Menu
Info

Produk Kosmetik (Skincare) Yang Dilarang KKM/NPRA Kerana Dikesan Mengandungi Bahan Racun Berjadual

Perkongsian glowwe pada kali ini adalah bertujuan untuk membuka mata masyarakat Malaysia bahawa negara kita mempunyai sistem notifikasi yang menyaring dan menyekat produk-produk kosmetik yang tidak mematuhi keperluan regulatori daripada mendapat notifikasi (NOT).

Menurut National Pharmaceutical Regulatory (NPRA), produk kosmetik bermaksud bahan atau persediaan untuk digunakan pada bahagian luaran tubuh badan manusia dan berfungsi untuk membersih, mewangi, memperbaiki, mengubah penampilan atau mencantikkan, menghilangkan bau badan atau memelihara dan menjaga dalam keadaan yang baik.

Untuk pengetahuan semua pembaca, produk kosmetik di Malaysia dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang diisytiharkan di bawah Akta Jualan Dadah 1952.

Selaras dengan Sistem Harmonisasi Regulatori Kosmetik yang telah diamalkan oleh semua negara ASEAN, produk kosmetik di Malaysia dikawal melalui sistem notifikasi kosmetik bermula dari 1 Januari 2008.

Sebelum dikilang, diimport, diedarkan atau dijual di Malaysia, sesuatu produk kosmetik perlu dinotifikasikan terlebih dahulu dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) atau National Pharmaceutical Regulatory (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Syarikat yang ingin memasarkan produk kosmetik di Malaysia juga perlu mematuhi keperluan Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik.

Difahamkan juga sekiranya sesuatu produk kosmetik gagal mematuhi keperluan garispanduan dan undang-undang yang ditetapkan, tindakan seperti pembatalan notifikasi akan dikenakan.

Ini termasuklah produk-produk kosmetik yang dikesan positif mengandungi bahan yang tersenarai dalam Senarai Racun Berjadual di bawah Akta Racun 1952.

Bagi produk kosmetik yang didapati gagal ujian makmal NPRA, syarikat tersebut diarahkan untuk menarik dan menghentikan pengeluaran produk terlibat daripada pasaran dalam tempoh yang ditetapkan dan seterusnya melupuskan produk kosmetik itu.

Di bawah Akta Jualan Dadah 1952, individu atau syarikat yang mengilang, menjual, mengedar, mengimport atau menggunakan kosmetik yang tidak berdaftar adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Jika disabit kesalahan, hukuman yang dikenakan adalah seperti berikut:

Individu
– Kesalahan pertama: Denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
– Kesalahan berikutnya: Denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

Syarikat
– Kesalahan pertama: Denda sehingga RM50,000.
– Kesalahan berikutnya: RM100,000.

Dengan lambakan produk di pasaran kini, glowwe sangat menggalakkan para pengguna yang meragui sesuatu produk untuk mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat berkenaan produk kosmetik yang meragukan kepada pihak kementerian bagi membantu membanteras penjualan kosmetik yang tidak bernotifikasi.

Aduan dan maklumat tersebut boleh disalurkan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman sesawang >> Borang Aduan Kosmetik

Anda juga boleh menyemak status notifikasi kosmetik melalui senarai dibawah ini atau terus ke laman sesawang >> Pembatalan Produk Kosmetik Bernotifikasi

Di sini glowwe ingin tegaskan bahawa pemakaian produk yang sudah dilarang oleh KKM mestilah dihentikan untuk kesihatan kulit anda.

Semoga bermanfaat.

Senarai Produk Skincare/Kosmetik yang dilarang KKM/NPRA Kerana Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

TAHUN 2021

Bil. Nama Produk
Racun Berjadual Yang Dikesan
1 Beauty Sleep Treatment Cream
Hydroquinone dan Tretinoin
2 Beauty Sleep Nite Cream Merkuri
3 Lana Radiance Night Cream Hydroquinone
4 Oxy Cream By Viprolabs Clotrimazole
5 Zuya Skincare Night Treatment A Cream Merkuri
6 FS Turmeric Cream
Merkuri dan Betamethasone 17-valerate
7 Beautywise Rejuvenating Cream
Hydroquinone dan Tretinoin
8 Beautywise Rejuvenating Toner
Hydroquinone dan Tretinoin
9 Deeja Cosmetic Yulai Cream Hydroquinone
10 Deeja Cosmetic Laila Cream
Merkuri dan Betamethasone 17-Valerate
11 Deluxe Beauty E Ultra Lightening Cream Pearl Perfect Fairness Merkuri
12 Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream Tretinoin
13 Skin Revolution – Acne Clearing Solution
Clindamycin dan metronidazole
14 Luxe Lily Beauty Peeling Oil Hydroquinone
15 AILISI Acne Purifying Cream Clindamycin

