Menu
Hair Care

Cara Kurangkan Rambut Gugur Dan Lebatkan Rambut

Apabila anda mandi dan syampu kulit kepala, pernahkah anda nampak atau perasan ada gumpalan rambut gugur ketika membilas rambut? Atau situasi di mana anda sedang keringkan rambut atau sikat rambut anda pastinya pernah nampak helaian rambut yang banyak gugur di atas lantai. Ia adalah tan-tanda bahawa anda sedang alami masalah rambut gugur.

Ingin tahu apakah cara untuk rawat rambut gugur, produk dan bahan apa yang sesuai digunakan? Anda akan ketahui jawapannya dalam artikel kali ini.

 

Cara Rawat Rambut Gugur

Tahukah anda bahawa biasa untuk semua orang kehilangan sekitar 50 sehingga 100 helai rambut sehari. Keadaan rambut gugur seperti begini tidak ketara kerana adanya rambut baru yang tumbuh menggantikan rambut yang gugur. Ia adalah keadaan yang normal dan dipanggil sebagai hair shedding.

Rambut gugur atau hair loss hanya dikira berlaku apabila tiada lagi kitaran rambut baru menggantikan rambut yang gugur.

Hal ini bermaksud banyak rambut yang gugur dan tiada rambut baru yang tumbuh.

Pakar menganggarkan sekitar 50% wanita akan mengalami keguguran rambut atau hair loss.

Rambut gugur biasanya kerap berlaku pada:

  • Wanita berumur lebih daripada 40 tahun
  • Wanita yang kerap menggayakan rambut seperti keriting dan warna rambut
  • Wanita yang masuk fasa menopaus
  • Wanita yang baru melahirkan bayi
  • Wanita yang mengalami tekanan emosi

Apabila wanita mengalami situasi keguguran rambut yang teruk, perasaan seperti kecewa, kurang yakin sememangnya akan mengusai diri dan perasaan ini akan menjejaskan keyakinan diri, pergaulan sosial dan boleh memberikan kesan kepada kehidupan seharian.

Jika anda juga sedang mengalami masalah keguguran rambut atau hair loss ini, perkara yang penting untuk anda fahami adalah proses merawatnya mengambil masa.

Penggunaan syampu sahaja tidak mencukupi untuk masalah rambut gugur. Sebaliknya anda memerlukan esen rambut atau treatment essence yang ada bahan untuk merawat masalah ini.

 

Mengapa penggunaan syampu sahaja tidak mencukupi?

  1. Syampu dicipta untuk tujuan memberishkan kulit kepala dan rambut
  • Syampu bukanlah produk utama untuk merawat masalah rambut terutamanya rambut gugur.
  1. Tempoh masa syampu berada di atas kulit kepala adalah sekejap sahaja
  • Tempoh masa yang pendek ini menyebabkan bahan di dalam syampu tidak cukup untuk merangsang folikel rambut bagi menggalakkan pertumbuhan rambut.
  • Disebabkan itulah, penting untuk anda menambah produk untuk merawat masalah rambut gugur iaitu treatment essence yang mempunyai bahan khusus untuk rawat masalah tersebut sekaligus melebatkan rambut anda.

 

Bagaimana treatment essence bertindak untuk mengurangkan rambut gugur dan melebatkan rambut?

  • Treatment essence mengandungi bahan yang memberikan nutrien kepada kulit kepala dan rambut untuk menjadi lebih kuat dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang baru.
  • Sebagai contoh, ada kajian yang menunjukkan Ginseng mempunyai kompaun yang berupaya menggalakkan pertumbuhan rambut baru dan mengelakkan rambut gugur. Jadi anda perlu cari produk yang ada bahan tersebut.
  • Satu lagi data menunjukkan bahawa Ekstrak Swertia boleh menggandakan sejenis sel khusus bernama Fibroblast yang bertanggungjawab untuk pemulihan tisu kulit termasuk tisu kepada tisu kulit kepala dan rambut.
  • Terdapat banyak lagi bahan yang berasaskan tumbuhan dan herba yang ditambah di dalam treatment essence dan bagus untuk mengatasi masalah rambut gugur.

Sebagai kesimpulan, untuk atasi masalah rambut gugur, anda perlu menggunakannya dengan konsisten dan tidak beranggapan bahawa produk tersebut memberikan kesan seawal 1 ke 2 minggu.

Hal ini kerana rambut memerlukan masa untuk tumbuh dan berikan kulit kepala nutrien yang bagus, kuatkan akar rambut untuk atasi rambut gugur.

No Comments

    Leave a Reply