Menu
Hyaluronic Acid / INGREDIENT

Kelebihan Hyaluronic Acid

Adakah anda pengguna produk yang mengandungi Niacinamide?

Mengikut kajian, 2-5% Niacinamide sudah berkesan untuk memberi manfaat dan kebaikannya kepada kulit.Niacinamide sesuai untuk hampir semua jenis kulit dan mempunyai banyak kelebihan menyebabkan ia dipanggil bahan pelbagai fungsi.

Sekiranya anda adalah beginner dalam menggunakan bahan aktif, #glowwe sangat menyarankan untuk menggunakan dos rendah antara 2-5% kerana dos yang tinggi boleh menyebabkan iritasi kepada sesetengah kulit.Semoga membantu.

Apa itu Hyaluronic Acid (HA)?

Hyaluronic acid adalah sejenis molekul gula yang secara semulajadi dihasilkan oleh badan. Tetapi semakin usia meningkat, semakin berkurang penghasilan hyaluronic acid. Hyaluronic acid bertujuan memberi kelembapan kepada kulit untuk kekal anjal dan juga sebagai pelincir kepada pergerakan sendi.

Hyaluronic acid berkeupayaan untuk memegang kelembapan sebanyak 1000 kaliberatnya sendiri.

Kelebihan Hyaluronic Acid

1. Melembapkan

Sejenis humectant yang berfungsi seperti magnet yang menarik kelembapan dari luar dan dalam kepada kulit. Kulit yang lembap menjadi lebih anjal dan cerah.

2. Antioksidan

Antioksidan yang melawan radikal bebas terutama daripada sinar ultra ungu (UV) yang boleh menyebabkan penuaan pramatang.

3. Melindungi

Kulit yang cukup kelembapan mempunyai skin barrier yang sihat. Skin barrier yang sihat melindungi kulit daripada bendasing, bakteria, jahat dan patogen yang boleh memberi masalah kepada kulit.

4. Memulihkan

HA mempercepatkan proses pemulihan dan penjanaan sel kulit dengan memberi kelembapan kepada kulit.

2 Comments

  • Mohd Nasaruddin
    July 1, 2021 at 1:01 pm

    Nnti buat video untuk produk yang bertulis sesuai untuk badan dan muka. Betul ke boleh pakai di kedua-dua nya. Mohon buat video ye. Tq.

    Reply
    • glowwe
      July 6, 2021 at 4:43 am

      Insyaallah akan dibincangkan dengan tim 🙂

      Reply

Leave a Reply