oil film pulak, yg paling jelas di atas hidung dan part lain tu ade kwsan tpi tidak sejelas di hidung. Saya jadi confius disebabkan saya dapati saya jenis combination skin setelah menjawab survey daripada pihak Puan. Mohon penjelasan untuk situasi saya ini.

    Reply
  • Nurul ain
    April 14, 2022 at 2:29 pm

    Assalamualaikum,
    Saya telah menggunakan 3 cara yang Puan cadangkan dalam YouTube. Pertamanya kaedah tisu, semuanya melekat di muka so mean it’s oily. Kedua oil film. Hanya part hidung kelihatan jelas while di bahagia lain juga ada tetapi kuantiti itu biasa saja Dan take sejelas di hidung. Ketiga survey, mengatakan saya combination type. So saya confius, mohon penjelasan daripada pihak glowwe. Terima kasih.

    Reply
  • Hana
    June 6, 2022 at 5:39 am

    Assalamualaikum.. saya nak tanye kulit muka sy kombinasi..kdg2 naik jerawat satu dua dan ade sedikit jeragat. Product apa yg sesuai untuk hilangkan supaya kulit sy glowing dan x de bintik2 jeragat bole cadangkan yg sesuai?

    Reply
  • Nur aqillah
    August 21, 2022 at 5:58 pm

    Assalamualaikum sis , banyak sebenarnya soalan yang saya nak ajukan kerana masih confuse , tapi tak ada tempat nak diajukan kecuali disini , saya mempunya rutine skincare yg advance tapi masih kurang yakin adakah ianya betul step yg saya pakai

    Reply
    • glowwe
      October 3, 2022 at 7:24 am

      Waalaikumussalam, cik puan boleh tonton video ini untuk mengetahui secara lebih lanjut.

      Reply
  • Fini
    October 9, 2022 at 5:39 pm

    Hii, saya takda rutin yang kukuh before ni kecuali pakai cleanser sahaja. & jerawat mmg selalu datang cuma seketul setiap kali before period. Tapi 2 minggu lepas jerawat saya naik dengan banyak di bahagian dahi, dagu & tepi hidung. Jadi apa saya harus buat? kukuhkan basic skincare sahaja? jerawat jenis blind & keluar nanah putih.

    Reply
    • glowwe
      October 13, 2022 at 8:32 am

      Hi Fini, ya betul. Cikpuan perlu kukuhkan basic skincare dahulu (cleanser, moisturizer dan sunscreen). Setelah kukuh, boleh tambah dengan rutin skincare yang lain sepert serum. Dan boleh guna spot treatment juga untuk rawat jerawat tadi.

      Reply
  • Iesya
    October 17, 2022 at 3:19 am

    hi , saya nak tanya muka saya selepas cuci agak ketat bahagian area pipi sahaja tapi lepas dalam beberapa jam terus berminyak area dagu , hidung dan dahi . apakah itu oily skin or combination skin? harap jawab terima kasih

    Reply
  • balqis
    November 1, 2022 at 3:57 am

    hi sya balqis(15 tahun)saya nak tnya before ni saya just guna cleanser,moisturizer and sunscreeen but bukan dari drugstore tapi acne still naik so saya stop and guna cleanser hadalabo,aloe vera guardian and moisturizer from daughter of malaya acne makin kurang but kulit saya kusam so saya add on essence cosrx first botol kecik okey but botol kecik ke-2 dh start naik acne.lepas tu saya add on clara cera glow oil and hadalabo lotion,start tu skin saya like breakout la naik acne dekay dahi, pipi paling banyak lps tu tiny bumps,but now dahi dah ok pipi still x ok lps tu parut makin bnyk sbb jerawat tu dah mati tinggal parut and then tumbuh jerawat lain.tu maknanya skin saya tak sesuai or dh breakout? so skrg sya just guna aloevera and sunscreen lps tu serum boleh sahaja kan??

    Reply
    • glowwe
      November 1, 2022 at 6:27 am

      Boleh cikpuan, yang penting pastikan rutin asas tak tinggal 🙂

      Reply
  • yaya
    November 28, 2022 at 12:37 pm

    assalamualaikum hai , saya taktahu jenis kulit saya and saya risau nak pakai skincare apa, boleh bantu tak ?

    Reply
    • glowwe
      November 30, 2022 at 7:01 am

      Waalaikumsalam. Cikpuan boleh ikuti sahaja step by step dalam video untuk tahu jenis kulit cikpuan.