TAHUN 2020

Bil. Nama Produk
Racun Berjadual Yang Dikesan
1 Sifu Kunyit Day Cream
Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate
2 Sifu Kunyit Night Cream
Merkuri dan Betamethasone 17-Valerate
3 JJ Skincare Glowhite Night Cream Hydroquinone
4 Glow Skin White – Brightening Cream Merkuri
5 Glow Skin White – Sun Care Merkuri
6 Rzac Beauty Creme 2 Merkuri
7 Deeja Cosmetics Laika Cream Merkuri
8 Deeja Cosmetics Zulai Cream Hydroquinone
9 Deeja Cosmetics Yus Cream Hydroquinone
10 Dnars Luvee Cream (Normal & Sensitif) Hydroquinone
11 Dnars Gold Lifting Serum (Night) Merkuri
12 Sparkle Beauty Cream
Hydroquinone, Tretinoin & Betamethasone 17-Valerate
13 Sparkle Sun Day Cream Merkuri
14 Qeziger Age-locking Recharging Spot A.M Cream Merkuri
15 MS Skinz Night Cream Merkuri
16 BB Glow Soul Cream
Hydroquinone dan Tretinoin

TAHUN 2019

Bil. Nama Produk
Racun Berjadual Yang Dikesan
1 Tati Ultra Treatment
Hydroquinone & Tretinoin
2 Tati Ultra Night Cream Merkuri
3 Deeja Dream Cream Hydroquinone
4 Deeja Wrinkle Cream Merkuri
5 Robisis-Anti-Acne Whitening Day & Night Cream Merkuri
6 Asdanne Whitening Freckle Day Cream Merkuri
7 Fulenze- Whitening Freckle Day Cream Merkuri
8 Bao Fu Ling Snow Lotus Cream 15g Diphenhydramine
9 Bao Fu Ling Skincare Cream Diphenhydramine
10 3rd Series Yanko Whitening Cream Night Cream Tretinoin
11 5th Series Yanko Whitening Cream Night Cream Tretinoin
12 7th Series Yanko Whitening Cream Night Tretinoin
13 Clair De Lune – P.Tuberose Day Cream
Chloramphenicol; Sulfamethoxazole; Trimethoprim; Ketoconazole
14 Clair De Lune – S.Involucrata Night Cream
Chlorpheniramine; Griseofulvin; Metronidazole; Sulfamethoxazole; Trimethoprim
15 Dnars Nien Cream
Hydroquinone dan Tretinoin
16 Glow Glowing N Glow
Hydroquinone dan Tretinoin
17 Glow Glowing T Treatment Hydroquinone
18 VSL Beauty Care Toner A Hydroquinone
19 VSL Beauty Care Toner B Hydroquinone
20 Dolly Glow Miracle Treatment Cream
Hydroquinone dan Tretinoin
21 Dolly Glow Luminous Night Cream Merkuri
22 Fjura – Face Polish Treatment Merkuri
23 Dnars Golden Cream Merkuri
24 Glow Glowing N Glowing Merkuri
25 Apple Diamond Day Loose Merkuri
26 3rd Series Yanko Fade Out Cream Day Cream Merkuri
27 5th Series Yanko Fade Out Cream Day Cream Merkuri
28 7th Series Yanko Whitening Cream Day Merkuri
29 Dnars Gold Glowing Serum (Day)
Triamcinolone Acetonide
30 Dnars Gold Balen Cream (Night)
Hydroquinone; Betamethasone Valerate
31 Tresors Natural Herbal Cream
Chloramphenicol; Sulfamethoxazole; Trimethoprim;Ketoconazole
32 Labeauty Booster Night Cream Merkuri
33 Natural Plant Skin Refining Moisturizer Cream Miconazole
34 Sparkle Moon Night Cream
Merkuri dan Betamethasone 17-Valerate
35 V3 Premier Beauty Facial Night Cream Hydroquinone
36 Brilliant Skin Essentials Rejuvenating Facial Toner Hydroquinone
37 Brilliant Skin Essentials Rejuvenating Facial Cream
Hydroquinone dan Tretinoin

