Punca Dan Cara Hilangkan Jerawat Remaja
Isu atau masalah jerawat di kalangan remaja sukar untuk diselesaikan. Disebabkan itu ada satu istilah jerawat di kalangan remaja ini dan ia dipanggil sebagai teen acne (jerawat remaja). Jika jerawat tumbuh pada orang dewasa, ia dipanggil adult acne (jerawat dewasa).
Mengapa ada istilah yang berbeza untuk teen acne dan adult acne?
Hal ini disebabkan oleh punca yang menyebabkan jerawat itu berbeza bagi remaja dan juga orang dewasa. Anda seorang remaja dan ingin atasi masalah jerawat dan ingin tahu cadangan produk yang boleh digunakan, artikel ini sesuai untuk anda.
Jerawat Remaja dan Cadangan Produk Untuk Merawatnya
Jerawat ini ada pelbagai jenis. Anda perlu kenal pasti jenis jerawat yang ada di wajah supaya tidak panik apabila jerawat tersebut muncul. Jerawat yang paling biasa muncul dalam kalangan remaja adalah whiteheads dan blackheads. Punca bagi kedua-duanya adalah sama iaitu pori tersumbat dengan minyak berlebihan dan sel kulit mati.
Jika bahagian bukaan pori tersebut teroksida ataupun terkena oksigen, ia dipanggil blackhead kerana kawasan yang teroksida tersebut menjadi hitam atau gelap.
Jika tiada bukaan di atasnya pada kawasan berminyak dan pori-pori itu tidak terbuka, maka ia akan kekal menjadi whitehead.
Sebaiknya selesaikan whiteheads dan blackheads pada peringkat awal terutamanya whiteheads. Hal ini kerana whiteheads boleh melarat menjadi lebih teruk iaitu boleh menjadi jerawat yang meradang, merah dan bernanah seperti papules, pustules atau nodular acne di dalam kategori moderate acne.
Jika sebelum ini, whiteheads dan blackheads adalah jerawat yang ringan (mild acne) dan mudah untuk diselesaikan. Jerawat kategori sederhana pula boleh melarat menjadi lebih teruk iaitu cystic acne jika tidak dirawat dengan baik. Cystic acne tidak ada ubat-ubatan atau produk yang boleh dicari over the counter (OTC). Anda perlu berjumpa doktor pakar kerana kebanyakan produk yang dipakai hanya pada permukaan kulit.
Jika cystic acne itu berada di dasar kulit, rasa sakit, meradang atau merah-merah, ia sukar dirawat dengan produk biasa dan perlu ada produk yang khusus.
Jadi apakah punca berlakunya jerawat dalam kalangan remaja?
Antara puncanya adalah seperti berikut:
- Hormon androgen yang tinggi ketika remaja
- Apabila remaja sudah ke peringkat akil baligh, hormon androgen tinggi dan boleh menyebabkan kelenjar minyak merembeskan minyak berlebihan yang boleh menyumbat liang pori.
- Hormon kortisol meningkat kerana tekanan yang tinggi
- Ini adalah punca kedua yang menyebabkan berlakunya jerawat dalam kalangan remaja.
- Hormon ini meningkat disebabkan tekanan (stress) yang boleh berpunca daripada pelbagai aspek seperti stress belajar, stress tunggu keputusan peperiksaan dan sebagainya.
- Apabila tekanan bertambah, hormon kortisol juga akan meningkat yang menyebabkan kelenjar minyak aktif dan boleh berlakunya pertumbuhan jerawat.
- Pemakanan yang tidak seimbang.
- Ada kajian khusus yang menyatakan bahawa mana-mana makanan yang meningkatkan paras gula dalam darah boleh mencetuskan jerawat.
- Antara makanan yang meningkatkan paras gula adalah makanan yang diproses seperti makanan ringan.
- Makanan yang meningkatkan paras gula dalam darah secara mendadak menyebabkan insulin berlebihan dan menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan minyak secara berlebihan.
- Apabila pemakanan dijaga, maka penghasilan minyak juga dapat dikurangkan.
- Tabiat menyentuh wajah dan picit jerawat
- Perkara ini mungkin ramai yang buat kerana berasa tidak selesa dengan jerawat tersebut.
- Tabiat menyentuh wajah dan memicit jerawat boleh memindahkan bakteria dari satu kawasan wajah ke kawasan lain.
Jadi apakah yang perlu dibuat sekiranya remaja ada teen acne ini?
Anda perlu mencari dan memakai produk yang bersesuaian. Berikut adalah produk yang boleh dipakai berdasarkan jenis kulit, mampu milik dan boleh didapati di drugstore berhampiran anda.
Pencuci muka (cleanser)
Perlu mencari pencuci muka yang bersifat lembut pada kulit dan tidak perlu memilih pencuci muka yang ada AHA, BHA atau PHA.
Anda memerlukan pencuci muka yang membersihkan minyak berlebihan, bersihkan muka daripada kekotoran, debu, asap dan seumpamanya. Tujuannya adalah untuk memastikan produk yang dipakai seterusnya itu dapat menyerap dengan baik ke dalam kulit.
- Aiken Prebiotic Hydra Plus Facial Cleanser
- Jika anda mempunyai kulit kering dan kombinasi, boleh gunakan produk ini.
- Pencuci muka ini lembut pada kulit dan mengandungin prebiotic yang bertujuan untuk menguatkan skin barrier (penghadang kulit).
- Simple Refreshing Facial Wash Gel
- Bagi kulit yang berminyak pula, anda boleh gunakan pencuci muka ini.
- Ia juga boleh digunakan untuk kulit kombinasi. Produk ini tidak mempunyai buih yang banyak dan ia bagus kerana tidak mengeringkan kulit wajah apabila dipakai.
- Simple Water Boost Micellar Facial Gel Wash
- Bagi anda yang mempunyai kulit jenis kombinasi, berminyak atau kering boleh juga gunakan Simple Water Boost Micellar Facial Gel Wash ini.
Â
Â
Exfoliating Toner
Selepas anda mencuci muka, seminggu sekali atau dua kali, anda boleh pakai toner yang bersifat exfoliator. Exfoliator adalah ejen pengelupasan. Ia membantu anda untuk menghilangkan minyak berlebihan pada permukaan permukaan dan di dalam liang pori-pori.
Berikut adalah cadangan exfoliating toner yang dicadangkan kepada anda.
- Eucerin Pro Acne Solution Toner
- Di dalam toner ini mempunyai 2% Lactic Acid dan dipakai 2-3 kali seminggu.
- Nuvit Acne & Blemishes Prevention Concentrate
- Produk ini bersifat spot treatment tetapi boleh juga disapu ke seluruh muka.
- Ia membantu atasi masalah minyak berlebihan.
- Produk ini juga mengandungi Slicylic Acid sebanyak 2% dan boleh menyerap jauh ke dalam liang pori-pori.
Pelembap
Berikut adalah pilihan pelembap yang dicadangkan untuk remaja yang ada teen acne. Produk ini mampu milik dan mudah didapati di drugstore.
- Simple Water Boost Hydrating Gel Cream
- Sesuai untuk semua jenis kulit iaitu kulit berminyak, kombinasi dan kering.
- Pelembap ini juga bersifat hydrating dan mempunyai ketahanan yang lama walaupun botolnya bersaiz kecil.
- Aiken Prebiotic Hydra Plus Moisturiser
- Pelembap ini sesuai dengan kulit jenis kering dan kombinasi.
- Tekstur pelembap ini adalah berbentuk gel dan sesuai juga digunakan untuk kulit berminyak.
Pelindung suria (sunscreen)
Pada waktu siang, jangan lupa untuk memakai pelindung suria untuk melindungi kulit daripada sinar ultra ungu.
- L’Oreal Paris UV Perfect Super Aqua Essence
- Sesuai untuk kulit kering dan kombinasi
- L’Oreal Paris UV Perfect Matte & Fresh
- Sesuai digunakan untuk anda yang mempunyai kulit berminyak atau kombinasi.
- Bio Essence Bio Water Hydrating Sunscreen SPF50+ PA++
- Bagi anda yang mempunyai kulit jenis kering dan sedikit sensitif, boleh gunakan sunscreen ini.
Pilih salah satu sahaja sunscreen yang sesuai dengan jenis kulit anda. Sekiranya anda sudah jumpa produk yang lebih sesuai dengan jenis dan keadaan kulit, boleh gunakannya secara konsisten.
Ubat jerawat
Seterusnya, jika anda ada jerawat yang agak degil dan ingin bunuh bakteria penyebab jerawat tersebut, boleh gunakan ubat jerawat. Antaranya ialah:
- OXY 5 Acne Pimple Medication
- Bahan utama di dalam ubat jerawat ini adalah Benzoyl Peroxide. Anda hanya perlu letakkan di atas jerawat tersebut sahaja dan bukanlah di seluruh muka.
- Bersihkan sedikit bekas jerawat tersebut sekiranya sudah pakai pelembap dan letakkan ubat jerawat itu di kawasan tersebut.
- Aiken Tree Tree Oil Spot Away Pimple Cream
- Tea tree oil bagus untuk kurangkan jerawat dan membantu untuk membunuh bakteria penyebab jerawat.
Sebagai penutup, anda mestilah konsisten menggunakan produk penjagaan kulit wajah supaya dapat kurangkan acne teen tersebut. Pemakaian produk yang konsisten akan membantu anda untuk dapatkan kulit yang sihat. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu golongan remaja khususnya untuk merawat masalah jerawat.