      Reply
  • Wan Nur Faqihah
    December 21, 2022 at 4:20 pm

    Hi puan marry… Sy nak Tanya produk apa yang sesuai untuk remaja 13 tahun… kulit normal …adakah cleanser Wardah sesuai untuk Saya

    Reply
  • Eliz
    December 22, 2022 at 1:00 pm

    hai puan maryy, im here just mau tanya if gentle cleanser yg takde foam like cetaphil one can cause tiny bumps ke?

    Reply
    • Eliz
      December 22, 2022 at 1:15 pm

      im sorry btw saya kulit berminyak

      Reply
    • glowwe
      December 23, 2022 at 10:31 am

      Tiny bumps hanya akan muncul jika produk atau bahan menyumbat pori-pori. Foam bukan punca pori-pori tersumbat.

      Reply
  • nur balqis
    February 21, 2023 at 12:04 pm

    hai nak tanya saya ade beli wardah lightening micellar gentle wash . saya dah pakai selama 3 minggu 1 &2 minggu kulit saya tak pedihh cuma mengelupas sikit sikit . minggu ketiga nih saya pakai dia jadi naik ruam dan mengelupas yg jenis bertompok . so produk ni tak sesuai untuk saya ke ? sbb ni first pencuci muka saya . skin type dry skin

    Reply
  • ANIS
    March 16, 2023 at 6:10 pm

    Assalamualaikum,
    Saya nk tnya skincare apa yg ssuai untuk beginner, remaja (15thn) dan normal skin….saya risau nk guna skincare apa….boleh bantu ??

    Reply
    • glowwe
      March 17, 2023 at 1:26 am

      Waalaikumsalam. Untuk remaja, cikpuan boleh mulakan dengan rutin asas dahulu. Cleanser, Misturizer, dan Sunscreen. Pilih ikut jenis kulit. Boleh tonton video tip penjagaan kulit untuk remaja di sini https://www.youtube.com/watch?v=3Jj23yBuTnc

      Reply
  • Trancy
    March 31, 2023 at 3:01 am

    Hi , sy stacy kulit sy jenis yg sgt sensitif,amt sukar buat sy utk memilih pencuci muka yg sesuai sy telah pn dtg ke klinik kulit utk dapat rawatan tapi kesan nya msih sama , skrg muka sy tgh breakout pipi sebelah kiri , gatal dan merah.. harap dapat bantu sy …

    Reply
  • Haziq
    April 7, 2023 at 6:10 pm

    Hi nak tanya, kita perlu tak reapply toner, serum or any skincare tak termasuk sunscreen la time tengahari selepas solat tu?? Sebab ada yng cakap perlu guna balit and ada yng cakap guna sunscreen je..

    Reply
  • Syahidah Diyanah
    April 10, 2023 at 5:17 pm

    Assalamualaikum hai nama saya diyanah,muka saya selalu tumbuh jerawat kuning kecik” (like whitehead tapi warna kuning),bila saya biarkan jerawat tu akan bertukar menjadi bintik hitam and dia makin membesar.
    Jadi saya nak tahu kenapa boleh terjadi sebegitu and cara untuk hilangkannya
    Harap boleh membantu
    Terima kasih 🙂

    Reply
    • glowwe
      April 11, 2023 at 12:29 am

      Waalaikumsalam cikpuan diyanah.
      Untuk merawat whitehead dan blackhead, cikpuan perlu pastikan rutin asas cikpuan dah konsisten (Cleanser, Moisturizer, Sunscreen). Dan boleh tambah exfoliation dalam rutin mingguan.

      Produk lain yang boleh ditambah adalah yang mengandungi benzoyl peroxide. Cikpuan boleh tonton video ini https://www.youtube.com/watch?v=oodbgHSMQlM

      Reply
  • amirah
    July 25, 2023 at 7:29 am

    assalammualaikum and hi, boleh ke recommend pencuci muka dan moisturiser untuk kulit kombinasi more to oily dan sensitive skin. kulit saya juga ada jerawat pasir.

    Reply
  • Nur Nana
    October 25, 2023 at 9:45 am

    Hai cik,sye nk tnye sye ade bintik ii putih dekat Muka pastu sye try pkai basic skincare tpi bintik ii tuu mcm bertambah naik,ape yg sye perlu buat yee utk menghilangkn bintik ii tu?

    Reply
    • glowwe
      November 20, 2023 at 9:39 am

      Pastikan rutin asas cikpuan dah kukuh, cikpuan boleh pakai produk skincare yang bersifat noncomedogenic, dan boleh tambah exfoliator dalam rutin mingguan cikpuan.

      Reply

Leave a Reply to Wan Nur Faqihah Cancel Reply