Menu
Dark Spot & Hyperpigmentation / SKIN PROBLEM

Cara Mencegah Dan Hilangkan Hiperpigmentasi

Apakah hiperpigmentasi (tona kulit tidak sekata) dan bagaimana diagnosis dibuat?

Hiperpigmentasi berlaku disebabkan oleh pengeluaran melanin yang berlebihan atau overproduction of melanin. Melanin terhasil daripada sel melanocytes. Di dalam sel melanosit, ada kantung melanosomes yang mengandungi melanin. Melanin ini adalah pigmen natural yang memberikan warna kepada kulit, mata dan rambut kita. Melanin ini biasanya berwarna coklat atau hitam bertujuan untuk menyerap cahaya UV. Ia menyerap cahaya untuk melindungi sel kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radiasi UV. Kulit mendapat warna bila melanosomes meninggalkan melanosit dan bergerak ke lapisan luaran kulit iaitu epidermis.

Simptom: simptom termasuk tompok putih, tompok gelap dan warna/tona kulit tidak sekata.

Punca: punca termasuk vitiligo, mengandung, terdedah kepada cahaya matahari, penyakit Addison.

Rawatan: rawatan termasuk pengelupasan kimia, rawatan laser, dermabrasionmelasma.

Terdedah kepada cahaya matahari: Bila kulit sering terdedah kepada sinaran UV, kulit akan mengalami sun damage. Tompok hitam dan tona kulit tidak sekata terjadi sebab terlalu banyak melanin dihasilkan untuk melindungi kulit daripada sinaran UV.

Pencemaran: partikel dan gas-gas yang terhasil dari pencemaran udara boleh menyerap masuk ke dalam kulit dan mendorong pembentukan tompok-tompok hitam, biasanya di kawasan muka.

Hormon: Melasma adalah merupakan hiperpigmentasi yang berkait dengan hormon iaitu; peningkatan stimulasi hormon. Biasanya, wanita mengandung akan mengalami perubahan hormon.

Hiperpigmentasi selepas radang (post-inflammatory hyperpigmentation): kesan daripada parut, terjadi kerana jerawat atau kecederaan kulit.

 

 

Siapa yang mudah mendapat hiperpigmentasi (tona kulit tidak sekata)

  • Semua orang tidak kira umur, warna dan jenis kulit berisiko untuk mendapat hiperpigmentasi.

 

 

Produk untuk merawat hiperpigmentasi

Vitamin C ini menghalang enzim tyrosinase supaya penghasilan melanin dapat dikurangkan.

Vitamin E ini adalah untuk mencerahkan dan membantu menjana kulit baru. Ia juga mampu melawan radikal bebas. Vitamin ini juga membantu melembap dan menganjalkan kulit.

Niacinamide boleh membantu menghalang melanin sampai ke permulaan kulit. Rawatan ini efektif untuk melasma. Namun, ia tidaklah seefektif hydroquinone tetapi ia pilihan yang lebih baik berbanding hydroquinone.

Ada juga produk-produk lain yang ada di pasaran yang berkesan merawat hiperpigmentasi seperti retinoid, alpha arbutin, azelaic acid, glycolic acid dan sebagainya. Contoh produk yang boleh digunakan untuk merawat hiperpigmentasi ialah the Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%, the Ordinary Glycolic Acid,Cosrx Galactomyces 95 Tone Balancing Essence dan sebagainya yang boleh didapati di Watsons, Guardian, Wellness atau secara online di Shopee, Lazada mahupun di laman web produk kecantikan yang lain.

Tip: pastikan anda patch test terlebih dahulu sebelum anda menggunakan produk yang mempunyai active ingredients bagi mengenal pasti sebarang reaksi terhadap kulit.

 

 

Bagaimana untuk mendapatkan tona kulit yang sekata?

Ada 2 kaedah iaitu cegah dan rawat. Kita akan sentuh tentang kaedah mencegah terlebih dahulu.

