
Kanak-Kanak Perlu Pakai Skincare? Ini Jawapan Pakar Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang! | Review Produk TooFruit

Skincare kanak-kanak bukan sekadar pilihan. Ada yang beranggapan penjagaan kulit hanya penting apabila anak memasuki usia remaja walhal ia adalah keperluan kesihatan kulit yang sering terlepas pandang oleh ibu bapa di Malaysia.
Menurut pakar dermatologi, kulit kanak-kanak adalah 20–30% lebih nipis berbanding kulit dewasa, menjadikannya lebih terdedah kepada iritasi, dehidrasi, dan kerosakan akibat sinar UV. Artikel ini akan menjawab soalan yang paling kerap ditanya: bilakah perlu mulakan, produk apa yang selamat, dan kenapa produk dewasa tidak sesuai untuk anak-anak anda.
Jawapan Ringkas: Ya, Kanak-Kanak Memerlukan Skincare Yang Sesuai Dengan Umur Mereka
Kanak-kanak tidak memerlukan rutin penjagaan kulit yang kompleks seperti orang dewasa. Namun mereka tetap memerlukan tiga langkah asas:
- Membersihkan kulit dengan lembut
- Mengekalkan kelembapan kulit
- Melindungi kulit daripada sinar UV
Perkara paling penting ialah memilih produk yang diformulasikan khas untuk kulit kanak-kanak dan bukannya menggunakan produk orang dewasa.
Kenapa Kulit Kanak-Kanak Berbeza Dengan Kulit Dewasa?
Kulit kanak-kanak sebenarnya 10 kali lebih sensitif dari kulit dewasa, ini sebabnya:
Lapisan perlindungan kulit lebih nipis
Lapisan epidermis kanak-kanak lebih nipis menjadikan kulit mereka lebih sensitif dan mudah mengalami iritasi.
Akibatnya, mereka lebih mudah mengalami masalah seperti:
- Ekzema
- Ruam kulit
- Keratosis pilaris (kulit ayam)
- Rosacea
Mudah hilang kelembapan
Disebabkan lapisan perlindungan kulit kanak-kanak masih belum berkembang sepenuhnya, kulit mereka mudah hilang kelembapan.
Keadaan ini boleh menyebabkan:
- Kulit kering
- Kulit mengelupas
- Kemerahan
- Ruam akibat peluh dan geseran
Kurang penghasilan minyak (sebum)
Penghasilan minyak semula jadi kulit (sebum) dalam kalangan kanak-kanak adalah lebih rendah berbanding orang dewasa.
Oleh itu, kanak-kanak tidak memerlukan produk atau pencuci muka yang terlalu kuat seperti yang digunakan untuk kulit orang dewasa.
Kulit muka kanak-kanak mudah menyerap bahan yang disapu
Disebabkan kulit kanak-kanak yang nipis, memudahkan bahan yang disapu pada muka menyerap.
Justeru, ibu bapa perlu memilih produk yang:
- Selamat digunakan setiap hari
- Bebas bahan yang keras
- Sesuai untuk kulit sensitif
- Diformulasi khusus untuk kanak-kanak
Bolehkah Kanak-Kanak Menggunakan Skincare Orang Dewasa?
Secara umumnya, tidak digalakkan.
Produk penjagaan kulit dewasa mengandungi terlalu banyak bahan aktif yang tidak diperlukan untuk kulit kanak-kanak yang masih berkembang. Kebanyakan produk penjagaan kulit dewasa mengandungi bahan aktif seperti retinol, asid eksfoliasi dan bahan anti-penuaan yang tidak diperlukan oleh kulit kanak-kanak.
Penggunaan produk dewasa boleh mengganggu keseimbangan semula jadi kulit dan meningkatkan risiko iritasi serta sensitiviti kulit.
Oleh itu, pakar biasanya mengesyorkan penggunaan produk yang lembut, ringkas dan sesuai dengan usia kanak-kanak. Penggunaan produk dewasa akan merosakkan keseimbangan kulit mereka dan memberi kesan jangka panjang yang teruk.
Produk Penjagaan Kulit Dengan Bahan Organik Untuk Kanak-Kanak
Jika anda sedang mencari skincare kanak-kanak yang selamat dan lembut, TooFruit merupakan antara jenama yang diformulasikan khas untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 13 tahun.
Kanak-kanak tidak memerlukan terlalu banyak produk. Tiga langkah asas berikut sudah mencukupi untuk membantu menjaga kesihatan kulit mereka.
1. Pembersihan lembut dengan TOOFRUIT My Foaming Water Dounce Mousse Pineapple Cleansing Foam