TAHUN 2018

Bil. Nama Produk Nombor Notifikasi Racun Berjadual Yang Dikesan
1 Dnars Honey Cream NOT160802315K Hydroquinone dan Tretinoin
2 Moleek Skincare Anti Pigmentation Cream Plus NOT170204393K Hydroquinone dan Tretinoin
3 Dnars Yellow Gold Collagen NOT131006026K Merkuri
4 Luffiya Night Cream 1 & 2 (Nama produk pada label: Luffiya Night Cream 1) NOT170200716K Hydroquinone dan Tretinoin
5 Luffiya Night Cream 1 & 2 (Nama produk pada label: Luffiya Night Cream 2) NOT170200716K Merkuri
6 GG Pinky Day Cream for Skin NOT170201663K Merkuri
7 Tati Therapy Cream 1 NOT170505953K Merkuri
8 Tati Therapy Cream 2 NOT170505954K Hydroquinone dan Tretinoin
9 Deeja Cosmetic Star Cream NOT171004771K Hydroquinone & Tretinoin
10 Deeja Cosmetic Vogue Cream NOT171004770K Merkuri
11 Deeja Krim Nano (Night) NOT151004238K Merkuri
12 Miracle White – Brightening Cream NOT170305484K Merkuri
13 Deluxe Beauty – Ultra Lightening Cream NOT171100053K Merkuri
14 Diamond Gold Skin Care – Diamond Gold Day Cream NOT170905397K Merkuri
15 Diamond Gold Skin Care – Diamond Gold Night Cream NOT170905398K Merkuri
16 Diamond Gold Skin Care – Diamond Gold Treatment Cream NOT170905399K Merkuri
17 Alora Night Glowing Cream NOT170600522K Hydroquinone
18 Karisma Nightcream Kunyit NOT160300410K Merkuri
19 Karisma Daycream NOT160300509K Merkuri
20 Karisma Treatment Sarang Burung NOT160300556K Hydroquinone Dan Tretinoin
21 Seputih Melati Night Cream Whitening NOT170605147K Merkuri
22 Seputih Melati Night Cream Glowing NOT170605148K Merkuri
23 Majaja Serum Channtiq NOT171201411K Merkuri Dan Hydroquinone
24 SYMA MAGICAL SERUM NOT170303016K Merkuri
25 SYMA Facial Cleanser NOT170204167K Merkuri
26 Khumaera Moistskin Cleanser NOT170504371K Merkuri
27 Bao Shu Tang Snow Lotus Cream NOT180106284K Diphenhydramine

TAHUN 2017

Bil. Nama Produk Nombor Notifikasi Racun Berjadual yang dikesan
1 Moleek Day Cream NOT150505422K Merkuri
2 Adel Miracle Flawless Serum NOT150805326K Merkuri
3 Ah Beauty Night Cream NOT150702606K Merkuri
4 NDZ UV Whitening NOT131204050K Hydroquinone
5 Snow Cream Normal NOT151106109K Hydroquinone dan Tretinoin
6 Snow Cream Sensitif NOT151106110K Hydroquinone dan Tretinoin
7 Dnars Nar Cream – Sensitif NOT150104341K Hydroquinone dan Tretinoin
8 Ellfie Night Cream NOT150203432K Hydroquinone dan Tretinoin
9 Tati Skincare Night Cream NOT150200975K Merkuri
10 Tati SkincareTreatment Cream NOT150200974K Hydroquinone dan Tretinoin
11 Moleek Anti Pigment Cream NOT150700326K Hydroquinone dan Tretinoin
12 Night Glowing NOT160306080K Merkuri
13 Night Glow NOT160306081K Hydroquinone dan Tretinoin
14 Glowing Speed Gold Day Cream NOT160104705K Merkuri
15 Glowing Speed Gold Night Cream NOT160104706K Merkuri
16 Qu Gebu AP Krim NOT160400837K Hydroquinone dan Tretinoin
17 Nour Ain Night Cream NOT140701453K Merkuri
18 Royal Expert Whitening Cream NOT150501310K Merkuri
19 Nuriz Kosmetik -D’solve Plus NOT150900192K Hydroquinone and Tretinoin
20 Nuriz Shoppe -Beau One Whitening Cream 3 In 1 NOT150900207K Hydroquinone
21 Cantiqa Face Toner NOT150900321K Hydroquinone
22 Rzac Platinum Toner NOT160105055K Hydroquinone
23 Magic cream NOT160506024K Merkuri
24 Dnars Sunny Cream NOT160802314K Merkuri
25 Night Cream Dollys Pinky NOT150903694K Merkuri
26 Nuriz Shoppe -Uv Pearl Cream NOT150900193K Merkuri
27 Nuriz- D’solve NOT150900191K Merkuri
28 Aura Gorgeous Night Cream NOT151204804K Merkuri
29 NV Anti Blemish Toner 1 NOT140304146K Hydroquinone & Tretinoin

TAHUN 2016

Bil. Nama Produk Nombor Notifikasi Racun Berjadual yang dikesan
1 Qu Puteh Whitening Pro 9 NOT151106644K Merkuri
2 Melan: Off Intensive mask NOT140703507K Asid Azelaik
3 Melan: Off Maintenance Cream NOT140703508K Asid Azelaik
4 Afrina Daily Cream NOT140404269K Merkuri
5 Afrina Night Cream NOT140404270K Merkuri
6 Krim Herba Kemboja NOT141005910K Merkuri
7 Day Pinky Cream NOT140802977K Merkuri
8 Night Glow Cream NOT140802979K Hydroquinone dan Tretinoin
9 Debella Nadien Glow Night Cream NOT150604563K Hydroquinone dan Tretinoin
10 Mekar Semilu Scrub Muka Mutiara Beauty Collection NOT131203244K Merkuri
11 Mekar Semilu Cream Mekarsutra NOT141005768K Merkuri

TAHUN 2015

Bil. Nama Produk Nombor Notifikasi Racun Berjadual yang Dikesan
1 Hans Beauty Flawless Day Cream NOT130304286K Merkuri
2 Hans Beauty Flawless Night Cream NOT130304287K Merkuri
3 Hans Beauty Treatment Toner NOT130304284K Hydroquinone

TAHUN 2014

Bil. Nama Produk Nombor Notifikasi Racun Berjadual Yang Dikesan
1 AS Beauty Night Cream NOT101103172K Merkuri
2 AS Beauty Day Cream NOT101103272K Merkuri
3 Golden Horse Herbal Milk Lotion – GH507 NOT120905457K Merkuri
4 Golden Horse Bio C omplex Cream – GH903-2 NOT120905465K Merkuri
5 Dermaceutic Spot Cream NOT101104772K Hydroquinone dan Tretinoin
6 Dermaceutic Spot Peel Cream NOT101104771K Hydroquinone dan Tretinoin
7 Yellow Cream (Krim Ku-Neng) NOT120101719K Hydroquinone
8 Dnars Magic Gold Foundation NOT111001084K Hydroquinone
9 SF PROTECT & PERFECT DAY CREAM NOT130604475K Merkuri

TAHUN 2013

Bil. Nama Produk Nombor Notifikasi Racun Berjadual Yang Dikesan
1 Sensual Meiji Skin Renewal Cream NOT120204451K Asid Azelaik
2 Dnars Honey Cream NOT160802315K Hydroquinone dan Tretinoin
3 White Complex NOT100801451K Tretinoin
4 SS Pearl Cream NOT110602263K Mercury
5 SS Vita C Night Repair NOT110602264K Mercury
6 Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment NOT120905219K Betamethasone
7 Natural 99 Night Cream NOT120300526K Mercury
8 Natural 99 Day Cream NOT120300524K Mercury
9 SF Beauty Night Cream (Facial) NOT120602462K Mercury
10 SF Beauty Day Cream (Facial) NOT120602461K Mercury
11 Aveana Night Revival Cream NOT110404581K Tretinoin
12 Blemished Skin Ampoules NOT110204305K Asid Azelaik
13 Golden Horse B&W Cream – GH902-1 NOT120905460K Merkuri

