Menu
Free Resources

Sertai Komuniti Skincare Mastery (Group Telegram)

Adakah anda mencari komuniti yang aktif berkongsi tentang tip penjagaan kulit di Malaysia? Anda boleh sertai komuniti skincare mastery glowwe di telegram secara PERCUMA. Glowwe mahu wujudkan platform dan komuniti ini sebagai tempat perbincangan yang friendly tetapi profesional.

 

Tujuan komuniti skincare glowwe:

  • Berkongsi maklumat dan pengalaman berkaitan penjagaan kulit atau bahan yang bagus.
  • Membantu satu sama lain sekiranya ada kekeliruan berkaitan penjagaan kulit, teknik penggunaan produk, bahan dan sebagainya.
  • Tempat hebahan maklumat atau perkongsian pengetahuan daripada pihak admin atau Puan Mary sendiri.

 

Amalan yang perlu dipraktikkan di dalam komuniti ini:

  • Menggunakan bahasa yang sopan dan beradab.
  • Perkongsian atau soalan perlu relevan dengan tujuan komuniti ini.
  • Ayat perlu ditulis dengan ejaan penuh atau yang mudah dibaca dan dapat difahami.
  • Penggilan hormat kepada ahli lain seperti “cikpuan” untuk wanita dan “tuan” untuk lelaki amat digalakkan.

 

Untuk menjaga keharmonian komuniti glowwe, ahli Komuniti Skincare Glowwe ini adalah dilarang daripada menjual atau membuat promosi yang jelas mambawa kepada jualan produk.

Jika didapati ada ahli yang melakukan larangan ini, pihak admin boleh memadam perkongsian tersebut dan/atau mengeluarkannya daripada komuniti skincare glowwe.

No Comments

    Leave a Reply