  1. Pakai pelindung suria (SPF) setiap hari

Kulit yang tidak dilindungi daripada sinaran UV merupakan penyebab utama kulit mengalami pigmentasi. Pakai pelindung suria/sunblock/sunscreen dengan spektrum SPF luas sekurang-kurangnya SPF 30 setiap hari. Pakai semula pelindung suria atau sunscreen bila berpeluh atau bila terkena air. Cara ini merupakan cara termudah untuk membantu menghalang pembentukan tompok baru.

  • Guna kaedah exfoliate

Rawat kesan hiperpigmentasi yang sedia ada dengan menggosok kulit mati pada permukaan kulit. Cara ini membenarkan kandungan di dalam esen/serum/pelembap kulit untuk meresap jauh ke dalam kulit. Exfoliation perlulah dilakukan sebanyak 2 ke 3 kali seminggu untuk mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak dan kombinasi manakala bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif pula sekali seminggu sudah memadai. Bagi mereka yang mempunyai kulit kering, pakar dermatologis juga tetap mencadangkan exfoliate sebanyak 2 ke 3 kali seminggu namun perlu disertakan dengan face oil bagi mengelakkan kekeringan atau kerengsaan kepada kulit. Tip mudah: cari exfoliant yang mempunyai tekstur halus yang boleh digunakan setiap hari atau chemical exfoliant yang bersesuaian dengan kulit.

  • Guna bahan yang betul

Cari produk yang mempunyai kandungan arang yang diaktifkan (activated charcoal) untuk membuang kotoran di wajah seperti oligopeptida, niacinamide dan zinc glycinate untuk membantu mengawal pengeluaran melanin dan juga retinol untuk memulihkan kulit. Pastikan anda kenal pasti jenis kulit anda bagi mengelakkan berlaku reaksi negatif terhadap kulit.

  • Rutin skincare yang betul

Penjagaan kulit menggunakan produk yang betul amatlah perlu bagi memastikan kulit memperoleh segala kebaikan daripada produk dan mengelak kulit daripada mengalami hiperpigmentasi. Kulit perlu dibersihkan sebanyak 2 kali sehari iaitu pagi dan malam diikuti dengan rutin penjagaan kulit lain seperti toner, moisturizer atau pelembap dan sunscreen/sunblock atau pelindung suria. Sunscreen/sunblock sangat penting bagi melindungi kulit daripada sinaran UV yang boleh menimbulkan pelbagai masalah kulit yang lain. Tambahan produk skincare lain seperti esen dan serum sebagai rutin juga boleh untuk memastikan kulit mendapat keperluan tambahan. Esen dan serum boleh dipakai sebelum moisturizer atau pelembap dan pelindung suria.

 

Kaedah merawat hiperpigmentasi adalah dengan melalui rawatan dermatologi. Antaranya adalah:

  1. Produk pengelupasan kimia dengan gred profesional

Exfoliate lapisan pertama kulit dan akan terhasil kesan yang lebih dramatic berbanding menggunakan produk seperti ubat-ubatan atau produk over the counter.

  • Terapi laser

Terapi seperti IPL (Intense Pulsed Light) yang menggunakan cahaya untuk target dan memecahkan kawasan kulit yang mengalami pigmentasi.

  • Mikrodermabrasi

Menggunakan partikel fizikal untuk membuang sel kulit mati dan berkesan untuk kes hiperpigmentasi yang tidak serius.

  • Microneedling

Menggunakan roller tidak berkarat yang disuntik dengan jarum halus menyebabkan kecederaan mikro kepada kulit. Keadaan ini secara langsung memaksa kulit untuk membina kolagen. Microneedling yang digabungkan dengan produk rawatan hiperpigmentasi seperti vitamin C membantu merawat tompok-tompok hitam.

  • Tiada istilah ambil jalan singkat untuk mengembalikan tona kulit yang sekata. Anda perlu konsisten untuk mencapai kulit yang anda impikan.

 

 

No Comments

    Leave a Reply