Langkah pertama ialah membersihkan kulit dengan pencuci yang lembut.
Pencuci muka ini:
- Bebas sulfat
- Membersihkan kulit tanpa mengeringkan
- Mengandungi Organic Pineapple Water yang kaya dengan vitamin C
- Membantu melindungi kulit daripada tekanan persekitaran dan radikal bebas
Cara pemakaian: Basahkan muka, sapukan pencuci muka pada kulit dan bilas dengan air. Gunakan setiap pagi dan malam sebelum memakai pelembap.
2. Pulihkan dan lembapkan kulit dengan TOOFRUIT My After Sun Gel Moisturiser

Selepas aktiviti luar, kulit kanak-kanak memerlukan kelembapan dan pemulihan.
Pelembap ini mengandungi:
- Organic Aloe Vera untuk menenangkan kulit
- Organic Apricot Oil untuk melembutkan kulit
- Filmo-Protect Complex untuk membantu mengekalkan kelembapan
Cara pemakaian: Boleh dipakai selepas mandi, sapukan pada muka atau badan dan tunggu sehingga produk meresap. Boleh digunakan setiap hari.
3. Perlindungan maksimum dengan TOOFRUIT My Sunscreen Milk SPF50 PA++++

Untuk perlindungan harian daripada sinar UV, sunscreen ini menawarkan perlindungan UVA dan UVB yang tinggi.
Kelebihannya:
- Perlindungan UVA dan UVB yang tinggi
- SPF50 PA++++
- Mengandungi Organic Aloe Vera
- Diperkaya dengan Organic Apricot Oil untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit
Cara pemakaian: Goncangkan dulu botol, kemudian sapu pada muka, leher dan badan. Pakai semula setiap 2 jam untuk perlindungan yang optimum.
Adakah Berbaloi Untuk Melabur Dalam Skincare Kanak-Kanak?
Jawapannya jelas, ya. kanak-kanak memerlukan skincare yang sesuai dengan usia dan keperluan mereka. Dengan rangkaian produk dari TooFruit ini, ibu bapa dapat membantu melindungi, membersihkan dan mengekalkan kelembapan kulit anak-anak setiap hari.
Kulit yang sihat bermula sejak kecil. Melabur dalam penjagaan kulit yang betul hari ini boleh membantu mengurangkan masalah kulit pada masa hadapan. Jangan tunggu sehingga kulit anak mengalami masalah. Mulakan penjagaan kulit yang selamat, lembut dan berkesan bersama TooFruit.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Pada umur berapa kanak-kanak boleh mula pakai skincare?
Kanak-kanak boleh mula menggunakan produk penjagaan kulit yang diformulasikan khas untuk kanak-kanak dari usia 3 tahun. Sebelum usia ini, produk yang diformulasikan untuk bayi adalah lebih sesuai.
2. Adakah sunscreen perlu untuk kanak-kanak pergi sekolah setiap hari?
Ya. Pendedahan sinar UV berlaku walaupun pada hari mendung atau di dalam kereta. Pakar kulit mengesyorkan SPF30 minimum untuk penggunaan harian, dan SPF50 untuk aktiviti luar. Sapu semula setiap 2 jam semasa aktiviti luar.
3. Apa bahan yang perlu dielakkan dalam produk penjagaan kulit kanak-kanak?
- Retinol: Retinol sering digunakan dalam produk penjagaan kulit dewasa untuk membantu mengurangkan tanda penuaan, memperbaiki tekstur kulit dan merawat jerawat. Kanak-kanak tidak perlukan lagi bahan ini.
- Asid Eksfoliasi Yang Kuat: Asid seperti glycolic acid pada kepekatan tinggi atau produk pengelupasan yang kuat boleh menjadi terlalu keras untuk kulit kanak-kanak.
- Skrub Fizikal Yang Kasar : Skrub muka yang mengandungi butiran kasar tidak sesuai untuk kulit kanak-kanak. Geseran daripada butiran tersebut boleh menyebabkan iritasi dan luka-luka halus yang tidak kelihatan pada permukaan kulit.
4. Produk apa yang kanak-kanak boleh pakai?
Kebanyakan kanak-kanak sebenarnya tidak memerlukan rutin penjagaan kulit yang rumit. Rutin yang terlalu banyak langkah atau mengandungi pelbagai bahan aktif boleh meningkatkan risiko iritasi pada kulit yang masih sensitif.Kanak-kanak hanya perlukan:
- Pencuci muka yang lembut
- Pelembap
- Sunscreen pada waktu siang
5. Di mana boleh beli produk TooFruit di Malaysia?
Produk TooFruit boleh didapati di sini: https://shorturl.at/2YyQJ
Tonton video ini untuk penerangan lebih lanjut:



