Review: Laneige Cream Skin Refiner
Pandangan umum mengenai produk
Hidrasi adalah merupakan kunci utama untuk kulit kelihatan berseri dan sihat. Oleh itu, Laneige membawa konsep ini ke tahap yang lebih tinggi supaya pengguna mencapai hasrat untuk memiliki tekstur kulit yang lebih sihat.
Review pada hari ini akan mengetengahkan produk ini yang dikatakan menjadi sumber kepada hidrasi mewah kepada kulit. Laneige telah menggabungkan konsep krim yang boleh dijadikan sebagai toner menggunakan teknologi campuran atau blending krim. Krim dilarutkan dalam toner untuk kelembapan berganda.
Produk ini menggunakan ekstrak White Leaf Tea Water yang bertindak sebagai pelindung kulit. Ekstrak White Leaf Tea Water kaya dengan asid amino boleh membantu memberikan perlindungan daripada kulit kasar dan menyediakan kelembapan berterusan kepada kulit.
Kelebihan Laneige Cream Skin Refiner
- Ia bertindak sebagai losyen pelembap.
- Luaran packaging seperti losyen atau emulsion tetapi sebenarnya konsistensi produk adalah cecair.
- Bila dipakai pada kulit, ia tak terasa heavy walaupun ada kandungan krim di dalam produk.
- Mempunyai kandungan air yang tinggi, mudah menyerap ke dalam kulit
- Tidak meninggalkan sisa putih atau residue di kulit.
- Kulit rasa lembap dan selesa untuk jangka masa yang lama.
- Boleh juga dilapiskan dengan pelbagai produk bagi meningkatkan kelembapan.
- Tips: Jika aplikasi produk ketika kulit lembap, kulit akan terasa lebih lembap atau moisturized.
Bagaimana glowwe menggunakan produk ini?
- Basahkan kapas dengan produk krim penyegar atau tuang produk ke telapak tangan kemudian sapu ke seluruh muka dan leher.
- Gunakan krim toner ini selepas mencuci muka dan sebelum anda menggunakan serum dan pelembap. Golongan kulit kering perlu mengaplikasikan produk sebanyak 2 kali selepas mencuci muka untuk hidrasi tambahan. Golongan kulit berminyak pula boleh mengaplikasikan produk sekali sudah memadai selepas mencuci muka.
- Boleh juga aplikasi selepas pakai essence dan sebelum serum.
Siapa yang sesuai menggunakan Leneige Cream Skin Refiner
Keutamaan diberikan kepada kulit kering dan sensitive. Sesuai juga untuk semua jenis kulit. Bahan yang digunakan juga adalah mild.
Perkara lain yang perlu diberi perhatian mengenai produk
Harga: RM 62.00
Bau: Tiada bau.
Warna: Cecair putih.
Perkara yang glowwe suka mengenai produk
Kelebihan : Mempunyai kandungan air yang tinggi sesuai dengan matlamat produk. Formulasi produk yang berkesan untuk meningkatkan hidrasi kulit dan tidak menyebabkan kerengsaan kepada kulit selepas penggunaan.
Tekstur : Cecair putih yang tidak melekit dan mudah menyerap jauh ke dalam kulit untuk membekalkan kelembapan kepada kulit.
Saiz dan harga : Kandungan produk sebanyak 150ml, harga berpatutan sesuai dengan kandungan produk yang berkualiti.
Perkara yang glowwe tidak suka mengenai produk
Agak sukar untuk tentukan kategori produk ini kerana konsep gabungan toner dan krim. Tetapi, Glowwe tidak menjumpai sebarang perkara yang tidak disukai mengenai produk krim toner ini.
Kesimpulan dan penilaian
- ⭐⭐⭐⭐ ⭐ 5/5
- Produk ini boleh didapati di kedai, farmasi, pasar raya dan online store atau dapatkan di sini.
- Sangat berkesan untuk menyelesaikan masalah kulit kering dan kasar
- Harga yang ditawarkan bersesuaian dengan taraf jenama mewah seperti Laneige.
- Buat patch test terlebih dahulu sebelum penggunaan terutama bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif untuk mengenal pasti sekiranya ada sebarang reaksi kepada kulit.