Kulit Wajah Terlampau Berminyak? Apa Yang Perlu Dibuat?
Minyak yang dihasilkan oleh kulit wajah kita adalah untuk melindungi kita daripada kekotoran dan habuk. Namun ianya menjadi masalah apabila kulit wajah kita menghasilkan minyak terlalu aktif. Apabila kelenjar minyak terlalu aktif ia menyebabkan pori-pori di wajah tersumbat dan masalah kulit yang lain turut muncul seperti jerawat dan sebagainya.
Faktor menyebabkan kulit menjadi berminyak adalah seperti berikut
1. Genetik
Jenis kulit adalah faktor genetik yang tidak berubah sejak kita dilahirkan. Sekiranya ibu bapa cenderung mempunyai kulit berminyak tidak hairan jika anda juga mempunyai sejenis kulit yang berminyak.
Jika kulit berminyak menghasilkan minyak dengan normal, kebaikannya adalah kulit anda susah mendapat kedutan dan garis halus kerana sebum yang dihasilkan secara semulajadi boleh mengekalkan kelembapan kulit.
Namun jika dihasilkan secara keterlaluan, ia boleh memberikan masalah kulit.
2. Umur
Tidak dinafikan pada usia remaja kebanyakan remaja mempunyai masalah kulit berminyak secara berlebihan dan cenderung memiliki jerawat. Hal ini kerana badan mengalami fasa perubahan hormon menyebabkan kulit menghasilkan minyak lebih banyak daripada biasa.
Kebiasaannya kulit akan mengalami perubahan dan menghasilkan kurang minyak seiring dengan pertambahan usia. Semakin usia anda meningkat, kelenjar minyak semakin tidak aktif menghasilkan minyak seperti usia remaja dahulu.
3. Cuaca
Cuaca juga memainkan peranan kepada kelenjar minyak yang aktif. Bagi seseorang yang mempunyai kulit berminyak, cuaca panas dan kering menjadikan keadaan lagi teruk.
Apabila suhu persekitaran meningkat kulit anda secara semulajadi menghasilkan kelenjar minyak lebih daripada biasa untuk melembapkan kulit yang terdedah kepada keadaan persekitaran yang panas dan udara yang kering.
4. Guna Produk yang salah
Kebiasaannya terjadi kerana produk tersebut terlalu berat dan tidak sesuai dengan keadaan dan jenis kulit anda.
Kebiasaan kulit berminyak disarankan mencari produk yang ringan dan bertekstur gel, cream gel atau water cream yang memiliki formulasi lebih ringan dan tidak membebankan kulit berminyak.
Selain itu, perkara ini juga boleh terjadi apabila lapisan skin barrier terganggu akibat penggunaan produk pengelupasan seperti AHA dan BHA yang berlebihan.
Apabila kulit hilang keseimbangan kelembapan akibat terlalu kerap penggunaan produk pengelupasan kulit, maka kulit mula menghasilkan minyak berlebihan untuk memastikan ia lembap semula.
5. Saiz pori-pori
Tidak dinafikan juga saiz pori-pori merupakan salah satu sebab kulit mudah berminyak. Seperti jenis kulit, saiz pori-pori juga adalah faktor genetik. Saiz pori yang besar mempunyai takungan minyak yang besar dan secara tidak langsung menjadi penyumbang kepada keadaan kulit berminyak.
Walaupun jenis kulit tidak boleh berubah, tetapi penghasilan minyak boleh dikawal dengan cara-cara penjagaan yang betul.
Berikut adalah langkah-langkah penjagaan mengatasi kulit berminyak berlebihan:
- Penggunaan Salicylic acid
Salicylic acid adalah salah satu BHA yang dicadangkan penggunaannya untuk kulit berminyak. Salicylic acid bersifat larut minyak menyebabkan ia pilihan yang tepat untuk membuang minyak berlebihan pada wajah.
Individu yang mempunyai masalah cenderung memiliki pori-pori tersumbat juga digalakkan menggunakan salicylic acid untuk mengatasi masalah tersebut.
Perlu diingatkan had penggunaan salicylic acid adalah 2-3 kali seminggu sahaja kerana penggunaan berlebihan boleh mengeringkan kulit dan mengganggu skin barrier. Apabila perkara ini berlaku, kulit kembali menghasilkan minyak berlebihan.
Kadar tertinggi salicylic acid yang boleh ditemui di dalam produk penjagaan kulit adalah 2%.
- Penggunaan serum Niacinamide
Penggunaan niacinamide di dalam produk penjagaan kulit yang digalakkan adalah sekitar 2%-5% untuk mengelakkan berlakunya iritasi pada kulit.
Niacinamide yang disapu secara topikal dapat mengawal penghasilan minyak oleh kelenjar minyak. Ianya juga mampu membantu menguatkan skin barrier, menjadikan kulit lebih sihat dan seimbang.
- Penggunaan losen atau krim retinoid
Retinoid mempunyai kesan keratolytic iaitu keupayaan melonggarkan ikatan sel-sel kulit mati. Ia juga boleh mengawal kitaran penjanaan sel kulit.
Selain itu, ia boleh mengawal penghasilan minyak berlebihan dengan mengurangkan saiz kelenjar minyak.
- Clay Mask
Bahan ini sangat diketahui umum mampu menyerap lebihan minyak. Clay mask perlu dihadkan penggunaannya kepada 1-2 kali seminggu sahaja untuk mengelakkan kulit terlampau kering dan hilang keseimbangan.
Pakai mengikut arahan dan elakkan daripada membiarkan clay mask berada pada wajah anda terlalu lama kerana ia boleh menyerap kelembapan kulit.
Digalak menggunakan clay mask yang lembut dan tidak merengsa kulit seperti kaolin clay.
12 Comments
Boleh cadangkn sye produk di watson untk kulit bermnyk
Boleh tonton video ini https://www.youtube.com/watch?v=Su2b1ZBg-6Q atau video lain di chanel glowwe. Produk-produk dalam video boleh didapati di Watson atau drugstore yang lain.
hi , saya nak tanya . muka saya oily teruk di bahagian hidung pipi . bila apply moisturiser and sunscreen dia nampak macam oily / melekit gitu . adakah product yang saya pakai tidak sesuai . dan apabila saya tidak apply skincare kulit saya nampak tidak berminyak sangat .
Boleh cuba moisturizer yang lebih gentle. Tonton video ini https://www.youtube.com/watch?v=Su2b1ZBg-6Q
saya mengalami kulit berminyak dan pori muka yang terbuka…muka jarang dapat jerawat kecuali disebabkan tidur lewat..
saya masih tidak tahu produk apa yang sesuai dengan kulit saya.
Boleh tonton video ini https://www.youtube.com/watch?v=8r2oLjdvfz4
Assalamualaikum kakak, saye nk tanye kalau salah satu skincare kite habis contoh mcm cleanser ataupun toner boleh lagi ke pakai moisturizer
Boleh dan memang perlu pakai skincare asas.
Wa’alaikumussalam wbt kalau cuci muka bersih baru guna pelembap.
Kalau kite nk pegi solat dimasjid pakai skincare dengan suncreen ke ataupun lepas solat baru pakai saye takut wuduk tak sah kalau pakai skincare and takut moisturizer hilang lepas wuduk
Boleh tonton video ini https://www.youtube.com/watch?v=tA_SziGr18I
Sebaiknya ambil wuduk terlebih dahulu sebelum guna sebarang produk penjagaan kulit wajah.