Rutin Ringkas Dan Efektif Untuk Masalah Kulit Berjerawat
Rutin penjagaan kulit yang khusus adalah sangat penting sewaktu alami masalah jerawat. Rutin skincare harian bagi individu yang alami masalah jerawat perlu berfungsi:
📌Menghapuskan minyak yang berlebihan pada kulit wajah.
📌Memastikan pori-pori tidak tersumbat.
📌Membantu bekas jerawat untuk pudar lebih cepat.
Kulit berjerawat sebenarnya tidak digalakkan untuk memakai kesemua produk yang ada sifat antijerawat kerana produk begini biasanya ada kecenderungan mengeringkan kulit dan boleh menyebabkan masalah iritasi jika digunakan berlebihan atau terlalu kerap.
Berikut dikongsikan rutin siang dan malam yang mudah dan praktikal beserta contoh produk cadangan untuk kulit muka berjerawat:
1. Guna cleanser yang lembut, ada bahan melembapkan dan tidak mengeringkan kulit
Pencuci muka tidak perlu ada bahan yang menyebabkan pengelupasan seperti AHA dan BHA. Lebih baik lagi, perlu ada bahan yang melembapkan kulit kerana kulit yang lembap kebiasaannya tidak akan menghasilkan minyak berlebihan.
Cadangan Produk:
Simple Refreshing Facial Wash
Somethinc Low PH Gentle Jelly Cleanser
Tekstur: Gel dan tidak menghasilkan buah yang banyak.
Saranan: Ketika menggunakan cleanser, guna air pada suhu yang normal kerana air yang terlalu panas boleh menyebabkan kulit meradang dan merosakkan skin barrier.
Kekerapan penggunaan: Rutin siang dan rutin malam, minimum 2 kali sehari.
2. Guna Hydrating Toner
Untuk individu yang alami masalah kulit berjerawat perlu guna hydrating toner untuk bantu kekalkan kelembapan kulit tanpa buat kulit rasa berminyak. Ini kerana produk mengandungi bahan yang bantu kulit untuk dapatkan kandungan pH dan air serta minyak yang seimbang.
Toner tidak boleh mengandungi bahan pengelupasan seperti AHA dan BHA kerana produk boleh memberikan kesan iritasi dan keradangan pada kulit yang berjerawat. Ia juga dkenali sebagai exfoliating toner.
Cadangan Produk:
Hada Labo Hydrating Lotion (Light)
Tekstur: Cair dan mudah diserap pada kulit.
Saranan: Tuang hydrating toner pada tapak tangan yang bersih lalu tekap pada muka.
Kekerapan penggunaan: Guna selepas cuci muka pada rutin siang dan malam.
3. Guna pelembap yang sesuai dengan jenis kulit
Pelembap adalah produk penting untuk semua jenis kulit! Oleh itu, tanggapan tentang individu yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat tidak perlu pakai pelembap adalah salah. Memilih pelembap yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit amat penting kerana pelembap yang bagus membantu mengawal penghasilan minyak, mengekalkan tahap penghidratan dan menguatkan skin barrier.
Cadangan produk:
Aiken Hydra Plus Prebiotic Moisturizer
Somethinc Skin Goals
Tekstur: Gel, ringan dan mudah diserap.
Saranan: Pilih pelembap yang tidak melekit dan bersifat water-based.
Kekerapan penggunaan: Rutin siang dan malam serta sapukan produk secara rata pada keseluruhan kulit muka.
4. Pakai sunscreen untuk perlindungan di siang hari
Pakai sunscreen adalah WAJIB di siang hari kerana kulit perlu dilindungi daripada sinaran ultra ungu. Kulit berjerawat perlu memilih sunscreen yang sesuai untuk merawat masalah jerawat.
Cadangan Produk:
Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel SPF50
Jumiso Waterfull Hyaluronic Sunscreen SPF50+ PA++++
Tekstur: Ringan, mudah diserap dan tidak melekit.
Saranan: Sunscreen perlu mempunyai sifat SPF50 dan PA++++ yang mencukupi untuk melindungi kulit.
Kekerapan penggunaan: Rutin siang dengan kuantiti yang mencukupi iaitu sebanyak 2 jari dan perlu ulang pakai.
5. Guna toner dengan sifat exfoliating
Penggunaan toner jenis exfoliating tidak boleh digunakan pada setiap hari. Disarankan untuk guna sebanyak 2 ke 3 kali dalam seminggu dan diselangi dengan hydrating toner. Exfoliating toner berfungsi untuk membersihkan kekotoran dan sebum pada permukaan kulit, menanggalkan sel kulit mati dan menjadikan tekstur kulit menjadi lembut.
Cadangan produk:
Skintific 5% AHA BHA PHA Exfoliating Toner
Tekstur: Watery
Saranan: Toner dituang atas cotton pad lalu sapu rata pada permukaan kulit muka dengan perlahan-lahan.
Kekerapan penggunaan: Guna sebanyak 2 ke 3 kali dalam seminggu pada rutin malam dan diselangi dengan hydrating toner.
6. Guna spot treatment atau serum
Cadangan Produk:
OXY 5
Skintific 2% Salicylic Acid Anti Acne Serum
Tekstur: Gel, watery dan ringan.
Saranan: Elak pakai serum dengan bahan antijerawat seperti AHA, BHA atau PHA secara serentak dengan exfoliating toner dalam satu rutin yang sama.
Kekerapan penggunaan: Perlu guna serum pada rutin yang guna hydrating toner. Produk spot treatment perlu disapu pada kawasan yang berjerawat sahaja selepas pelembap dengan gunakan cotton bud yang bersih.
Tip: Jika anda mempunyai kulit cenderung sensitif, lakukan patch test terlebih dahulu pada kawasan yang kecil seperti sekitar inner wrist sebelum menggunakan apa-apa produk baharu.
Tag:acne, cleanser, dehydrated, serum, skincare routine