TAHUN 2012

Bil Nama produk No. notifikasi (NOT) Bahan kimia yang dikesan
1 Daily Protecting Cream – Joie et Beaute NOT100778850K / NOT100602230K Mercury
2 La Bliss Skin Brightening Cream NOT100200697K Tretinoin
3 Sans Dynamic Intensive Light Cream NOT100400422K Mercury
4 Putih Gebu Sun-Block Collagen Lotion NOT100403485K Mercury
5 Bio-Clear Intensive Renewal Complex NOT120503338K Tretinoin
6 MS Wellmood Enhancing Cream NOT100602405K Tretinoin
7 Renewing Cream NOT100101066K Tretinoin
8 E Beaute Total Revitalizer Night Cream NOT100601840K Mercury
9 MS Wellmood Lightening Complex NOT100601840K Mercury
10 MULTI CREAM NOT100764415K Tretinoin
11 DQISTEE NIGHT CREAM NOT100802185K Mercury
12 DQISTEE BEAUTY DAY CREAM NOT100802184K Mercury

TAHUN 2011

Bil Nama produk No. notifikasi (NOT) Bahan kimia yang dikesan
1 Sensual Whitening Cream NOT100751321K Mercury
2 Derma-Rx Arbutin-R Cream NOT090601556K Tretinoin & Hydroquinone
3 DS.1 BLEMISH CONTROL CREAM NOT091201931K Azelaic Acid
4 EZEE SUNBLOCK CREAM NOT100601213K Mercury
5 MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUE NOT090700043K Lead

TAHUN 2010

Bil Nama produk No. notifikasi (NOT) Bahan kimia yang dikesan
1 NV Toner Treatment No 1 NOT05010130KE Hydroquinone & Tretinoin
2 NV Toner Treatment No 2 NOT05010129KE Hydroquinone & Tretinoin
3 Zara Rejuvenation Cream NOT04081873KE Hydroquinone
4 Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream NOT081201209K Tretinoin
5 Pigmentation Recovery Complex NOT081200745K Tretinoin
6 De Putih Night Cream NOT05100878KE Tretinoin
7 BML HB LOTION NOT090701336K Tretinoin & Hydroquinone
8 Krim Malam Shana NOT090600820K Tretinoin & Hydroquinone
9 Natasya Gold Krim Herba NOT091100971K Tretinoin & Hydroquinone
10 Biotox Whitening Hydro Cream NOT007061310K Dexamethasone
11 Yoko Whitening Cream NOT080100330K Tretinoin
12 Sue Beauty Night Treatment Cream NOT080600138K Tretinoin

TAHUN 2009

Bil Nama produk No. notifikasi (NOT) Bahan kimia yang dikesan
1 Khazanah White Pembersih Wajah NOT05040954KE Hydroquinone
2 Gloskin Krim Malam & Siang NOT05082557KE Hydroquinone
3 Reena’s Astringen Lanjutan NOT05010659KE Hydroquinone
4 Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk NOT07020213KE Hydroquinone
5 EETYE Whitening Cream NOT06080859KE Hydroquinone
6 O’Lynn Skin Lightening Cream NOT06110164KE Tretinoin
7 Eriesya Spa Beauty Cream NOT07122412KE Hydroquinone
8 Natasya Krim Herba NOT07090337KE Hydroquinone & Tretinoin
9 Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya NOT03090150KE Tretinoin
10 Ratna Sari Whitening Night Cream NOT080700826K Tretinoin
11 ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream NOT04082451KE Hydroquinone
12 Chantique – Whitening Night Cream NOT04121404KE Tretinoin

TAHUN 2008

Bil Nama produk No. notifikasi (NOT) Bahan kimia yang dikesan
1 Khazanah White Pembersih Wajah NOT05040954KE Hydroquinone
2 Gloskin Krim Malam & Siang NOT05082557KE Hydroquinone
3 Reena’s Astringen Lanjutan NOT05010659KE Hydroquinone
4 Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk NOT07020213KE Hydroquinone
5 EETYE Whitening Cream NOT06080859KE Hydroquinone
6 O’Lynn Skin Lightening Cream NOT06110164KE Tretinoin

No Comments

    Leave a Reply